Monday 7 March 2011

benang getah



masa saya beli barang jahitan di canny, saya ingat nak beli benang getah warna putih. stock benang getah putih saya sudah habis. benang warna hitam saja yang tinggal tapi saya tak suka guna warna hitam sebab mudah kering dan putus.

masa saya tanya di kedai tu, tiada pula jual warna putih. stock habis, kata jurujual tu. dia tunjuk saya benang getah lain. itulah, yang dalam gambar tu. saya tak tahu pula ada jual warna lain. selamanya kalau saya tanya, mereka kata cuma ada hitam dan putih sahaja.

saya pun belilah beberapa gelung yang lain2 warna. nanti senang nak padankan dengan warna baju yang dijahit. harganya mahal sikitlah berbanding yang warna putih dan hitam.




Saturday 5 March 2011

gelung benang



saya sebenarnya tidak pasti sangat namanya...gelung benang? ahh...hentam sajalah, janji ada kaitan dengan benang. baru2 ni saya kemas ruang menjahit saya, banyak terjumpa benda ni, jadi saya kumpul semua..inilah hasilnya.

saja, simpan sebab sayang pula nak buang. bila tengok benda ni baru terfikir, banyak juga benang yang sudah saya gunakan selama beberapa tahun menjahit ni. agak2 kalau benang2 semua tu disambung, berapa panjang semuanya? kalau ukur dengan jalan berapa kilometer agaknya?


Thursday 3 March 2011

jahit tepi



hari ni saya sambung kerja2 menjahit tepi kain yang sudah dipotong. dalam gambar tu sebahagian kain2 yang saya nak jahit tepi. semua ni baju kurung pahang dan kurung moden.

ada 2 pasang baju melayu yang saya kena jahit tepi juga. tapi lupa pula nak ambil gambar. kalau saya rajin, nanti saya nak gambar step by step bila jahit baju melayu tu. insyaAllah, nanti boleh buat entry di sini.


Tuesday 1 February 2011

entry pertama untuk 2011



sudah sebulan 2011 dan hari ni sudah 1 feb....baru hari ni saya update blog! lama sungguh blog saya ni tidur. bukan saya malas nak update tapi aktiviti jahitan saya sepanjang masa tu tak berapa nak jalan.

mesin saya pun dah lama tidur...entahlah sejak tahun baru ni malas saya memang melangkaui batas-batas kemalasan seorang manusia! ruang tempat saya menjahit pun agak bertabur, lama tak kemas. habuk sana sini...peniti pun tak kutip sejak lepas guna hari tu.

hari ni baru dapat semangat nak sambung balik apa yang perlu. lagi pun ada dua kain tempahan yang saya perlu siapkan sebelum minggu depan. ni kena pasang speed lebih ni...takut tak sempat siap pula.



sempena semangat baru 'tahun arnab' ni...saya pun tukar juga background blog. bukan apa, boringlah yang lama tu. lepas tu, saya rasa blog lama saya tu pun agak berat...selalu lambat nak loading...sebab tu saya guna background yang baru...

tak berapa cantik sangat tapi oklah...tunggu saya jumpa yang lagi cantik, saya akan tukar lagi sebab yang ni cuma sementara saja. lepas ni bolehlah kejutkan mesin jahit antik saya tu..gunting saya pun mesti dah rindu dengan tangan seni saya ni...hahahahaha....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...