Saturday, 26 March 2011

menjahit baju kurung riau

entry saya kali ni tentang cara menjahit baju kurung riau. sebelum ni saya ingatkan baju ni namanya kurung pahang. tapi lepas google tadi, baru tahu nama baju ni kurung riau. baju ni macam kurung asli juga. bezanya bahagian bawahnya agak kembang. tapi baju kurung riau yang saya jahit ni bawahnya tak kembang sebab tuan punya baju tak suka kembang2. jadi ikut ukuran bawah pesak kurung asli juga.

saya suka jahit baju ni sebab pecahannya tak banyak, masa menjahitnya pun kurang kalau nak banding dengan kurung asli. kalau ada siapa yang belajar jahit, bolehlah tengok langkah2 yang saya tunjukkan ini. mungkin apa yang saya kongsi ini agak ringkas tapi saya harap ianya dapat membantu kawan2 yang nak cuba2 menjahit baju kurung riau.


mula2, potong kain ikut ukuran sendiri. a) bahagian badan-lipat dua b) tangan-2 keping c)pesak atas-4 keping d) pesak bawah-2 keping


mula2, ambil 2 keping pesak atas...jahit dibahagian tepinya. ikut contoh gambar di atas tu.


bila pesak atas sudah dijahit, buka dan cantumkan dengan sekeping pesak bawah pula. tengok contoh di atas tu.


mulakan proses jahitan mencantum pesak atas dan pesak bawah.


cantumkan pula pesak atas dengan lengan baju. saya letakan peniti sebagai contoh tempat yang harus dijahit.


mulakan proses jahitan untuk cantum lengan dengan pesak.


bahagian lengan dan pesak yang sudah bercantum


kemudian teruskan jahit untuk cantumkan tepi lengan. jahit sampai hujung bukaan tangan.


sediakan lapik leher pula. ukur dan lukis macam ni sebelum jahit.


letakkan di tengah badan baju. sebelum tu gosok badan baju ini, buat garisan ( +) di tengah2nya. agar senang nak letak lapik baju tadi.


lepas tu bolehlah jahit ikut garisan yang dilukis tu. kemudian, gunting dan buat ukiran tepinya macam dalam gambar ni. saya rasa semua orang pun tahu proses buat leher ni.


jahitlah tepinya, agar nampak lagi kemas dan cantik (tapi jahitan saya ni tak berapa cantik pun...hahaha...)






inilah rupa leher yang saya sudah jahit halus di tepinya. saya tak tahu nama jahitan di bahagian leher ini apa.


gosok leher agar kemas dan mudah untuk menjahit jelujur bahagian lapik tadi.


mulakan proses jelujur



inilah bahagian2 baju tadi. jangan lupa gosok pesak & lengan yang sudah bercantum tadi. gosok bahagian jahitan (cantuman), agar nampak kemas. selepas itu, barulah mulakan proses mencantumnya pada badan baju.


mulakan proses mencantum dari tengah badan baju dan tengah lengan. jangan cantum dari bawah baju, takut hasilnya senget pula.

inilah rupa baju yang sudah siap disambung. lepas tu bolehlah jahit jelujur bahagian bawah tangan dan bawah baju.



proses akhir, gosoklah semua bahagian jahitannya. pasti baju akan lagi nampak kemas.



ok siap.....


Monday, 7 March 2011

benang getah



masa saya beli barang jahitan di canny, saya ingat nak beli benang getah warna putih. stock benang getah putih saya sudah habis. benang warna hitam saja yang tinggal tapi saya tak suka guna warna hitam sebab mudah kering dan putus.

masa saya tanya di kedai tu, tiada pula jual warna putih. stock habis, kata jurujual tu. dia tunjuk saya benang getah lain. itulah, yang dalam gambar tu. saya tak tahu pula ada jual warna lain. selamanya kalau saya tanya, mereka kata cuma ada hitam dan putih sahaja.

saya pun belilah beberapa gelung yang lain2 warna. nanti senang nak padankan dengan warna baju yang dijahit. harganya mahal sikitlah berbanding yang warna putih dan hitam.




Saturday, 5 March 2011

gelung benang



saya sebenarnya tidak pasti sangat namanya...gelung benang? ahh...hentam sajalah, janji ada kaitan dengan benang. baru2 ni saya kemas ruang menjahit saya, banyak terjumpa benda ni, jadi saya kumpul semua..inilah hasilnya.

saja, simpan sebab sayang pula nak buang. bila tengok benda ni baru terfikir, banyak juga benang yang sudah saya gunakan selama beberapa tahun menjahit ni. agak2 kalau benang2 semua tu disambung, berapa panjang semuanya? kalau ukur dengan jalan berapa kilometer agaknya?


Thursday, 3 March 2011

jahit tepi



hari ni saya sambung kerja2 menjahit tepi kain yang sudah dipotong. dalam gambar tu sebahagian kain2 yang saya nak jahit tepi. semua ni baju kurung pahang dan kurung moden.

ada 2 pasang baju melayu yang saya kena jahit tepi juga. tapi lupa pula nak ambil gambar. kalau saya rajin, nanti saya nak gambar step by step bila jahit baju melayu tu. insyaAllah, nanti boleh buat entry di sini.