ini kain cotton yang sudah lama saya beli. ada yang tahun lepas punya. saya suka kumpul kain cotton ni sebab cantik dan macam-macam corak. beli sikit untuk koleksi...nanti bila-bila dapat idea nak jahit sesuatu, bolehlah guna kain-kain ni.
sebenarnya saya banyak idea nak buat macam-macam (hasil lawatan ke blog jahitan lain) termasuklah beg, alas meja, sarung kusyen dan macam-macam lagilah. tapi sampai sekarang pun masih tak buat satu apa pun. lepas menyiapkan tempahan raya, aktiviti menjahit saya agak slow. malah rasanya bukan slow tapi langsung tak jalan pun! apa punya tailor macam ni...adehhh macam mana nak maju...
cakap tentang cotton ni, ahad lepas saya ada juga jenguk-jenguk kedai kain. banyak cotton yang cantik-cantik. paling suka cotton thai dan jepun. selalu saya beli dalam 2 meter tiap 1 jenis kain. insyaAllah, bila semangat rajin sudah datang semula, barulah saya akan kerjakan kain-kain cotton saya ni. nak buat apa? belum tentu lagi...mula-mula mungkin nak jahit beg dulu...hmmm, ye la tu...harap bukan cakap je...