Showing posts with label skirt baju kurung. Show all posts
Showing posts with label skirt baju kurung. Show all posts

Wednesday 13 April 2011

skirt kipas tepi

skirt kipas tepi, sediakan kain dan lipat 2. ukur ikut ukuran yang anda mahukan. ukuran yang saya buat, 50cm + 30cm untuk kipas. untuk labuhnya 98cm (dah campur basi jahitan pinggang dan lipatan kaki kain).

kemudian bolehlah potong ikut ukuran anda tadi. lepas tu jahit untuk sambungkan kain. kemudian tandakan ukuran kipas. semuanya 60cm. ukur tiap kipas sebanyak 15cm. tandakan dengan kapur dan kemudian buat lipatan kipas untuk di gosok.



ini bahagian kipas yang sudah di gosok


jahitkan tiap tepi kipas


tepi kipas yang sudah di jahit


lipat kipas kemas2 dibahagian tepi skirt (pin dengan peniti)


jahitkan zip


zip yang sudah di pasang


lapisan pinggang




jahit lapisan pinggang





sediakan pengeras dan getah untuk pinggang




jahit getah dihujung lapisan pinggang tadi







jahit bahagian pengeras dan getah pinggang




jahit bahagian pengeras







jahit bahagian tengah getah, jangan lupa tarik masa menjahitnya.


pinggang yang sudah siap ddi jahit


jahit pencangkuk



inilah hasilnya...skirt kipas tepi yang sudah siap.



Monday 11 April 2011

skirt kipas belakang



kali ni saya nak kongsi cara2 menjahit skirt kipas belakang untuk baju kurung. biasanya skirt kipas belakang ini sesuai untuk kurung moden. a) untuk bahagian belakang b) untuk bahagian depan c)untuk pinggang. ukuruan skirt kipas belakang yang saya buat lurus saja, takde bentuk bahagian punggung sebab saya guna getah untuk pinggangnya.



pertama ambil kain untuk bahagian belakang, ukur bahagian zip.


mulakan dari ukuran bawah zip dan jahit sampai peniti tu


selepas itu, bolehlah jahitkan zip


zip yang sudah siap di jahit



ukuran untuk bahagian kipas, saya buat 60cm (lipat 2). ukur 10cm (tengok macam dalam gambar) dan tandakan semuanya tandakan dengan kapur.



mulakan proses menggosok bahagian yang sudah dijahit dan bahagian kipas yang sudah ditanda tadi.



lipatan pertama yang sudah digosok. lipat kipas ikut ukuran 10cm tadi dan kemudian gosok.


lipat dan gosok kesemuanya




kipas dah di gosok dengan kemas



contoh kipas yang di gosok tadi, garisan yang kipas yang di gosok tadi memudahkan proses menjahit bahagian tepinya.


jahit tepi semua kipas (luar dan dalam)


kipas yang sudah di jahit


lipat kemas dan pin


kipas yang siap dijahit, lagi mudah untuk dibentuk



jahitkan atas bahagian kipas. tengok contoh gambar2 di atas dan bawah ni.











belakang skirt yang sudah siap.


cantumkan bahagian belakang dan depan skirt.


jahitkan kaki skirt. buat 2 baris jahitan.





jahitkan bahagian lapisan pinggang.





sediakan getah dan pengeras untuk pinggang. sambungkan semuannya. lepas tu jahitlah di hujung lapisan pinggang. saya lupa nak ambil gambar masa buat proses ni...hehehe...



jahit bahagian getah. sebelum tu tandakan bahagian pinggang untuk pengeras dan getah. untuk bahagian getah, tarik getah semasa proses menjahit bahagian bawahnya.


ini bahagian yang ada pengeras. jahit macam biasa.



bahagian getah yang siap di jahit. lepas tu bolehlah buat jahitan di tengah2 getah tu. jangan lupa tarik masa menjahit. hati2 kadang2 jarum boleh patah. kalau tak nak jahit pun boleh juga.




proses akhir, pasang pencangkuk



inilah rupa skirt kipas belakang yang sudah siap...pandangan dari belakang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...