Showing posts with label kemahiran menjahit. Show all posts
Showing posts with label kemahiran menjahit. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

hanya gambar...tukang jahit hebat

hanya gambar...tukang jahit hebat

sekeping gambar dapat menceritakan banyak perkara. contoh gambar ini....banyak yang boleh dihuraikan lepas melihat gambar tukang jahit ini. gambar ni saya ambil masa jalan2 di pasar Filipina KK (pasar Filipin). ini bukanlah pemandangan asing kalau di sini. selain kk, di bandar sandakan pun pemandangan macam ni boleh dilihat. tukang jahit ni terdiri dari kaum suluk dari filipina. kalau di bandar sandakan mereka ni selalu lepak dengan mesin jahit butterfly mereka di jalan dua. biasa kalau lalu sana, mesti mereka tegur ''mau jahit ka?". 

sebenarnya saya kagum dengan tukang jahit macam mereka ni...pantas je buat kerja2 menjahit ni. mesin mereka pun tahan lasak. biasanya mereka ni buat kerja alter baju atau seluar. tapi kebanyakannya jahit seluar jeans la...ubah-suai bagi sempit ke, bagi pendek ke dan macam2 lagi. jahit beg dan langsir pun ada juga. walaupun dorang ni buat kerja dengan pantas tapi hasilnya tetap sempurna. tu yang saya kagum tu. tabik spring dengan mereka. 

saya juga kagum dengan semangat mereka berusaha cari rezeki, walau hanya menumpang di penjuru2 bangunan dan kaki lima kedai. nampak tak begitu selesa nak menjahit tapi mereka langsung tak hirau tu semua...tetap menjahit dan hasilkan perkhidmatan yang memuaskan. harga pun sangat2 berpatutan...dan boleh dikira agak murah. kalau nak dibandingkan dengan saya...rasa sangat2 bertuah sebab menjahit di rumah dengan suasana yang menyenangkan...tapi ada ketikanya hasilnya sangat2 buruk!

betapa jauhnya saya tertinggal kalau dibandingkan dengan kemahiran dan semangat mereka dalam jahit-menjahit ni. entah berapa helai kain lagi dan berapa tahun lagi saya kena menjahit untuk menjadi sehebat mereka. 

Saturday, 17 November 2012

kemahiran menjahit (kisah 5)

KOTA KINABALU 31 Okt. - Bidang jahitan bukan lagi asing dalam kalangan kaum Adam, malah ramai yang telah berjaya menjadi pereka fesyen terkenal apabila menceburi kerjaya tersebut. 
Contoh paling mudah ialah Rizalman, Michael Ong, Bill Keith dan Bernard Chandran.
Mereka merupakan pereka fesyen terkemuka dalam industri berkenaan di negara ini.
Di luar negara pula, siapa tidak mengenali anak jati Kelantan, Zhang Toi yang mengukir kejayaan besar di New York, Amerika Syarikat (AS), sebaris dengan pereka tersohor seperti Michael Cors. 
Sehubungan itu, tidak hairanlah jika penganjuran latihan dan kursus seni kreatif jahitan, peserta lelaki turut berlumba-lumba untuk menyertainya dan bukan lagi menjadi penyertaan mutlak golongan wanita seperti sebelum ini. 
Perkara ini diakui sendiri oleh peserta Program 1Azam Kursus Kemahiran Seni Kreatif (Jahitan) iaitu Tuhing Tehing, 22, dari daerah Kota Marudu. 
Dia merupakan seorang daripada dua peserta lelaki yang mengikuti kursus berkenaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah selama tiga bulan bermula 4 Julai lalu di Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK). 
"Selepas menamatkan kursus ini, saya akan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu di rumah kerana untuk membuka kedai, memerlukan modal kewangan agak besar. Setelah berjaya nanti, barulah saya buka kedai jahit sendiri," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. 
Tuhing berkata, bidang jahitan memerlukan kreativiti dan kemahiran seni yang tinggi agar hasil kerja mereka dapat menepati cita rasa dan kehendak pelanggan. 
Dia mendakwa, dalam hal itu golongan lelaki mempunyai sedikit kelebihan dalam menghasilkan rekaan fesyen termasuk koleksi pakaian untuk wanita. 
"Kebanyakan rekaan fesyen baju termasuklah kasut terkenal pada masa ini mendapat sentuhan pereka lelaki. Tidak usah pergi jauh. Dalam negara kita sendiri ramai pereka fesyen dalam kalangan lelaki. 
"Saya melihat kejayaan mereka ini satu dorongan untuk menceburi bidang seni kreatif jahitan. Saya memang meminati seni dan kursus ini memberikan saya peluang mengasah kemahiran seni jahitan dengan lebih mendalam," ujarnya. 
Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu menambah, dia menyertai Program 1Azam berkenaan setelah diperkenalkan oleh kakaknya yang sebelum ini pernah mengikuti kursus berkenaan. 
Peserta kursus terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih dan akan didedahkan dengan kemahiran membuat pelbagai jenis pakaian sepanjang menyertai kursus itu.
Seorang lagi peserta, Shairun Nujsar Nujum, 17, berkata, bidang seni kreatif jahitan tidak harus dianggap satu kerjaya sampingan lagi, kerana memberikan sumber pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. 
"Jika dilihat kejayaan pereka-pereka fesyen lelaki masa kini, mereka lebih menonjol berbanding wanita. Ini memberi dorongan kepada kaum lelaki untuk menceburi bidang jahitan," katanya.
             sumber BH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...