Thursday 27 April 2017

Cara Ambil Lapik Leher Baju Kurung

Assalamualaikum, saya nak share macam mana cara ambil lapik leher baju kurung. Cara ini juga boleh digunakan untuk baju kurung asli (tradisional), putus bahu. Biasanya saya buat pola belakang dan depan dalam satu kertas saja. Ini cara mudah, untuk yang baru2 nak menjahit. Kalau tailor yang pro, pola leher mereka memang lain kertas dan penuh dengan pengiraan yang rumit. Selalunya cara buat pola mereka agak terperinci dan baju kebanyakannya dijual di butik mewah. Apa yang saya ajar ini hanyalah cara yang simple dan mudah untuk sesiapa yang baru-baru nak belajar. Terutamanya yang jahit untuk diri sendiri dan anak2.

Ok, balik semula pada tutorial ini, ini pola leher yang saya lukis di atas pola baju kurung. Pola leher ini pun saya main tekap, pola leher yang sedia ada. Nanti lain tutorial, saya tunjuk acuan leher saya. Di tutorial yang lepas2 pun saya ada tunjuk cara mendapatkan pola leher baju kurung asli dengan meniru leher baju kurung asli cust. Cari saja dalam senarai tutorial saya.

Mula, lipat dua kertas bergam. Kemudian letak kertas warna di bawah dan atasnya. Lepas barulah letak pola baju tadi. Tekap lapik leher bahagian depan dulu.


Kemudian ambil pula leher belakang. Kemudia gunting ikut tekapan pola leher tadi. basi jangan lupa ya. Untuk basi leher, boleh ambil 1 cm dan untuk sambungan bahu boleh ambil 2 cm.

Inilah lapik leher yang diambil tadi. 

Lapik leher dah siap jahit kat baju. Ok harap tutorial ini dapat mebantu kawan2 yang baru berjinak dalam bidang jahitan. Selamat mencuba dan happy sewing...

Wednesday 26 April 2017

Cara Menjahit Leher Jubah Atau Baju Kurung Moden

Assalamualaikum. Saya buat tutorial ringkas untuk kawan-kawan yang masih kurang faham cara menjahit dan menyambung lapik leher untuk jubah, dress atau baju kurung. Mula2 sediakan lapik leher depan dan belakang. Dalam tutorial yang lepas2 saya dah tunjuk cara mengambil lapik leher. Boleh lihat dalam senarai tutorial saya.
 
Iron lapik leher ke atas kain. Ini bahagian leher depan
Lepas iron, gunting dan jahit tepi

Ini bahagian leher belakang

Belah dua macam ni. 

Jahit macam dalam gambar

Nampak tak?



Lipat bahagian tadi dan jahit ikut garisan yang dah ditanda.



Ini dah siap jahit
Pandangan dari luar. Ulang proses tadi untuk menjahit bahagian yang satu lagi.

Macam inilah dah siap jahit.

Untuk bahagian hadapan, jahit macam biasa ikut tanda yang korang dah buat.

Masa untuk sambung lapik leher depan dan belakang.


Lipat lapik leher macam ni ye



Temukan hujung lipatan tadi

Tindih dan jahit bahagian luarnya


Jahit sampai hujung.

Ok, bahu baju sudah bersambung


Temukan kedua hujung lapik leher depan dan belakang.


Jahit macam ini ya

Nampak tak hasilnya?


Buang baki kain

Gunting basi jahitan sepanjang leher tadi

Jahit tindih untuk bagi kemas dan leher terbentuk dengan cantik


Sekarang bolehlah iron dan jahit sembat. Tapi kalau tak jahit pun tak apa sebab lapik belakang tu panjang dan tak nampak bahagian bawahnya jadi tak perlu pun nak jahit sembat. Kebanyakan baju ready made pun, lapik leher akan dibuat besar2, tak perlu jahit sembat. Tapi kalau lapik leher tu kecil je, mesti jahit sembat. Nanti takdelah lapik leher tu terkeluar dari leher baju.

Ok selamat mencuba...happy sewing.

Tuesday 25 April 2017

Barang Jahitan


Assalamulalaikum. Banyak tak kedai barang jahitan kat tempat korang? Baru2 ini saya pergi beli barangan jahitan di Canny. Ini kedai yang selalu saya pergi. Kat sandakan ni, ada tiga kedai jahitan yang selalu saya pergi...Canny, Leton dan Artisan Crafts. Canny kedai jahitan yang paling besar di sini. Ada 4 cawangan Canny kat bandar, batu 4, bdr  Megah dan batu 8. Tapi sekarang tinggal 3 saja sebab Canny bt8 dah terbakar hari tu. Saya suka beli barang kat Canny sebab kedainya besar dan banyak pilihan.

Mula-mula menjahit dulu, saya beli barang jahitan kat Wah Sing. Kedai jahitan ni kecil je tapi boleh dikatakan inilah kedai jahitan pertama kat bandar sandakan ini. Selepas tu barulah muncul Leton dan Canny. Leton dulu, memang popular sebab kedai besar dan barang pun berpatutan harganya. Tapi sekarang sedikit terbelakangan oleh Canny. Ada sesetengah barang saya beli kat Leton, terutamanya benang. Saya paling suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia sangat mahir pilih warna benang. Lepas tu benang pun banyak pilihan. Lagi satu sebab kenapa saya suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia yang tolong carikan. Kau cuma bagi contoh2 kain aje. Kalau kedai lain, kena cari benang sendiri. Leceh cari benang sendiri. Kalau kau seorang saja di depan rak benang tu takpelah juga. kalau sampai 5, 6 orang? Mesti rasa terganggu sebab seorang tarik laci atas, sorang tarik laci bawah...bla..bla..bla..

Leton satu2nya kedai yang benang dia, cuma pekerja dia jer yang boleh pilih. Itu yang bagusnya kat Leton. Tak perlu buang masa dan susah2 cari. Pekerja dia pun semua agak ramah dan sedia membantu. Cuma, sejak akhir2 ini saya malas sikit nak pergi Leton sebab barang2nya agak kurang. Selalu habis stok. Kebanyakan kedai jahit memang borong barang kat Leton. Tu yang barang selalu cepat habis.

Artisan Crafts, pun saya suka beli barang kat sini sebab banyak pilihan (terutamanya lace) walaupun harga agak mahal. Aritsan Crafts (Bandar IndahJaya), asalnya dulu kedai ini cawangan Wah Sing tapi entah tiba-tiba dah tukar nama Artisan Crafts. Lain kali saya akan cuba gambar ketiga2 kedai jahit ini. Saya ada ambil gambar sebelum ini tapi lupa, kat mana saya save gambar2 tu.

Jarum tangan tu 90sen saja. 

Zip skirt 7inci RM1.90

Yang ini harga segulung RM10.30

RM7

 Dulu kertas bergam ini murah saja RM1.20. Sekarang, RM2. Ini yang paling nipis. Harga kat tempat korang macam mana pula?

Ini bukan dijual, ini baju cust. yang saya jahit bulan2 lepas. Sajalah letak kat sini. 

Monday 24 April 2017

Cara Menjahit leher baju kurung moden


Assalamualaikum. Saya nak share tutorial cara menjahit leher baju kurung moden. Cara ini juga boleh digunakan untuk menjahit leher jubah dress. Sebelum ini saya dah pernah pos tutorial macam ni. Tapi kalau pos sekali lagi, tak apalah kan. Mungkin tutorial kali ini lebih lengkap penerangan dan gambarnya.

Pertama sediakan badan baju dan lapik leher (alas leher). Letak lapik leher kat atas badan baju. Lepas tu letak peniti. Boleh juga jelujur kasar kat alas leher tu bagi yang tak suka gunakan peniti. Macam sayalah tak berapa suka nak guna peniti sebab tangan selalu tercucuk!


Jahit macam dalam gambar kat atas. Ini untuk bahagian hadapan baju. Kalau saya potong baju bahagian hadapan, bahagian leher tu saya potong ikut bentuk leher belakang aje. Bentuk leher hanya saya buat kat atas lapik leher. Fahamkan. Ada sesetengah penjahit yang sedia potong bahagian leher baju. Saya tak berapa pandai macam tu. Susah nak ngamkan leher dan lapik nanti. Kadang-kadang bukaan leher (lubang leher) akan jadi rengang dan besar. Jadi berpeluh dibuatnya kalau lubang leher dah terbesar dari alas leher. Tapi saya ada tips untuk lubang leher yang terpotong besar dari lapik leher. Tunggu tutorial akan datang, hehe.

Ok ini bahagian belakang baju. Badan baju ni dah siap pasang zip sembunyi (zip tapuk kalau kat sabah). Untuk lapik leher, potong dua lapik leher tu.


Mulakan jahit sebelah kiri...atau mana2 koranglah, mana nak jahit dulu. Jahit macam dalam gambar di atas. Untuk pengetahuan korang juga, untuk jahit bahagian ini, tak perlu sediakan basi jahitan di lapik leher tu. Jahit je kat tepi potongan tu.


Nampak tak?


Sekarang korang lipat lapik leher ni, macam dalam gambar kat atas ni. Maaf, tak berapa nak pandai cara menerangkannya. Tapi harap sangat gambar-gambar yang ada ini dapat membantu korang faham.

Lipat dan jahit.

Macam ni. Lipat hujung tu dan terus jahit sampai garisan bahu.

Macam inilah rupanya, setelah selesai dijahit.

Terbalikkan jahitan tadi.

Tadaaa...macam inilah hasilnya. Ulang proses tadi untuk jahit bahagian satu lagi. Gambar di bawah, kedua lapik leher kiri dan kanan sudah dijahit.

bahagian luar

Untuk menyambung bahagian lapik depan dan belakang, mula-mula terbalikkan semula lapik leher bahagian belakang tadi. Macam dalam gambar kat bawah ini.



Temukan kedua-dua bahagian depan dan belakang baju. Macam dalam gambar kat atas ini ya.

lipat hujung lapik leher (Hujung lapik leher dijahit sampai garisan bahu saja. Lebihan basi itu yang korang lipat. Fahamkan. Tengok betul-betul gambar tu ya.)


Lipat macam ni, lapik belakang dan lapik depan.

Lepas tu temukan kedua-duanya. Macam dalam gambar di atas.

Kemudian jahitlah bahagian bahu baju. Jahit hati-hati ya, jangan sampai terjahit lapik leher yang berlipat tadi (bahagian dalam)

Ok yang ini bahagian bahu baju yang sudah dijahit tadi.


Nampak tak gambar-gambar kat atas tu? Dah fahamkan Kenapa saya lipat hujung lapik leher tadi. Macam inilah bahagian bahu yang sudah dijahit ( pandangan dari luar baju).

Lepaskan lipatan tadi dan temukan hujung lapik depan dan belakang. Jahit ikut garisan yang sudah ditanda.
Lapik leher depan dan belakang yang sudah siap bersambung. Pandangan dari luar.

Macam inilah rupanya leher depan dan belakang yang sudah bersambung. Buang lebihan kain di bahagian leher depan tu.

Dah siap buang. Sila gunting kecil2 di bahagian basi. Tengok dalam gambar bawah. Hati2 jangan sampai tergunting sampai jahitan pula.


Dah siap gunting, tindih keluar dan jahit halus di atasnya.


Jahit macam ini untuk bagi kemas dan agar lipatan leher mudah terlipat ke dalam. Dah siap jahit, terbalikan. Lepas tu bolehlah jahit sembat. Tapi sebaik-baiknya, korang iron dulu leher yang siap berjahit tu. Lepas tu barulah jahit sembat. Cara ini, lagi memudahkan korang menjahit sembat dan bahagian leher lagi lebih nampak kemas.


Tadaaa....siap sudah. Mudahkan? Ok saya harap tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru nak belajar jahit alas leher untuk baju kurung ataupun jubah/dress. Kalau nak save atau share tutorial ni, silakan... kita panjang2kan lagi ilmu yang tak seberapa ini. Happy sewing...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...