Showing posts with label Tutorial menjahit skirt lipat depan. Show all posts
Showing posts with label Tutorial menjahit skirt lipat depan. Show all posts

Wednesday, 5 September 2018

Tutorial menjahit skirt lipat depan

Assalamualaikum, Pagi ini saya nak kongsi pula tutorial cara menjahit skirt lipat depan untuk baju kebaya yang tutorialnya saya publish semalam. Skirt belah depan ini, nama lainnya skirt lipat batik. Kalau di sini, ada juga yang panggil dengan nama skirt belah bohong

Ini bahagian depan. Ukuran punggung setelah dibahagi 4. Kemudian campur dengan 25cm. Cara ambil bahagian depan ini, kain hendaklah di lipat 2.

Ambil bahagian belakang dulu. Lepas itu, tekap saja bahagian belakang ini di atas kain yang sudah dilipat 2, untuk ambil bahagian depan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan
Mula2 jahit cantum bahagian depan dan belakang skirt. Tinggalkan ruang untuk jahit zip. Selepas jahit zip, bolehlah jahit bawah kain.

jahit kaki kain

Lipat bahagian hadapan kain. Lipat macam kain batik. Kemudian gosok bagi kemas dan untuk memudahkan menjahit bahagian lipatannya.

Lipatan yang sudah digosok

Terbalikkan skirt tadi seperti dalam gambar

Jahit garisan lipatan tadi

Nampak tak jahitan lurus itu. Panjang jahitan lebih kurang 35-40 cm.

Kemudian terbalikkan semula kain tadi

Inilah hasil jahitan tadi. Lipat depan dah siap.

Jahit lapik pinggang atau nama lainnya ban pinggang atau rumah pinggang. Perhatikan gambar di atas tu.

Lapik pinggang yang sudah di sambung dengan skirt. Sediakan getah dan jahit hujung getah dengan sedikit pengeras. Lepas tu bolehlah jahit terus di skirt tadi.

Hujung bahagian depan. Lipat macam ni kemudian jahit


Hujung pinggang bahagaian hadapan

Hujung pinggang bahagian belakang. Hujung ini yang sambung sedikit pengeras

Kemudian jahit rumah pinggang. Pastikan tak terjahit getah kat bahagian dalam tu.

Tarik ke belakang bahagian yang sudah dijahit. Nampak tak dalam gambar tu, lapik pinggang yang berlopor2 kat hujung tu? Dah tarik, sambung jahit lagi hinggalah selesai.

Pinggang yang dah siap jahit. Lepas tu bolehlah jahit pencangkuk

Ok siap sudah skirt. Selamat mencuba. Kalau nak share tutorial ini, silakan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan

~Happy Sewing~
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...