Sunday, 19 June 2022

HELLO BLOG

 

Assalamualaikum. Lama gilak saya tak jenguk blog ini. Last saya posting entry tahun 2020. Sekarang sudah tahun 2022. Dari sebelum covid sampailah sudah endemik blog saya terbiar sepi tanpa kunjungan tuannya. Kalau blog ini rumah, sudah penuh dengan jin dan syaitan. Kalau blog ini mesin jahit sudah lama jem. Kalau blog ini tanah lapang sudah lama dipenuhi semak samun. Mujurlah ini cuma blog di alam maya, selamatlah daripada semua itu. Hanya saja masalahnya kalau dah lama tak jenguk blog ini, kemungkinan besar password pun boleh lupa!

Tahun 2020, selain saya berhadapan dengan krisis kemalasan membuka blog ini saya juga berhadapan dengan krisis kekempisan wallet. Saya mula ambil tempahan jahitan tahun 2004. Sejak itu setiap ramadhan saya akan jadi orang yang paling sibuk, stress dan sangat² tertekan. Mana nak siapkan baju customer, baju family, siapkan kerja rumah, buat persiapan raya dan termasuk siapkan kuih raya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Rasa macam nak gila pun ada. Kadang² tu siap bertekad, tahun depan tak ambil tempahan raya lagi! Memang penuh emosi down saat² itu. 

Tapi bila covid19 melanda tahun 2020, orang tak ramai tempah baju raya sebab PKP mula dilaksanakan di negara kita. Raya pun tak dibenarkan. So, buat pertama kalinya saya rasa kurang stress masa itu. Walaupun tahun itu duit jahitan tak banyak tapi alhamdulillah saya berpeluang rasa tenang di bulan ramadhan. Itu sebenarnya hikmah yang Allah beri tapi macam biasa saya ni kurang bersyukur dan selalu lupa. Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang penuh dosa ini. 

Tempahan memang slow untuk tahun 2020 dan 2021. Hanya tahun 2022 ini, kembali sibuk seperti biasa tapi saya mula hadkan pengambilan kain sebab banyak kerja rumah dan kerja lain yang kena saya lakukan. Faktor umur juga menjadi salah satu sebabnya. Nak lagi selepas menerima vaksin booster awal tahun ini, tenaga saya tak macam sebelum ini. Jahit sehelai baju pun dah rasa penat. Sebelum vaksin dulu, 3 pasang baju kurung mini siap dalam sehari. Sekarang sepasang baju ambik masa sehari. Itu memang kena betul² menghadap mesin dan melupakan segala apa yang ada dikeliling. 

Sedar diri dah tak boleh jahit selaju dulu saya pun tak naklah ambik banyak2 macam sebelum² ini. Tak apalah, jahit tenang² je. Walaupun tak banyak, alhamdulillah masih ada dan sentiasa ada. Niat saya tahun ini saya nak jual baju ready made. Blouse simple dan dress kanak² insyaALLAH. Moga terlaksana tak lama lagi. Selain terima tempahan, saya juga sedia perkhidmatan alteration, jahit tepi dan menjual barang jahitan. Tapi tertumpu di sekitar tempat tinggal saya je la. Service yang ini memang sentiasa on je kecuali kalau saya tak ada di rumah. 

Untuk tahun ini juga saya nak aktifkan balik blog ini. Nak share tutorial bergambar seperti sebelum ini. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala niat saya ini. Oklah, saya stop di sini dulu. Jumpa di next entry.