Thursday 11 September 2014

cara ringkas buat pola leher baju kurung

Assalam dan haiii...lama tak buat tutorial. So, kali ni saya sengaja rajinkan diri untuk upload gambar-gambar ni sebagai tutorial ringkas. Tutorial cara ringkas buat pola leher. Untuk buat alas dan lubang leher, memang ada ukuran-ukuran tertentu. Tapi saya ni jenis malas, kalau ada baju contoh, saya akan tekap aje leher baju tu

Ini cara saya untuk dapatkan pola leher baju kurung tu. Buka baju ni dan lipat dua tengahnya macam dalam gambar di bawah ni. Harap faham ye, sila perhatikan gambar betul-betul. Dapatkan bentuk leher macam dalam gambar tu. kemudian pin dengan peniti agar memudahkan kerja menekap bentuk leher tu.


kemudian letak kertas di bawah tu, macam dalam gambar. Tak kiralah kertas apa pun. saya guna kertas buku sekolah aje. Untuk buku mate pula tu... :D. Letak kemas-kemas ok.

Lepas tu, silalah lakar di tepi lekuk leher itu. 

Jadilah macam ni.

Kemudian tambah bahagian bawah untuk belahan, lukis macam ni. Ukuran panjang belahan tu, ikut macam di baju tu juga. Lepas tu gunting. Siaplah satu 
pola leher macam di bawah tu.

Ini pola leher setengah ye. Kalau korang ambil di kain, lipat dua kain tu. Tak silap saya ada buat tutorial untuk ambil pelapik juga. sila tengok senarai tutorial saya tu. Pola ni lepas guna, jangan buang. Simpan. Boleh guna untuk buat leher lagi. Selalunya baju kurung ni lehernya lebih kurang aje, gunakan saja pola ni. Saiz yang saya tekap ni untuk saiz dewasa


Ok selamat mencuba cara yang ringkas dan mudah ini. Happy Sewing...


Thursday 29 May 2014

yang lama dilupa jangan


assalamualaikum...lamanya saya tak jenguk sini. terlalu malas sangat2 nak buka blog sebab tak ada benda nak di share. sibuk dengan tempahan jahitan sampai nak ambik gambar baju2 yang dah siap pun malas. nak buat tutorial pun malas. arghh...segala2nyalah malas! 

sebenarnya mood menjahit saya pun menjunam ke laut! tak ada semangat nak menjahit. tapi bila tengok tempahan yang banyak belum siap lagi dan kenangkan puasa tinggal beberapa minggu lagi. saya gagahkan juga diri untuk menjahit. kadang untuk siapkan satu baju dalam sehari pun sangatlah sukar. 

oh, gambar kat atas tu? tu mesin jahit lama saya yang saya gelar 'mesin ajaib'. buruk rupanya? hehe...memang nampak buruk dan antik sikit tapi saya tetap sayang sebab banyak sangat khidmatnya pada saya. dari mesin nilah saya menghasilkan macam2 jenis baju yang orang tempah. mesin ni juga besar jasanya. dari dialah saya dapat beli mesin jahit tepi sebijik, mesin jahit portable sebijik dan mesin jahit industri sebijik. pendek kata mesin ni memang tersangatlah banyak jasanya.

walaupun mesin baru ada, saya tetap juga gunakan mesin ni untuk jahit baju melayu, baju kurung moden yang berfesyen. kedua baju nikan perlu penelitian yang lebih. guna mesin ni memang slow, jadi hasil pun kemas. kalau baju lain, barulah guna mesin industri. nak cepat siaplah kononnya tapi ya juga lambat siapnya!

sebenarnya saya tak tahu apa motif saya buat entry ni. saja2 je nak mengUpdate blog yang kelam ini. korang kalau ada mesin antik macam saya ni, silalah upload...saya nak tengok juga rupanya. boleh lawan tak dengan 'kecomelan' mesin ajaib saya kat atas tu? hehe... ok, nak sambung menjahit tempahan yang tak siap2 lagi... selamat menjahit dan jangan malas2 macam saya ni... ^ _*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...