Sunday 1 March 2020

Cara Potong Dan Jahit Skirt Guna Kain Pleated


cara potong dan jahit skirt guna kain pleated

Assalamulaikum. Baru-baru ini saya jahit baju kurung biasa dengan skirt duyung dari kain pleated. Sebelum itu, puas saya google cara jahit kain pleated tapi saya tak jumpa tutorial yang berkaitan. Saya cari di yutube, kebanyakan yang saya jumpa tutorial cara membuat kain pleated pulak. So saya cuba cari dalam fb, adalah beberapa ahli geng jahit yang kongsi tutorial menjahit kain pleated tapi tak begitu lengkap. Sempat jugalah kepala saya pening mana nak cari tutorial yang lengkap. Saya masih tertanya-tanya macam mana menjahit kain tersebut.

Ada satu tutorial itu, kata jahit kain ini kena slotep dulu agar kain tak kembang masa menjahit atau mudah untuk digunting. Saya cuba cara ini, cuba potong kain ini ikut pola kain duyung. Ada satu lagi geng jahit yang share tips, kain ini boleh potong A cut dan duyung. Itu yang saya pun cuba potong duyung. Dah slotep, saya pun mula gunting... Hasilnya tak begitu memuaskan. Bentuk duyung tak jadi. Kain jadi bergigi-gigi sebab tak rata. Stress saya!

Then saya cuba lagi cari-cari tips lain yang lebih tepat dan betul. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga geng jahit lain yang kongsi tutorial yang lengkap penerangannya. Alhamdulillah, moga hamba Allah itu dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus dunia akhirat. Amiin.. Untuk jahit kain skirt pleated, kain kena jahit dulu, kemudian barulah dipotong. Cara itu lagi mudah dan potong lurus saja.

Lepas baca penerangan dia barulah saya kembali yakin untuk menyiapkan skirt kain pleated yang tergendala sebelum ini. Memandangkan saya sudah terlanjur memotong kain tersebut ikut bentuk kain duyung, jadi saya terpaksa gunting lurus semula. Kemudian saya jahit cantum, kiri dan kanan. Bahagian pinggang, saya guna getah keseluruhannya. Untuk kaki kain pula, saya jahit klim macam biasa saja. Dan...siap.

Kaki kain tak perlu jahit tepi ya, terus je jahit bawahnya macam biasa.

Jahit macam ini, tak perlu risau lipatan dia hilang sebab bahagian bawahkan memang agak kembang sikit.

Nampak tak bawah kain itu? Dia akan jadi macam itu lepas kita jahit klim tadi. 

cara potong dan jahit skirt guna kain pleated

Pinggangnya guna getah saja. Cara jahit pinggang, sama sahaja cara jahit pinggang seluar budak. tarik dan jahit.

Cara Potong Dan Jahit Skirt Kain Pleated

Nasihat saya, kalau jahit kain pleated ini jangan takut renggangkan saja lipatannya dan jahit. Jangan takut lipatannya hilang sebab ikut pengalaman saya lipatannya takkan hilang kalau setakat kita renggangkan untuk seketika.Malah, bentuk dia lagi cantik sebab kembang dia nampak semula jadi berbanding kalau kita iron.

 Cara Potong Dan Jahit Skirt Kain Pleated

Inilah rupa baju kurung biasa (kurung malaysia) saya dengan skirt kain pleated. Ok, selamat mencuba dan happy sewing.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...