Showing posts with label tutorial baju kurung erin malik. Show all posts
Showing posts with label tutorial baju kurung erin malik. Show all posts

Sunday, 6 August 2017

Pola Baju Kurung Erin Malik

Assalamulaikum & selamat pagi ahad. Hari ini sudah 6 ogos...tinggal beberapa minggu kita nak sambut hari kemerdekaan (hujung bulan ni) dan raya haji (awal bulan depan). Tak rasa masa cepat sangat berlalu.

Ok, kali ini saya nak kongsi pola baju kurung erin malik. Baju ini top dua tahun lepas tak salah saya. Tapi saya baru berkesempatan nak upkan tutorial kat sini hehe. Banyak blog dah buat pun. Tapi mungkin cara saya beza sikitlah. Ringkas je, tak ada kira2 banyak pun.

Ini pola baju kurung erin malik. Saya guna teknik gigi buaya untuk bahagian bawah, agar nampak kembang. Ukuran untuk kembang tu, bergantung dengan selera anda masing2. Untuk pola saya, ukuran kembang cuma 9cm. Zoomkan gambar untuk bagi jelas angka2 tu. Semua gambar dalam blog ini, saya kecilkan saiznya untuk bagi mudah korang buka blog saya. Kalau gambar terlalu besar, selalunya blog sudah nak buka semuanya.

 kembang tu cuma 9 cm. Teknik ini sama je dengan teknik skirt kembang yang saya buat sebelum ini. Cuba tengok tutorial sebelum ini. 

 Saya guna satu pola je untuk bahagian depan dan belakang. Pola tangan pun sama je, bahagian depan belakang. Simple saja. Kalau korang baru nak berjinak dalam bidang jahitan, lebih baik guna cara simple macam ni. Esok dah pandai, tangan pun dah ringan pegang gunting dan sambung jahit bahagian baju dan skirt pun dah lancar, bolehlah korang tingkatkan ilmu jahitan korang dengan belajar teknik pengiraan yang tepat untuk membuat pakaian.


 Dah lukis zig zag

 Gunting macam ini 

 Mula2 ambil bahagian belakang dulu ya. Bagi ruang untuk basi zip di bahagian tepi. Kain ini lipat dua ok.

 Ini rupanya bila dah potong (bahagian belakang)-2 keping

 Untuk bahagian hadapan, kain lipat dua dan letak pola di atasnya (seperti dalam gambar). Bahagian lipatan tu, tak putus ok. Ambil sekeping saja.

 Bahagian hadapan yang sudah digunting-1 keping bersambung

 Ambil bahagian ini 4 keping. 2 untuk depan dan 2 untuk bahagian belakang.

 contoh bahagian depan & belakang yg sudah diambil


 contoh

Untuk Skirt pula, saya buat skirt lipat saja. Saya lupa nama skirt ini kalau di west tapi kalau tempat saya skirt ini namanya skirt belah bohong @ skirt belah tak jadi.
 Mula2, kain dilipat 2 dan lukis ukuran skirt di atas kain. Lukis untuk bahagian belakang skirt dulu ok. Ukuran saya, labuh 94, punggung 25 cm, bahagian bawah tu 23 cm dan pinggang 25 cm juga. Ukuran punggung dan pinggang sama je sebab saya guna getah untuk buat pinggang skirt ini.

 bahagian belakang sudah siap gunting

 Sekarang kita ambil bahagian hadapan skirt pula. Kain lipat dua dan letak bahagian belakang tadi di atas kain ini.
 Letak macam ini ok. Bagi ruang di sebelah skirt itu (bahagian berlipat tu) 25 cm. Perhatikan gambar, nanti mudah untuk faham.

 Garis ikut bahagian skirt belakang tu. Lepas tu bolehlah gunting.

Haa..macam inilah bahagian belakang dan depan skirt yang sudah siap digunting. Mudah saja, kan? Ok selamat mencuba menjahit baju kurung erin malik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...