Saturday, 16 October 2010

personalized ribbon



ini label yang saya terima minggu lepas tapi baru hari ni saya upload kat sini. saja buat entry sebab ini pun berkaitan dengan jahitan juga, kan.

lepas ni bolehlah letak label ni kat baju2 yang saya dah siap jahit. kawan-kawan yang nak buat macam ni, bolehlah ke blog kucinpurple ye.



kebaya moden


dari kain menjadi baju...

p/s:abaikan model kurus kering ni, tumpukan pada baju je wokey...hikhikhihiii



lengan belah dr bahgian bahu sampai pergelangan tangan. saya lapis dengan lining, selalu tengok baju2 lain (artis) memang tak lapis pun. lepas tu tangan jahit getah.



skirt kipas depan. ini kali pertama buat kipas depan...pening juga, terpaksa buka buku2 jahitan yang dah lama tak dibuka!



Tuesday, 12 October 2010

blaus kolar mandarin

ini kali pertama saya buat blouse kolar mandarin. lama juga proses menyiapankan blouse ni. saya kalau buat baju kasual macam ni memang lambat siap. susah rasanya nak buat baju-baju lain selain baju kurung. tu pun baju kurung asli saja ye...kalau kurung moden dalam tahap SUSAH juga.



idea buat blouse ni muncul lepas saya belek-belek FEMALE yang saya beli dari zila kasim. dah lama beli tapi baru hari ni saya buat projek pertama! apa punya malas saya ni?!!! kepada penjahit-jahit diluar sana, di larang keras ikut perangai malas saya ni ye... hihihih.



ini majalah yang saya maksudkan tu dan satu-satunya majalah FEMELE yang saya ada. mula-mula saya nak buat baju macam ni. tapi bahagian leher nampak macam susah nak buat, bahagian depan baju pun guna butang bungkus dan tali. saya langsung tak tahu buat semua ni. jadi saya ubah kedua-dua bahagian tu.



cuma tangan yang saya ikut macam dalam gambar. susah juga sebab kena jahit kaf berpanel pula. saya kalau bab rumit-rumit ni memanglah siput! berjam-jam membuatnya barulah jadi macam dalam gambar tu.



leher pula saya ikut macam ni, lebih kurang macam kolar mandarin. macam kolar atas cekak musang cuma yang ini pakai butang jahit.




inilah hasinya, walaupun tak cantik dan kemas tapi puas hatilah juga sebab dapat siapkan. kena banyak menjahit lagilah lepas ni, barulah dapat hasil yang baik. bagi semangat untuk diri sendiri hihihi...



Saturday, 9 October 2010

rahsia corak-corak kain


 
kain yang mempunyai 2 warna (2 corak)
selalunya kain yang mempunyai 2 corak warna adalah seimbang. kain jenis ini adalah sesuai untuk membuat semua jenis baju.
 
3 corak warna
kain yang mempunyai 3 corak warna adalah sesuai untuk semua jenis pakaian. pilih kain yang warnanya adalah sepadan. pilihlah kain yang bercorak bunga kecil jika anda berbadan besar. corak yang besar pula adalah untuk yang berbadan kecil.
 
kain yang mempunyai pelbagai corak
dalam pemilihan ini anda di kehendaki supaya berhati-hati. walaupun corak ini bersesuaian dengan semua ukuran tubuh tapi satu hal yang penting ialah ianya haruslah bersesuaian dengan pattern pakaian anda. ini termasuklah coraknya yang melintang dan lain-lain.
 
kain yang berpetak-petak
kain yang mempunyai petak kecil adalah sesuai untuk anda yang bertubuh kecil. bagi yang bertubuh besar, pilihlah dari yang berwarna terang. ianya amat sesuai dibuat pakaian petang. 
 


Wednesday, 6 October 2010

mesin jahit tepi saya bermasalah lagi!!!




inilah mesin jahit tepi saya yang bermasalah tu. entah apa kena semalam, masa buat jahitan tepi tiba-tiba je jahitannya bermasalah...dari cantik terus jahitan lari-lari. puas konik sana-sini, akhirnya jahitan ok semula tapi tak lama lepas tu jahitan rosak lagi. kali ni lagi teruk benang asyik berserabut dan putus. adoiiii...tension betullah. bila saya bersemangat nak buat kerja, disitulah si mesin ni keluarkan pening-pening lalatnya!!!

Tuesday, 5 October 2010

cotton


ini kain cotton yang sudah lama saya beli. ada yang tahun lepas punya. saya suka kumpul kain cotton ni sebab cantik dan macam-macam corak. beli sikit untuk koleksi...nanti bila-bila dapat idea nak jahit sesuatu, bolehlah guna kain-kain ni. 

sebenarnya saya banyak idea nak buat  macam-macam (hasil lawatan ke blog jahitan lain) termasuklah beg, alas meja, sarung kusyen dan macam-macam lagilah. tapi sampai sekarang pun masih tak buat satu apa pun. lepas menyiapkan tempahan raya, aktiviti menjahit saya agak slow. malah rasanya bukan slow tapi langsung tak jalan pun! apa punya tailor macam ni...adehhh macam mana nak maju...

cakap tentang cotton ni, ahad lepas saya ada juga jenguk-jenguk kedai kain. banyak cotton yang cantik-cantik. paling suka cotton thai dan jepun. selalu saya beli dalam 2 meter tiap 1 jenis kain. insyaAllah, bila semangat rajin sudah datang semula, barulah saya akan kerjakan kain-kain cotton saya ni. nak buat apa? belum tentu lagi...mula-mula mungkin nak jahit beg dulu...hmmm, ye la tu...harap bukan cakap je...






 

Monday, 4 October 2010

zip sorok


saya sebenarnya tak pandai pun jahit zip sorok ( kalau di tempat saya disebut 'zip tapuk'). selama ni memang guna zip biasa saja. tapi tadi saya kena jahit juga dibaju salah seorang pelanggan saya. ingatkan mudah je...rupanya rumit juga. saya ingatkan boleh guna kaki zip biasa. jadi saya cubalah buat tapi tak jadi2...giveUp saya dibuatnya. 
 
sudahnya saya google cara2 pasang zip sorok ni...jumpa! rupanya kena guna kaki zip khas! adoi, naif sungguh saya dalam bab aksesori mesin ni! tutorial zip tu boleh kawan2 tengok kat sini ataupun kat sini





tempahan siap!

ini semua baju2 tempahan yang sudah siap dijahit dan sedia diambli oleh pelanggan. ada kurung asli, kurung moden berlapis dan kurung moden belah tepi dengan tangan yang bergetah.






.

kebarung nenek


inilah rupa kebarung nenek yang sudah siap tu. agak lambat saya jahit sebab kena selesaikan dulu tempahan baju pelanggan lain.

seronok rasanya jahit kebarung ni sebab stylenya lebih kurang dengan baju kurung asli je. nama pun kebarung hasil gabungan kurung asli dan kebaya. jadi memanglah rupa macam kurung asli dibahagia tepi tapi bahagian depan tu berlipat macam kebaya lapel@kebaya nyonya.

sebelum ni saya ada buat kebaya lapel nenek juga tapi proses membuatnya agak lama sebab saya tak tahu buat baju macam ni. selalu buat kebaya moden yang tiada lipatan di bahagian depan. kebarung ni saya pernah buat masa belajar menjahit dulu.pola pun saya guna pola lama masa saya belajar tu.

jimat sikit tak payah buat pola baru. lagi pun pola tu lebih kurang je sama dengan saiz baju nenek saya. gambar baju tak berapa cantik sebab agak gelap. saya guna camera handphone je tulah hasilnya tak berapa cantik.






kebaya lapel


Akhirnya dapat juga saya siapkan kebaya lapel yang saya mula jahit ahad lepas. Wow! Lama betul masa diambil untuk siapkan sepasang kebaya! Bukannya apa, saya menjahit tak berterusan.kejap2 berhenti sebab banyak lagi kerja2 lain kena buat.

Pula tu saya juga sedikit keliru sebab dah lupa proses menjahitnya. Pemasangan bahu dan leher pun agak bermasalah,beberapa kali saya jahit tapi asyik senget. Saya ni, kalau selalu salah jahit, mood cepat hilang...teruslah give up! Nilah masalah besar saya, mudah give up, menjahit ikut mood dan suka bertangguh! Teruk? Memang saya seorang penjahit yang teruk pun...hihihi. Ahh...bilalah nak berubah ni?

Kebaya lapel tu dah siap,ada 1 lagi kebarung kena buat.nenek saya juga yang punya. Kebarungkan leher sama je dengan kebaya lapel. Masalah lagi ni tapi oklah coz dah ada pengalaman sebelum ni, jadi mudah sikitlah nak jahit nanti. Maybe saya start jahit kebarung tu esok coz hari ni saya peruntukan masa untuk memotong beberapa kain pelanggan yang baru dihantar kemarin.


dress untuk tasha


Ini dress yang saya jahit untuk anak saudara saya, tasha. Warna hijau tak berapa cantik tapi saya rasa puas hati dapat siapkan untuk tambah koleksi hasil buatan tangan saya. Kain yang saya guna, satin dan lace. Kedua2 kain ni lebihan baju kebaya tasha tahun2 lepas. Kakak saya terlebih beli...sayang pula lebihannya tu tersimpan macam tu,baiklah saya gunakan untuk buat baju lain. Jadi inilah hasilnya...hihihi




jahit tudung


Tadaaa...ni la tudung pertama yang saya buat. Mula memang terlebìh yakin, konon senang je buat. Bila dah buat, adoi mak...susah juga nyah!

Actually, saya minta buatkan pola dengan my bestfriend (raja rogayah), dia buatkan 3 jenis pola untuk awning. Malah, kirimkan lagi 3 contoh awning yg berbeza saiz(besar,sederhana,kecil). Bukan tu je, dia pun kirim 2 tudung diy sebagai contoh. Thanks friend...

Mula2 saya potong kain lebihan baju kakak saya sebagai lapisan awning. Proses bungkus awning ni rumit sikit coz saya banyak kali buat, asyik ada gelembung dihujung awning je .mungkin sebab potong kain secara serong. Lepas tu saya pun sediakan kain yang lain,era lurus. Teruslah menjadi dan lancar menjahitnya.

kain untuk badan tudung tu pun lebihan lining skirt baju kakak saya. tapi lining agak tebal tapi sejuk...memang macam kain tudung. Bila sudah siap, memang puas hati sangat. Sekarang sudah tau teknik2 proses menjahitnya, rasa seronok pula...dah ketagih nak buat lagi tapi niat k.i.v dulu sebab tiada kain yang sesuai. Tunggu saya beli kain2 yang sesuai dulu. Awning pun nak beli juga ni.
 
 


bobbin case

baru2 ni saya ke bengkel singer untuk beli bobbin case. bulan lepas pernah tanya tapi tauke tu kata " tara stok ini barang, lain hari baru sampai". masa tu saya tanya harga bobbin case ni rm46. mahalnya...tapi saya niat nak beli juga sebab bobbin case mesin saya tu sudah patah (akibat kebrutalan aku tiap kali menggunakannya hihihi...). memang masih boleh pakai tapi kalau jahit laju sikit pun benang bawah sudah bersimpul2. then mesin pun stuck la! betul2 menganggu kerja2 menjahit dan paling penting menganggu mood. dari bersemangat terus hilang semangat!


bobbin case yang patah hujung kiri dan kanan

bila saya datang balik, bobbin case pun sudah ada tapi harga rm60! wuiiii...terkazut habis mak...mahal betul nyah! ingatkan masih rm46....rupanya2nya sudah tukar harga. nasib baik bawa duit lebih, dapatlah juga beli benda tu. sebenarnya saya tak tahu benda tu harganya mahal. kalau tahu, dah sah2 saya jaga baik2 bobbin case saya tu.


ini la bobbin case yang harga rm60 tu

sebelum ni memang tak pernah tukar pun alat2 dalam mesin jahit saya tu. malah harga2 alat ganti mesin pun saya tak tahu berapa harga2nya. mesin saya tu singer 8900...ala dulu2 punya. biasa tengok alat ganti or barang untuk mesin butterfly je...murah2 harganya. untung juga la yang pakai mesin cap butterfly ni. selain harga murah, alat ganti murah...mesin ni pun strong gitu...jahit kulit pun boleh.

lepas beli bobbin case, saya masuk ke leton pula untuk cari2 barang jahitan yang sudah habis. di tempat saya ni cuma ada 3 kedai yang menjual barang2 jahitan, hiasan dan craft...salah satunya kedai leton ni la. kat bawah ni barang-barang yang saya beli di leton.