Saturday 16 October 2010

personalized ribbon



ini label yang saya terima minggu lepas tapi baru hari ni saya upload kat sini. saja buat entry sebab ini pun berkaitan dengan jahitan juga, kan.

lepas ni bolehlah letak label ni kat baju2 yang saya dah siap jahit. kawan-kawan yang nak buat macam ni, bolehlah ke blog kucinpurple ye.



kebaya moden


dari kain menjadi baju...

p/s:abaikan model kurus kering ni, tumpukan pada baju je wokey...hikhikhihiii



lengan belah dr bahgian bahu sampai pergelangan tangan. saya lapis dengan lining, selalu tengok baju2 lain (artis) memang tak lapis pun. lepas tu tangan jahit getah.



skirt kipas depan. ini kali pertama buat kipas depan...pening juga, terpaksa buka buku2 jahitan yang dah lama tak dibuka!



Tuesday 12 October 2010

blaus kolar mandarin

ini kali pertama saya buat blouse kolar mandarin. lama juga proses menyiapankan blouse ni. saya kalau buat baju kasual macam ni memang lambat siap. susah rasanya nak buat baju-baju lain selain baju kurung. tu pun baju kurung asli saja ye...kalau kurung moden dalam tahap SUSAH juga.



idea buat blouse ni muncul lepas saya belek-belek FEMALE yang saya beli dari zila kasim. dah lama beli tapi baru hari ni saya buat projek pertama! apa punya malas saya ni?!!! kepada penjahit-jahit diluar sana, di larang keras ikut perangai malas saya ni ye... hihihih.



ini majalah yang saya maksudkan tu dan satu-satunya majalah FEMELE yang saya ada. mula-mula saya nak buat baju macam ni. tapi bahagian leher nampak macam susah nak buat, bahagian depan baju pun guna butang bungkus dan tali. saya langsung tak tahu buat semua ni. jadi saya ubah kedua-dua bahagian tu.



cuma tangan yang saya ikut macam dalam gambar. susah juga sebab kena jahit kaf berpanel pula. saya kalau bab rumit-rumit ni memanglah siput! berjam-jam membuatnya barulah jadi macam dalam gambar tu.



leher pula saya ikut macam ni, lebih kurang macam kolar mandarin. macam kolar atas cekak musang cuma yang ini pakai butang jahit.




inilah hasinya, walaupun tak cantik dan kemas tapi puas hatilah juga sebab dapat siapkan. kena banyak menjahit lagilah lepas ni, barulah dapat hasil yang baik. bagi semangat untuk diri sendiri hihihi...



Saturday 9 October 2010

rahsia corak-corak kain


 
kain yang mempunyai 2 warna (2 corak)
selalunya kain yang mempunyai 2 corak warna adalah seimbang. kain jenis ini adalah sesuai untuk membuat semua jenis baju.
 
3 corak warna
kain yang mempunyai 3 corak warna adalah sesuai untuk semua jenis pakaian. pilih kain yang warnanya adalah sepadan. pilihlah kain yang bercorak bunga kecil jika anda berbadan besar. corak yang besar pula adalah untuk yang berbadan kecil.
 
kain yang mempunyai pelbagai corak
dalam pemilihan ini anda di kehendaki supaya berhati-hati. walaupun corak ini bersesuaian dengan semua ukuran tubuh tapi satu hal yang penting ialah ianya haruslah bersesuaian dengan pattern pakaian anda. ini termasuklah coraknya yang melintang dan lain-lain.
 
kain yang berpetak-petak
kain yang mempunyai petak kecil adalah sesuai untuk anda yang bertubuh kecil. bagi yang bertubuh besar, pilihlah dari yang berwarna terang. ianya amat sesuai dibuat pakaian petang. 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...