Wednesday, 12 August 2015

Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu

Salam syawal yang ke 27...selamat pagi rabu. Pagi ni saya nak kongsi cara jahit poket sisi seluar baju melayu. Saja kongsi, mana tahu ada yang jahit poket ringkas macam ni. Ini cara saya menjahit ya...kalau yang pro atau otai tu mesti ada cara lain yang lebih teratur. Cara saya ni jenis yang ringkas dan nak cepat siap saja. Apa pun harap perkongsian ini memberi manfaat pada kawan2 yang baru belajar menjahit.

 Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu

Sediakan poket seluar. Ukuran tu bergantung pada koranglah. Jangan besar sangat, sudah.

Jahit tepi poket sebelah depan seluar dulu

kemudian sebelah belakang pula.

Dia akan jadi macam ni

Kemudian cantumkan tepi seluar depan dan belakang. Jahit dari kaki seluar sampai di mulut poket. Dalam gambar tu yang tanda kapur biru, jahit sampai situ. Poket seluar selalu saya bukan 15cm. Campur 1cm untuk basi pinggang. Jadi semua 16cm.

Kalau dah diterbalikkan, jadi macam nilah.

Lepas tu bahagian seluar depan tu, jarakan 2.5 cm dan buat garisan ke bawah sampai garisan mulut poket tadi. Tengok gambar tu betul2 nanti fahamlah ya. Sorry ya saya ni tak berapa pandai nak terangkan atau ajar betul2. Harap gambar2 ni boleh membantu untuk korang lebih faham. Lepas garis tu, jahit ya ikut garisan condong tu.

Dah jahit dan terbalikkan, akan jadilah macam ni. Bahagian depan dan belakang bezakan?

Jahit di tepi mulut poket depan. Tepi bahagian belakang tu pun jahit ya, tengok macam dalam gambar tu

Ini dah siap jahit

Jahit macam ni

Jahit macam dalam gambar tu. Bagi kemas dan mulut poket tak terbuka sangat. Jahitan tu juga bagi jarak untuk poket dan pinggang seluar

Lepas tu jahit dihujung mulut poket tu. Jahit macam dalam gambar ni ya. Ini pun nak bagi mulut poket tak terbuka sangat. Tak adalah handphone yang disimpan terkeluar kalau si pemakai tu duduk.

Akhir sekali jahit bawah poket tu (sebelah dalam ya). Terbalikkan...ok siap sudah. Di bawah ni gambar yang dah siap. Selamat mencuba...

Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu


Tuesday, 11 August 2015

Cara pasang zip seluar baju melayu

Salam syawal yang ke 26. Tinggal 4 hari kita di bulan syawal. Hari2 terakhir syawal ni saya nak kongsi cara jahit zip untuk seluar baju melayu. Sebelum ni saya memang ada buat tutorial macam ni (entry tahun2 lepas) tapi penerangannya macam kurang sikitlah. Jadi saya buat semula, bagi terang sikit.

Zip dan lapik zip (fly). Zip ikut warna kain tapi masa ni saya dah kehabisan zip merah. Jadi saya belasah guna zip coklat!
 
Mula2 ukur panjang Zip di atas seluar tu. Tanda dulu.

Jahit dari tempat yg saya tunjuk dalam gambar tu. Jangan jahit dari hujung dulu ya sebab bahagian bawah tu nak sambung dengan bahagian seluar belakang dulu. Jahit sampai tanda yang saya tunjuk tu.

Dah jahit, letak pula pelapik yang berkertas gam itu atas bahagian yang baru dijahit tadi ( sebelah kiri ya). Terus saja jahit macam dalam gambar tu.

Kemudian jahit tindih atas lapik tu

Pandangan dari depan seluar, korang ambil lapik yang satu lagi dan pasang zip macam dalam gambar ni. Letak peniti dulu agar mudah sikit nak menjahitnya nanti. Ini bahagian kanan ya.

Sekarang balik ke bahagian pelapik sebelah kiri tadi, sebelah zip tu letak atas pelapik ni dan jahit. Tengok betul2 gambar tu ya. 

Ok, zip dah berpasang pun

Ini rupa macam ni ya. Boleh iron kalau nak bagi kemas lagi.

Pandang dari depan, korang jahit bahaian ni dari luar ya. Hati2 jangan sampai terjahit pelapik kat dalam tu. Korang boleh lipatkan lapik tu dulu agar lapik tu tak terjahit sama. Jahit lurus dan lengkungkan sikit bila sampai bawah zip tu.

Jahit macam ni ya

Nampak tak jahitan tu? Sorry ya kurang jelas sikit. Tujuan jahitan ni untuk jahit lapik kat dalam itu (bahagian lapik kiri)

Siap sudah. Senang saja, kan? Harap korang faham ya. Selamat menjahit...

Monday, 10 August 2015

Cara Menjahit Jubah

syawal yg ke 25, pagi isnin...monday blues orang selalu kata. Ok semalam saya tunjuk cara potong jubah simple kan? Pagi ni saya tunjuk cara jahit jubah tu pula.

Ini bahagian jubah tu. Nama pun simple, jadi leher jubah buat macam leher kurung saja. Lapik leher tu saya dah lapos dengan kertas bergam

Mula2 cantum bahagian bahu dulu.

Jahit dari hujung ke hujung bahu

Iron bahagian yang baru disambung tadi

Lipat dua macam ni dan iron bahagian lipatan

Kemudian bukan lipatan tadi dan letak pola tu di tengah2. Leher tu saya dah lakar ikut acuan leher

Kemudian jahit leher tu

Dah jahit, lipat macam ni dan gunting tengah tu macam dalam gambar tu

Ini yang dah digunting

Lepas tu snip bahagian keliling basi

Jahit tindih atas lapik leher tu

Kemudian iron untuk bagi kemas

Lepas tu korang jahit tepi leher tu. Ikut sukalah nak jahit corak2 ke...tak pun jahit sembat aje bahagian dalam. Terpulang ok...

Sekarang korang jahit bahagian tepi baju (sambung bahagian tepi) sampai bawah.

Ini rupa baju yang dah siap bersambung. Ini pandangan dari dalam baju.

Jahit lipatan kaki baju

Untuk bahagian tangan, sambung bahagian tepi lengan dan jahit ke badan baju. Tapi yang saya jahit ni, saya letak lace. Jahit lace dulu, benang atas ikut warna lace tu dan benang bawah ikut warna kain. Jahit lepas tu baru cantum lengan tu.

Lengan yang sudah bersambung. Bolehlah terus dijahit di badan baju. Kalau tak tahu cara cantum lengan di baju, rujuk entry yang sebelum2 ni, saya ada tunjuk cara pasang lengan di badan baju.


 
Siap sudah jubah. Ringkas saja cara memotong dan menjahitnya. Selamat mencuba... Happy sewing

Sunday, 9 August 2015

cara potong jubah ringkas

Salam syawal yang ke 24. Hari ni ahad, hujung minggu...kalau tak buat apa, jom cuba2 jahit jubah. Kali ni saya tunjuk cara potong jubah yang ringkas. Jubah ni paling simple...tak ada zip, macam baju tidur aje. Kalau korang tak ada jubah macam ni, korang ambil je baju kurung moden korang dan lipat dua jadikan contoh baju. Masa lakar nanti tambah saja ukuran di bahagian badan dan tambah labuh bahagian bawah baju. Mudahkan. Nak tambah zip belakang pun boleh tapi korang kena ambil asing-asing bahagian depan dan belakang baju. Bahagian depan tak putus. Bahagian belakang tu kena putus dan bagi basi untuk zip. 

Ok tu jubah berzip, yang ni jubah simple. Ambil terus lipat sekali aje dan gunting. Tutorial saya ni semua yang ringkas saja sebab saya tahu kalau orang mula2 nak menjahit ni memang suka nak cepat siap dan cari cara yang paling mudah. Esok2 dah pandai sikit, bolehlah belajar yang susah sikit...yang ada kira itu, tolak itu, bahagi ini... Sebagai permulaan, belajar yang mudah2 dulu.

Ini baju contoh

kain lipat dua macam dalam gambar tu

Kemudian lipat lagi sekali macam ni

Letak baju yang dilipat dua atas kain tu. Sekarang lukis saja ikut tepi baju tu. Terpulang kalau korang nak tambah atau kurangkan ukuran badan. Kembang bawah pun terpulang juga, nak kembang atau tak. Tapi jubah mesti longgarkan. Lengkungkan sikit bahagian pinggang. Basi bahu saya letak 1 1/2cm. Kaki baju 2cm.


Tangan, ambil macam ni. Lipat dua terus kain tu sama macam cara ambil bahagian baju tadi. Dah siap gunting aje ikut garisan yang dibuat. 

Ok siap sudah. Bahagian badan dan tangan. Selamat mencuba...