Showing posts with label Cara Menjahit leher baju kurung moden. Show all posts
Showing posts with label Cara Menjahit leher baju kurung moden. Show all posts

Monday, 24 April 2017

Cara Menjahit leher baju kurung moden


Assalamualaikum. Saya nak share tutorial cara menjahit leher baju kurung moden. Cara ini juga boleh digunakan untuk menjahit leher jubah dress. Sebelum ini saya dah pernah pos tutorial macam ni. Tapi kalau pos sekali lagi, tak apalah kan. Mungkin tutorial kali ini lebih lengkap penerangan dan gambarnya.

Pertama sediakan badan baju dan lapik leher (alas leher). Letak lapik leher kat atas badan baju. Lepas tu letak peniti. Boleh juga jelujur kasar kat alas leher tu bagi yang tak suka gunakan peniti. Macam sayalah tak berapa suka nak guna peniti sebab tangan selalu tercucuk!


Jahit macam dalam gambar kat atas. Ini untuk bahagian hadapan baju. Kalau saya potong baju bahagian hadapan, bahagian leher tu saya potong ikut bentuk leher belakang aje. Bentuk leher hanya saya buat kat atas lapik leher. Fahamkan. Ada sesetengah penjahit yang sedia potong bahagian leher baju. Saya tak berapa pandai macam tu. Susah nak ngamkan leher dan lapik nanti. Kadang-kadang bukaan leher (lubang leher) akan jadi rengang dan besar. Jadi berpeluh dibuatnya kalau lubang leher dah terbesar dari alas leher. Tapi saya ada tips untuk lubang leher yang terpotong besar dari lapik leher. Tunggu tutorial akan datang, hehe.

Ok ini bahagian belakang baju. Badan baju ni dah siap pasang zip sembunyi (zip tapuk kalau kat sabah). Untuk lapik leher, potong dua lapik leher tu.


Mulakan jahit sebelah kiri...atau mana2 koranglah, mana nak jahit dulu. Jahit macam dalam gambar di atas. Untuk pengetahuan korang juga, untuk jahit bahagian ini, tak perlu sediakan basi jahitan di lapik leher tu. Jahit je kat tepi potongan tu.


Nampak tak?


Sekarang korang lipat lapik leher ni, macam dalam gambar kat atas ni. Maaf, tak berapa nak pandai cara menerangkannya. Tapi harap sangat gambar-gambar yang ada ini dapat membantu korang faham.

Lipat dan jahit.

Macam ni. Lipat hujung tu dan terus jahit sampai garisan bahu.

Macam inilah rupanya, setelah selesai dijahit.

Terbalikkan jahitan tadi.

Tadaaa...macam inilah hasilnya. Ulang proses tadi untuk jahit bahagian satu lagi. Gambar di bawah, kedua lapik leher kiri dan kanan sudah dijahit.

bahagian luar

Untuk menyambung bahagian lapik depan dan belakang, mula-mula terbalikkan semula lapik leher bahagian belakang tadi. Macam dalam gambar kat bawah ini.



Temukan kedua-dua bahagian depan dan belakang baju. Macam dalam gambar kat atas ini ya.

lipat hujung lapik leher (Hujung lapik leher dijahit sampai garisan bahu saja. Lebihan basi itu yang korang lipat. Fahamkan. Tengok betul-betul gambar tu ya.)


Lipat macam ni, lapik belakang dan lapik depan.

Lepas tu temukan kedua-duanya. Macam dalam gambar di atas.

Kemudian jahitlah bahagian bahu baju. Jahit hati-hati ya, jangan sampai terjahit lapik leher yang berlipat tadi (bahagian dalam)

Ok yang ini bahagian bahu baju yang sudah dijahit tadi.


Nampak tak gambar-gambar kat atas tu? Dah fahamkan Kenapa saya lipat hujung lapik leher tadi. Macam inilah bahagian bahu yang sudah dijahit ( pandangan dari luar baju).

Lepaskan lipatan tadi dan temukan hujung lapik depan dan belakang. Jahit ikut garisan yang sudah ditanda.
Lapik leher depan dan belakang yang sudah siap bersambung. Pandangan dari luar.

Macam inilah rupanya leher depan dan belakang yang sudah bersambung. Buang lebihan kain di bahagian leher depan tu.

Dah siap buang. Sila gunting kecil2 di bahagian basi. Tengok dalam gambar bawah. Hati2 jangan sampai tergunting sampai jahitan pula.


Dah siap gunting, tindih keluar dan jahit halus di atasnya.


Jahit macam ini untuk bagi kemas dan agar lipatan leher mudah terlipat ke dalam. Dah siap jahit, terbalikan. Lepas tu bolehlah jahit sembat. Tapi sebaik-baiknya, korang iron dulu leher yang siap berjahit tu. Lepas tu barulah jahit sembat. Cara ini, lagi memudahkan korang menjahit sembat dan bahagian leher lagi lebih nampak kemas.


Tadaaa....siap sudah. Mudahkan? Ok saya harap tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru nak belajar jahit alas leher untuk baju kurung ataupun jubah/dress. Kalau nak save atau share tutorial ni, silakan... kita panjang2kan lagi ilmu yang tak seberapa ini. Happy sewing...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...