Friday 7 October 2011

pola baju kurung riau

kali ni saya nak kongsi cara melukis pola baju kurung riau. saya tak tahu sangat cara yang khusus untuk ukur pola baju kurung riau. terutamanya untuk bahagian pesak dan kekek. saya juga tak berapa pasti potongan dibawah lengan tu disebut kekek atau termasuk dalam pesak juga. jadi minta maaf banyak2 (kepada yang memang pakar dalam hal ini) kalau saya buat kesilapan meletakkan nama2 setiap bahagian baju kurung riau ini. ukuran yang saya buat ini, saya agak2 je dan mengikut ukuran baju saya iaitu saiz s. kepada yang bukan bersaiz s, bolehlah tambah ukuran di mana2 bahagian yang sepatutnya ye.

mula2 ambil ukuran badan sendiri. saya guna cm untuk semua ukuran dan gambarajah di bawah ni, ukuran baju saya (saiz s).




mulakan lukis labuh baju


bahu


turun bahu (untuk mendapatkan ukuran turun
bahu, ukur pita dari bahu ke puncak dada)


panjang lengan


bukaan tangan


sambung terus dibukaan tangan tadi


buat kekek (ini bahagian yang saya kurang pasti namanya, memandangkan ianya di atas macam kekek baju kurung biasa, jadi saya sebut kekek jugalah. kalau salah, tolong betulkan ye).


bahagian pesak. ukuran dibahagian ini terpulang pada anda. ada yang suka kembang ada juga yang tak suka. terpulanglah tapi setahu saya kurung riau memang bahagian bawah agak kembanglah.


' sambung terus kebahagian pinggang. ukuran pinggang ikut suka masing2.


ok, pola pun sudah siap.

'
potong pola yang sudah siap tadi


ini hasilnya yang sudah di gunting tadi
a)badan
b)lengan
c)kekek (bahagian yang saya tak pasti namanya!)
d)pesak


***************************************************************

ok sekarang saya tunjuk cara menggunting pula.


mula2 lipat 2 kain macam dalam gambar ini (ikut ira kain)


dan lipat lagi macam ini


kemudian letak pola untuk bahagian badan tadi. garis untuk basi jahitan. untuk tepi saya selalu guna 1.5cm dan bawah baju pula 3cm.


bolehlah guntingkan


lepas tu untuk ambil bahagian tangan pula, ulangan proses macam tadi. lipat 2 kain macam ni.


dan lipat lagi macam ni


kemudian letak pola bahagian lengan.
tandakan basi jahitan tepi (1.5cm dan bawah tangan 3cm).
lepas tu guntingkan bahagian ini.


ok sekarang untuk ambil bahagian pesak, lipat 2 juga


lipat lagi sekali


letak pola pesak macam ini. tandakan basi jahitan dan bawah pesak.guntinglah ikut tanda garisan yang dibuat tadi. tanda 3bulatan kecil yang saya lukis di kertas pola tu, tanda kain tak putus. maksudnya lipatan kain yang bersambung gitu. ohhh...minta maaflah kalau kawan2 keliru dengan penerangan saya ini. harap2 tu fahamlah ye.


ini pula untuk bahagian kekek @ bahagian yang saya tak pasti namanya tu.


lipat 2 dan lipat sekali lagi macam ni


letak pola dan buat basi jahitan.


ini pula untuk pola leher. lipat 2 dan gunting.

ok, inilah bahagian baju kurung riau yang siap digunting. harap2 entry ini dapat membantu kawan2 yang nak belajar menjahit baju kurung riau.





Monday 19 September 2011

Apa Kata Wanita...Zamzarina Kerja@Rumah (Amoi - Jahit Manik)



saya sengaja letak video ini untuk insipirasi. saya memang minat sangat dengan sulaman manik dan labuci sejak tergoogle fotopages amoi ni. dari situ lah saya dapat ilmu sikit2 dan belajar jahit manik yang mudah2 je. saya memang kagum sangat dengan dia ni sebab kreatif dan banyak idea dalam menata rias baju2 pelanggan dengan sulaman manik yang cukup cantik dan menarik.

masa ramadhan hari tu, saya ada menonton Apa Kata Wanita di tv1, kebetulan amoi menjadi tetamu pada hari tu. rasa seronok tengok rancangan tu sebab dia banyak bagi tips dan kongsi pengalamannya. episod AKW tu saya cari tapi tak jumpa pula di yutube. video ni pula yang saya jumpa. ini kali pertama amoi muncul dalam AKW tapi cuma dalam segmen kerja@Rumah.

ok juga lah jadikan video ini pembakar semangat untuk nak berjaya. kalau nak lawat page amoi ni, klik saja http://amoi2505.fotopages.com atau fb dia http://www.facebook.com/AmoiCreations . harap2 sangat dia akan turun ke sandakan, bolehlah saya berguru dengan dia.


Friday 1 July 2011

cara memotong kain untuk kurung asli kanak-kanak

ini sambungan entry sebelum ini. kali ini saya tunjuk cara memotong kain untuk kurung asli kanak-kanak. mula sediakan kain 2 meter.


lipat 2 macam ni


kemudian lipat lagi macam ni pula


lekatkan pola bahagian badan di atas kain yang di lipat tadi. buat basi jahitan di bawah dan tepi pola.




basi jahitan yang sudah digaris-untuk memudahkan proses menggunting dan menjahit.


gunting ikut garisan tadi


untuk tangan pula, lipat kain macam ini


kemudian lipat pula macam ini


lekatkan pola bahagian tangan


tanda dan garisan untuk basi jahitan di bawah tangan, bahagian bahu dan tepi






guntingkan


untuk pesak, lipat dua kain ini


kemudian lipat sekali lagi macam ini


lekatkan pola pesak dan buat ukuran basi di keliling pola


guntingkan


guntingkan tepinya yang berlipat tadi. dapatlah 4 keping pesak.




tandakan tiap hujung pesak agar tidak keliru bila masa menjahit cantum nanti


untuk mengambil bahagian kekek pula, lipat 2 kain


gunting tepinya dan lipat 3 segi. lekatkan pola kekek tadi


tanda ukuran dan guntingkan


untuk skirt pula. lipat dua kain tersebut dan buat garisan lurus dan dari garisan tu tandakan labuh skirt




ukur labuh skirt


tanda dan gariskan bahagian lipatan kaki kain dan lipatan untuk bahagian pinggang


tandakan bahagian kipas dan badan skirt


garis untuk basi jahitan dibahagian tepi


guntingkan dan di bawah inilah hasilnya. mudah bukan?



so, jangan lupa mak2 budak bolehlah mula jahit baju raya anak2. tak perlu beli lagi...dapat juga jimatkan kos untuk raya nanti.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...