Monday 8 October 2018

cara menjahit baju kurung peplum

cara menjahit baju kurung peplum

Assalamualaikum, selamat pagi isnin. Sudah breakfast ke belum? Kalau belum pergilah breakfast dulu. Sarapan tu lagi penting dari makan tengah hari tau. Ok, pagi ini saya nak kongsi tutorial menjahit baju kurung peplum. Baju ini salah seorang customer saya yang minta jahitkan. First time jahit baju kurung peplum lipat depan. Sebelum ini jahit baju kurung peplum yang beralun tanpa lipatan di bahagian pinggang.

Ukuran baju ini saiz S. Saya lupa tulis ukuran di setiap bahagian di atas pola. Tapi ukuran kasar badan customer saya, bahu 37cm, bahu ke pinggang 37, untuk peplum labuh 35cm dan depan tu 25cm. Turun dada 22cm, ukuran dada 86cm, pinggang 66cm, punggung 93cm dan tangan 49cm. Untuk skirt pula, labuh 94 dan punggung 93cm. Skirt bentuk duyung tetapi dalam tutorial ini cuma jahit baju saja. Untuk skirt, boleh rujuk di entry saya yang lepas2, saya ada buat tutorial jahit skirt duyung. Ukuran tu ukuran kasar. Kalau nak buat pola silalah bahagi 2 atau 4 untuk dapatkan ukuran yang sebenar.

Mula2 lipat 2 kain untuk ambil bahagian belakang. Letak kertas warna di bahagian dat tu untuk tandakan garisan dart. Jangan lupa, tandakan basi lepas tu barulah potong.

Ini bahagian depan yang sudah dipotong dan dart juga sudah ditanda. Cuma tak terang sebab kain ni warna gold. Bila ambik gambar, cahaya dia jadi memantul semula. Untuk ambil bahagian ini juga kain kena lipat dua juga.

Lengan, ambil dengan cara lipat empat kain tu.

Ini pula peplum bahagian depan. Ukuran ini saya tak tahu, saya hentam je. Untuk peplum pinggan depan ni saya buat 28cm sebab saya tak tahu ukuran lipatan yang sebenarnya. Jangan lupa kain lipat 2 ok.

Ini pula peplum bahagian belakang. 17cm (kain lipat 2 juga). Kiri kanan ada basi sebab saya buat basi untuk zip. Ada orang lain tak letak pun basi, dia orang curi sedikit je bahagian kain untuk zip. Tetapi saya tak pandai. Sebab itu saya terus buat basi zip sampai ke bawah.

Sambungkan bahagian A dan B. Lepas tu barulah jahit zip.

Untuk bahagian peplum ini, kena lipat dulu. Bagi ngam2 lepas tu letak peniti atau jahit jelujur kasar. Lepas tu gosok nanti senang nak jahit sambung dengan bahagian atas tu.

 Dah sambung, jahit kain macam tali pinggang gitu. Tak jahit pun boleh. Letak je lace atau manik. Ikut suka hatilah. Tetapi saya jahit macam tali pinggang sebab gambar yang customer kasi tu, memang ada letak macam tali pinggang.

 Ini dah siap jahit dan pasang lapik leher. Sekarang bolehlah sambung bahagian bahu dan siapkan bahagian leher. Dah siap leher tu barulah jahit kiri kanan badan baju. Selepas tu, sambungkan lengan ke badan baju. Jahit klim halus di hujung lengan dan bawah peplum tu. Ok siap. Untuk skirt pula, boleh rujuk entry skirt duyung yang saya dah kongsi sebelum ini. Selamat menjahit.

cara menjahit baju kurung peplum

Sunday 7 October 2018

Menjahit Baju Kurung Moden

Menjahit Baju Kurung Moden

Assalamualaikum, selamat pagi ahad. Semalam saya jahit baju kurung moden yang simple. Saya sharekan polanya di sini. Baju ini ada dart depan dan belakang. Di bawah ini pola untuk bahagian belakang. Lipat dua dan potong. Jangan lupa sediakan basi untuk Zip. Bahagian ini 2 keping kain ya.

 Menjahit Baju Kurung Moden

 Ini pola bahagian hadapan. Kain kena lipat dua dan tak putus. Jangan lupa tanda bahagian dart.

 Ini pula pola tangan. 

Ok cara menjahit baju kurung moden simple ini, mula2 jahit dulu zip sembunyi di bahagian belakang. Lepas tu barulah jahit dart dan jahit lapik leher bahagian belakang. Selepas itu kita jahit bahagian hadapan pula. Jahit dart yang sudah ditanda dengan kapur. Lepas tu jahit lapik leher depan. Kemudian sambungankan bahu bahagian depan dan bahagian belakang. Lepas tu cantum pula hujung lapik depan dan belakang. Selepas tu, gunting lebihan jahitan di bahagian lapik leher tu dan lepas tu gunting kecil2 di tepi jahitan leher tadi. Lepas dah gunting, jahit tindih di bahagian atasnya. Jahit kemas2 untuk bagi leher tu lebih cantik letaknya bila dah diterbalikkan.Selepas itu bolehlah gosok bagi kemams semua bahagian yang di jahit tadi (leher, bahu, dart dan zip). Kemudian cantumlah tepi badan kiri dan kanan. Akhir sekali cantumkan lengan dan siap.

Bolehlah jahit sembat di bawah lengan dan bawah baju. Kemudian gosok kemas dan gantung kat hanger. Lepas tu sambung jahit skirt pula.
 Pola Skirt ala duyung

Pola skirt ala duyung. Skirt paling simple dan paling mudah nak jahit. Cara jahitnya cantum bahagian depan dan belakang. Tinggalkan ruang untuk zip. Selepas jahit Zip, jahit kaki kain pula. Kemudian jahit rumah getah. Lepas itu jahit getah dan akhir sekali jahit butang pencangkuk. Ok siap sudah. Kalau tak faham boleh rujuk di entry yang lepas2. Saya ada buat tutorial skirt duyung dan cara2 menjahit baju kurung moden yang simple (step by step). Happy Sewing...

Menjahit Baju Kurung Moden

Sunday 30 September 2018

Cara Menjahit Blouse lengan kembang


Cara Menjahit Blouse lengan kembang

Assalamualaikum. Selamat petang ahad. Ke mana korang petang2 ini? Kalau tak ke mana2 jom belajar jahit blouse lengan kembang. Ada juga yang kata ini lengan loceng. Ini tutorial simple je. Ukuran baju ini saiz M. Saya ikut contoh baju yang customer nak.

Macam biasa ye, ambil bahagian badan depan belakang. Terus lipat empat kain tu, senang. Lepas siap tanda basi dan lipatan kat bawah baju, bolehlah gunting kain tu. Lubang leher tak perlu risau sebab ukuran dan bentuk akan di buat di atas lapik leher. Senang, letak je lapik leher tu atas badan dan jahit je lepas tu baru gunting. Boleh rujuk entry cara jahit lubang leher yang sebelum2 ini.

Lepas potong bahagian badan, potong pula bahagian tangan. Untuk bahagian bawah lengan tu, boleh je tambah ukurannya ikut keselesaan korang nak kembang sangat atau tak kembang sangat. Cara menjahitnya, jahit dulu lapik leher depan dan belakang kemudian cantumkan. Lepas tu cantumkan bahu dan tepi baju. Dah seiap tu, baru cantum lengan pula. Lepas tu jahit halus kat bawah baju dan lengan. Jahit perlahan-lahan bagi kemas. Saya jahit lipatan kecil tu tak guna tapak. Jadi perlu extra sabar untuk nak jahitan tu kemas dan cantik. Ok siap. Selamat mencuba dan happy sewing.

Cara Menjahit Blouse lengan kembang

Thursday 6 September 2018

Tutorial Jahit Poket Baju Melayu

 Assalamualaikum. Pagi ini saya share tutorial jahit poket baju melayu. Sediakan potongan kain yang sudah diukur untuk poket. Bentukkan kain tadi ikut acuan poket. Lepas tu gosok bagi kemas. Lepas tu letak atas baju dan jahit. Cara jahit lihat dalam gambar.



 Tutorial Jahit Poket Baju Melayu






Tutorial Jahit Poket Baju Melayu

Ok siap. Moga tutorial ini dapat membantu kawan2 yang baru nak cuba2 menjahit baju melayu. Kalau nak share tutorial ini, silakan.
~Happy Sewing~

Wednesday 5 September 2018

Tutorial menjahit skirt lipat depan

Assalamualaikum, Pagi ini saya nak kongsi pula tutorial cara menjahit skirt lipat depan untuk baju kebaya yang tutorialnya saya publish semalam. Skirt belah depan ini, nama lainnya skirt lipat batik. Kalau di sini, ada juga yang panggil dengan nama skirt belah bohong

Ini bahagian depan. Ukuran punggung setelah dibahagi 4. Kemudian campur dengan 25cm. Cara ambil bahagian depan ini, kain hendaklah di lipat 2.

Ambil bahagian belakang dulu. Lepas itu, tekap saja bahagian belakang ini di atas kain yang sudah dilipat 2, untuk ambil bahagian depan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan
Mula2 jahit cantum bahagian depan dan belakang skirt. Tinggalkan ruang untuk jahit zip. Selepas jahit zip, bolehlah jahit bawah kain.

jahit kaki kain

Lipat bahagian hadapan kain. Lipat macam kain batik. Kemudian gosok bagi kemas dan untuk memudahkan menjahit bahagian lipatannya.

Lipatan yang sudah digosok

Terbalikkan skirt tadi seperti dalam gambar

Jahit garisan lipatan tadi

Nampak tak jahitan lurus itu. Panjang jahitan lebih kurang 35-40 cm.

Kemudian terbalikkan semula kain tadi

Inilah hasil jahitan tadi. Lipat depan dah siap.

Jahit lapik pinggang atau nama lainnya ban pinggang atau rumah pinggang. Perhatikan gambar di atas tu.

Lapik pinggang yang sudah di sambung dengan skirt. Sediakan getah dan jahit hujung getah dengan sedikit pengeras. Lepas tu bolehlah jahit terus di skirt tadi.

Hujung bahagian depan. Lipat macam ni kemudian jahit


Hujung pinggang bahagaian hadapan

Hujung pinggang bahagian belakang. Hujung ini yang sambung sedikit pengeras

Kemudian jahit rumah pinggang. Pastikan tak terjahit getah kat bahagian dalam tu.

Tarik ke belakang bahagian yang sudah dijahit. Nampak tak dalam gambar tu, lapik pinggang yang berlopor2 kat hujung tu? Dah tarik, sambung jahit lagi hinggalah selesai.

Pinggang yang dah siap jahit. Lepas tu bolehlah jahit pencangkuk

Ok siap sudah skirt. Selamat mencuba. Kalau nak share tutorial ini, silakan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan

~Happy Sewing~
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...