Tuesday 25 September 2012

cara membuat leher baju kurung asli

ada kawan saya kata, bahagian yang paling rumit nak buat baju kurung ialah bahagian lehernya. ada yang tak berani nak buat, takut salah buat lubang leher...nanti salah guntinglah...lubang leher tersengetlah...terbesarlah dan macam2 lagi. mula2 dulu, saya pun fikir macam tu juga. tapi lepas belajar menjahit...tahu teknik sebenar dan cara buatnya, kira macam mudahlah juga nak buat. jadi, kali ni saya nak tunjuk cara saya buat leher baju kurung. ringkas je.
 mula2, sedia lapik leher dan badan 
baju kurung asli anda

 dibahagian lapik (kertas bergam tu) lukis garisan lubang leher dan belahan bawah 
leher tu (ikut ukuran leher anda atau selera anda).kalau tak tau kira ukuran, ambik baju kurung lama anda, then cuba lukis lekuk leher baju tu di atas kertas. lepas tu gunting kertas tu ikut lukisan lekuk tu. dapatlah satu pola leher. pola tu letak di lapik leher yang di lipat 2, lepas tu tandakan garisan di sepanjang lekuk tu. kemudian buat garisan untuk belahan bawah.

 kemudian buat tanda di bahagian tengah dan bahu baju.
saya buat baju bahu tak putus. kalau bahu putus, cuma sterika bahagian tengah je. 

 lepas tu letak lapik leher dan pasang peniti

jahit ikut garisan leher tu

 jahit bahagian belahan bawah leher

 ni la lapik leher yang sudah di jahit dibadan baju

lipat 2 dan gunting di tepi jahitan lubang leher

gunting bahagian tengah. hati2 jangan tergunting jahitan benang

 gunting macam ni 

 lipat dan jahit halus bahagian atasnya untuk leher nampak kemas 
dan jahitan lagi kukuh

 jahit sepanjang leher dan belahan bawah leher

ni yang siap dijahit halus  bahagian tepi leher tu

 macam ni

 ni nak bagi jelas lagi...harap2 faham ye

lepas tu bolehlah jahit jelujur

leher yang sudah siap dijelujur

ok siap, ringkas je kan. harap2 cara ni dapat bantu kawan2 yang baru nak cuba2
belajar buat leher baju kurung asli.

Monday 10 September 2012

mesin jahit tepi


ini aktiviti saya petang kemarin...buka mesin jahit tepi saya, buang segala sisa2 kain dan habuk2. banyaknya sampah2 kecil dalam tu. patutlah mesin pun dah macam2 bunyi. saya tak pandai sangat bab mesin ni, tapi gatal tangan kan...memang nak juga buka dan tengok sendiri dalam mesin tu. buang dan bersihkan habuk2 dan letak minyak mana2 yang patut. ok la tu asalkan mesin dapat jalan dengan lebih lancar dan bunyi2 yang tak sepatutnya pun dah hilang.

macam ni la isi perut mesin jahit tepi saya. nampak tu, sudah bersihkan? tiada lagi habuk2 yang melekat. lepas tu bolehlah pasang kulit dia semula.

tengok mesin dah bersih dan berkilat macam baru, bersemangatlah juga nak sambung kerja2 menjahit lepas ni.


Saturday 8 September 2012

baju kurung moden layer


masih dalam mood raya lagi...hehehe selagi syawal belum berakhir, selagi tu la semangat raya tu sentiasa membara di hati. entry saya kali ni berbentuk santai je...asal update orang kata. ni saya pos gambar marsha dengan kurung moden. suka tengok warna dan fesyen layer baju kurung ni. saya tak pandai buat. baru nak cuba2 perah otak macam mana nak reka pola baju macam ni.

tapi hari tu tengok di butik baju macam ni, macam berlapis2. kalau lapis2 ni memang kerja yang paling malas saya nak buat. lecehlah banyak kerja...kena lagi kain yang licin2. tapi kalau dapat siapkan baju macam ni, memang cantiklah...boleh pakai raya haji nanti hihihi. cukuplah celoteh pagi ni, lepas ni nak google berkaitan baju ni dan hanbok baju korea tu.

Monday 27 August 2012

9 syawal...

wah! lamanya saya tak update blog...berbulan lamanya. semuanya sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja jahitan. bulan jun lepas saya memang sudah tiada masa nak jenguk blog ini. minta maaf pada pengunjung2 blog sebab saya agak lambat membalas kunjungan kawan-kawan semua. tapi insyaAllah, saya akan ke blog korang juga (tu pun bagi pengunjung yang tinggalkan url blog di chatbox saya).

tahun ini, saya rasa paling sibuk. banyak sangat kerja yang kena saya siapkan. tempahan raya pun ada beberapa kain yang saya tak dapat siapkan. 1 syawal orang semua sibuk beraya tapi saya masih melekat depan mesin jahit. saya kena siapkan baju family sepupu yang kahwin 25hb lepas. jadi sampai 6 syawal saya memang habiskan masa siapkan 7 pasang baju melayu dan 3 pasang baju kurung.

penat gila...tuhan saja yang tahu. tapi lepas siapkan semua, rasa lega sangat. sekarang baru ada masa rehat dan menikmati suasana raya hahaha. sayangnya hari ni sudah 9 syawal, suasana raya semakin kabur2. buka tv pun, telefilem dan hiburan raya pun dah tak ada. sedih pula rasanya. tapi tak apa, tunggu raya haji...bolehlah raya sakan hihihihi.

timbunan beg plastik di atas ni sebahagian tempahan yang saya kena jahit masa puasa hari tu. di bawah ni pula sebahagian kain2 yang sudah siap dipotong dan sedia untuk jahit tepi. kain2 dibelakang tu baju2 perempuan dan depan pula baju2 melayu. syukur alhamdulillah, proses menjahit semua berjalan lancar cuma adalah juga beberapa pasang baju yang sangkut2 sikit. terutama kain2 yang licin. memang tekanan habis nak gunting! kalau boleh nak saja bagi balik pada pemiliknya tapi tak sampai hati...kesiannnnnn punya pasalkan.


selain kain yang licin2 dan ira kain yang lari2, ada satu lagi masalah yang saya tension sangat. cuba tengok kain di bawah ni. manik ke apa ke namanya...saya cakap batu dipatri di kain. nak potong dan jahit, kena cabut dulu manik2 ni (bahagian gunting dan jahitan). kalau tak memang masalah...tumpulkan gunting dan patahkan jarum! betul2 buang masa punya kain. kena ada tahap kesabaran tinggi kalau berhadapan dengan kain ini. habis kuku ibu jari saya rosak dan jari ada luka2 juga semata2 tanggalkan batu2 melekat ni. nampaknya lepas ni saya kena hati2 kalau nak terima kain lagi.


tengah sibuk menyiapkan skirt baju kurung. ingat nak ambil semua baju2 yang sudah siap tapi betul2 tak ada masa waktu tu. cuma ada 2,3 pasang baju yang saya sempat ambik. antaranya dress budak2 di bawah ni. kalau nak cerita tentang jahitan, rasa memang tak pandai habis. macam2 pengalaman baru kali ni. banyak baju yang fesyennya kali pertama saya jahit. paling sadis baju2 melayu yang pelbagai, ada yang nak zip depan baju...ada yang nak bahu levis...memang pening! tapi rasa ok jugalah sebab dapat belajar banyak perkara baru.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...