Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial. Papar semua catatan

Isnin, 1 Mei 2017

Cara Potong Baju Peeplum Dan Buat Leher

Assalamualaikum. Saya nak share cara potong baju peeplum dan mengambil bahagian leher. Perhatikan saja gambar2 ini. InsyaAllah akan faham.




Peeplum. Untuk labuh terserah kawan2 nak berapa panjangnya.

 Ini peeplum yang dah siap








Happy sewing...

Jumaat, 28 April 2017

Cara Sambung Baju Kurung Dan Jahit Lengan

Assalamulaikum. Kali ini saya buat tutorial cara sambung baju dan jahit lengan. Simple saja tapi harap dapat membantu kawan2 yang baru belajar menjahit.

 
 Badan baju- bahagian belakang dan bahagian depan, lengan dan lapik leher

Mula2 pasang laipk leher. Dalam entry lepas saya dah tunjuk cara pasang leher ya. Sekarang jahit semua dat (lisu) di bahagian pinggan baju.

 Ini yang dah siap jahit dat.

 Boleh teruskan pasang leher dan sambang bahu.

Cantumkan badan baju depan dan belakang. Jahit dari lubang ketiak ke bawah baju.

Ambil bahagian lengan dan tanda tepi lengan mengikut keluasan lubang lengan di badan baju. Perhatikan betul2 gambar di bawah ini.


Ukur macam ini ya. Jahit lengan tu, sedikit besar dari lubang lengan.

Lengan yang saya dah tanda

terbalikan lengan tu.

Masukkan lengan dalam lubang lengan kat badan baju tu.


Jahit dengan bahagian lengan tu di bawah dan badan baju di bahagian atas. Sebab tu lengan tu mesti sedikit lebih ukurannya.

Ok lengan dah siap cantum dengan badan baju

Terbalikkan. Macam inilah rupanya. Harap faham ya. Kalau tak, perhatikan saja gambar2 kat atas tu. Ok selamat menjahit.

Khamis, 27 April 2017

Cara Ambil Lapik Leher Baju Kurung

Assalamualaikum, saya nak share macam mana cara ambil lapik leher baju kurung. Cara ini juga boleh digunakan untuk baju kurung asli (tradisional), putus bahu. Biasanya saya buat pola belakang dan depan dalam satu kertas saja. Ini cara mudah, untuk yang baru2 nak menjahit. Kalau tailor yang pro, pola leher mereka memang lain kertas dan penuh dengan pengiraan yang rumit. Selalunya cara buat pola mereka agak terperinci dan baju kebanyakannya dijual di butik mewah. Apa yang saya ajar ini hanyalah cara yang simple dan mudah untuk sesiapa yang baru-baru nak belajar. Terutamanya yang jahit untuk diri sendiri dan anak2.

Ok, balik semula pada tutorial ini, ini pola leher yang saya lukis di atas pola baju kurung. Pola leher ini pun saya main tekap, pola leher yang sedia ada. Nanti lain tutorial, saya tunjuk acuan leher saya. Di tutorial yang lepas2 pun saya ada tunjuk cara mendapatkan pola leher baju kurung asli dengan meniru leher baju kurung asli cust. Cari saja dalam senarai tutorial saya.

Mula, lipat dua kertas bergam. Kemudian letak kertas warna di bawah dan atasnya. Lepas barulah letak pola baju tadi. Tekap lapik leher bahagian depan dulu.


Kemudian ambil pula leher belakang. Kemudia gunting ikut tekapan pola leher tadi. basi jangan lupa ya. Untuk basi leher, boleh ambil 1 cm dan untuk sambungan bahu boleh ambil 2 cm.

Inilah lapik leher yang diambil tadi. 

Lapik leher dah siap jahit kat baju. Ok harap tutorial ini dapat mebantu kawan2 yang baru berjinak dalam bidang jahitan. Selamat mencuba dan happy sewing...

Isnin, 24 April 2017

Cara Menjahit leher baju kurung moden


Assalamualaikum. Saya nak share tutorial cara menjahit leher baju kurung moden. Cara ini juga boleh digunakan untuk menjahit leher jubah dress. Sebelum ini saya dah pernah pos tutorial macam ni. Tapi kalau pos sekali lagi, tak apalah kan. Mungkin tutorial kali ini lebih lengkap penerangan dan gambarnya.

Pertama sediakan badan baju dan lapik leher (alas leher). Letak lapik leher kat atas badan baju. Lepas tu letak peniti. Boleh juga jelujur kasar kat alas leher tu bagi yang tak suka gunakan peniti. Macam sayalah tak berapa suka nak guna peniti sebab tangan selalu tercucuk!


Jahit macam dalam gambar kat atas. Ini untuk bahagian hadapan baju. Kalau saya potong baju bahagian hadapan, bahagian leher tu saya potong ikut bentuk leher belakang aje. Bentuk leher hanya saya buat kat atas lapik leher. Fahamkan. Ada sesetengah penjahit yang sedia potong bahagian leher baju. Saya tak berapa pandai macam tu. Susah nak ngamkan leher dan lapik nanti. Kadang-kadang bukaan leher (lubang leher) akan jadi rengang dan besar. Jadi berpeluh dibuatnya kalau lubang leher dah terbesar dari alas leher. Tapi saya ada tips untuk lubang leher yang terpotong besar dari lapik leher. Tunggu tutorial akan datang, hehe.

Ok ini bahagian belakang baju. Badan baju ni dah siap pasang zip sembunyi (zip tapuk kalau kat sabah). Untuk lapik leher, potong dua lapik leher tu.


Mulakan jahit sebelah kiri...atau mana2 koranglah, mana nak jahit dulu. Jahit macam dalam gambar di atas. Untuk pengetahuan korang juga, untuk jahit bahagian ini, tak perlu sediakan basi jahitan di lapik leher tu. Jahit je kat tepi potongan tu.


Nampak tak?


Sekarang korang lipat lapik leher ni, macam dalam gambar kat atas ni. Maaf, tak berapa nak pandai cara menerangkannya. Tapi harap sangat gambar-gambar yang ada ini dapat membantu korang faham.

Lipat dan jahit.

Macam ni. Lipat hujung tu dan terus jahit sampai garisan bahu.

Macam inilah rupanya, setelah selesai dijahit.

Terbalikkan jahitan tadi.

Tadaaa...macam inilah hasilnya. Ulang proses tadi untuk jahit bahagian satu lagi. Gambar di bawah, kedua lapik leher kiri dan kanan sudah dijahit.

bahagian luar

Untuk menyambung bahagian lapik depan dan belakang, mula-mula terbalikkan semula lapik leher bahagian belakang tadi. Macam dalam gambar kat bawah ini.



Temukan kedua-dua bahagian depan dan belakang baju. Macam dalam gambar kat atas ini ya.

lipat hujung lapik leher (Hujung lapik leher dijahit sampai garisan bahu saja. Lebihan basi itu yang korang lipat. Fahamkan. Tengok betul-betul gambar tu ya.)


Lipat macam ni, lapik belakang dan lapik depan.

Lepas tu temukan kedua-duanya. Macam dalam gambar di atas.

Kemudian jahitlah bahagian bahu baju. Jahit hati-hati ya, jangan sampai terjahit lapik leher yang berlipat tadi (bahagian dalam)

Ok yang ini bahagian bahu baju yang sudah dijahit tadi.


Nampak tak gambar-gambar kat atas tu? Dah fahamkan Kenapa saya lipat hujung lapik leher tadi. Macam inilah bahagian bahu yang sudah dijahit ( pandangan dari luar baju).

Lepaskan lipatan tadi dan temukan hujung lapik depan dan belakang. Jahit ikut garisan yang sudah ditanda.
Lapik leher depan dan belakang yang sudah siap bersambung. Pandangan dari luar.

Macam inilah rupanya leher depan dan belakang yang sudah bersambung. Buang lebihan kain di bahagian leher depan tu.

Dah siap buang. Sila gunting kecil2 di bahagian basi. Tengok dalam gambar bawah. Hati2 jangan sampai tergunting sampai jahitan pula.


Dah siap gunting, tindih keluar dan jahit halus di atasnya.


Jahit macam ini untuk bagi kemas dan agar lipatan leher mudah terlipat ke dalam. Dah siap jahit, terbalikan. Lepas tu bolehlah jahit sembat. Tapi sebaik-baiknya, korang iron dulu leher yang siap berjahit tu. Lepas tu barulah jahit sembat. Cara ini, lagi memudahkan korang menjahit sembat dan bahagian leher lagi lebih nampak kemas.


Tadaaa....siap sudah. Mudahkan? Ok saya harap tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru nak belajar jahit alas leher untuk baju kurung ataupun jubah/dress. Kalau nak save atau share tutorial ni, silakan... kita panjang2kan lagi ilmu yang tak seberapa ini. Happy sewing...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...