Saturday 15 March 2014

Pray For MH370


Lamanya saya tak update blog ni. Nak masuk sini pun rasa malas. Aktiviti jahitan dah mula sibuk sikit dengan tempahan raya. Rasanya semua tukang jahit pun sama macam saya juga, dah mula sibuk dengan tempahan raya. Kalau saya rajin, saya akan tunjuk juga baju2 yang saya jahit. Saya memang rajin ambil gambar baju yang dah siap tapi nak upload tu malas. FB impian ima pun dah lama saya tak jenguk. Memang malas nak bersosial sejak akhir2 ni...hehe.

Gambar kat atas tu tak ada kaitan pun dengan jahitan. Saja aje saya letak sebagai menyokong semua pihak yang sentiasa berdoa untuk keselamatan kru dan penumpang MH370 tu. Walaupun dah masuk 7 hari operasi untuk mencari tapi masih belum jumpa sebarang petunjuk (setakat entry ni ditulis). Saya takde kaitan dengan sesiapa pun dalam flight yang hilang tu. Tapi sebagai manusia normal, saya memang terkesan dan rasa sedih dengan apa yang terjadi.

Tak tahu nak kata apa, cuma doakan mereka semua selamat kembali. Harap2 berkat doa semua orang dan operasi yang berterusan dari pihak berwajib, dapatlah petunjuk di mana kapal ni berada.Walaupun mungkin bila ditemui, ianya tak seperti yang kita harapkan lagi. Tapi itu lagi baik dari terus menjadi misteri.



Tuesday 8 October 2013

skirt kipas tepi @ kain susun tepi

hari tu jahit baju kurung yang skirtnya kipas tepi, terus terniat nak ambil gambar dan buat tutorial ni. manalah tahu, ada yang nak belajar buat skirt macam ni. sebelum ni, saya keliru bila orang kata kain susun tepi. lepas tanya dan google, rupanya kain susun tepi tu samalah macam kain kipas tepi. nama je beza...kalau di sabah memang namanya skirt kipas tepi.

mula2 kita perlukan kain yang untuk buat skirt kurung ni...sediakan kain yang sudah dipotong mengikut ukuran korang. macam ukuran saya ni, panjang skirt 94cm. untuk lebar kain pula ukur kipas tu 30cm dan ukuran punggung 48 cm. lepas dah ukur dan tanda dengan kapur ukuran tu semua, lipat dua kain tu dan gunting.
 yang ni kain untuk sambungan pinggang

lepas potong kain (48 cm +30 cm) x2 tu, jahit kain tu dibahagian tepinya (sambung kain tu lah). tinggalkan ruang untuk zip. jahit terus bahagian kaki kain. boleh je jahit satu tingkat tapi saya selalu jahit 2 tingkat macam dalam gambar di atas tu.

ukur bahagian kipas (60cm) dan bahagi 4. tandakan 15cm tiap ukuran tu. itu ukuran kipas yang biasa saya
buat. bergantung pada koranglah nak berapa. kadang2 saya ambik kurang dari 60cm, kalau kain tu tak cukup lebar.

lepas tanda bahagian 15cm tu dengan kapur, lipat kain tu ikut tanda tu dan gosok
tengok gambar di atas dan bawah ni.


gosok la kemas2 kipas tu, semua ada 4 lipatan. 


ni kipas yang sudah digosok tadi

lepas tu jahit semua tepi kipas tu... (jahit bahagian luar je).

ni kipas2 yang dah dijahit bahagian tepinya.

lepas tu, korang pin dengan peniti bawah dan tepi kipas tu untuk bagi sama
rata. ini bagi memudahkan proses pasang zip nanti.

pasang zip
 
sambungkan kain untuk bahagian pinggang

pasangkan getah dan jahit kedua2 hujungnya. skirt ini untuk pinggang getah je.

sila jahit rumah getah

dah siap jahit, sila tarik2 dan cantikkan bahagian getah tu, biar sama rata je kedut2nya
disemua tempat.

lepas tu jahit tengah2...nanti tak ada la getahnya terpusing2 bila dah lama guna


ok siap skirt kipas tepi @ kain susun tepi harap tutorial ringkas ni dapat bantu siapa2 yang nak cuba jahit skirt macam ni. terima kasih. 


Tuesday 1 October 2013

baju customer part 5

tak banyak sangat baju yang saya jahit sekarang ni, adalah dua tiga pasang je. ni sebahagian baju yang saya jahit minggu lepas. ada jubah zip depan, baju melayu, blouse, baju kurung dan jubah. saya ada baki baju yang kena jahit lagi lepas ni, ada dalam 15 pasang lagi. semua sudah potong tinggal jahit untuk siapkan je. jahit-menjahit ni yang kadang2 lambat. baru jahit sekejap, dah ada gangguan. saya kalau asyik2 berhenti ni, kesudahannya mesti hilang mood dan akan berhari2lah lamanya untuk cari mood menjahit tu semula. tu sebab saya tak suka jahit henti2 ni, kalau dah menjahit memang nak jahit sampai habis. tak boleh lari2.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...