Showing posts with label kedai barang jahitan di sandakan. Show all posts
Showing posts with label kedai barang jahitan di sandakan. Show all posts

Tuesday, 3 March 2020

Barang-barang untuk Jahitan



Assalamualaikum. Kali ini saya tak share apa-apa pun tutorial pun. Kemarin buat pola tapi tak menjadi...saya salah ukur. Hah! Jangan tak tahu ya, walaupun saya dah lama menjahit, tapi masih tetap melakukan kesilapan juga. Jadi kawan-kawan yang baru menceburi diri dalam bidang ini, janganlah rasa down sangat kalau buat salah dalam menjahit. Semua itu lumrah dan perkara biasa. Tak ada seorang pun penjahit yang sangat-sangat sempurna. Ada kalanya, pasti terbuat silap juga.

Dua hari lepas saya keluar untuk beli barang-barang jahit di Canny. Canny adalah kedai menjual barangan jahitan dan juga kraf. Kedai ini paling popular di Sandakan. Ada 4 cawangan semuanya. Sebelum ini saya lebih suka beli barang jahitan di Leton. Tapi sebab kedai Leton dah tutup, terpaksalah beli di Canny saja. Dulu-dulu saya kalau nak beli benang mesti beli di Leton sebab pekerja bahagian benang dia cepat dan semua benang mereka pilih tepat dengan contoh kain yang kita bagi. Itu paling saya suka selain pekerjanya yang sentiasa ramah.

Sekarang semua kena beli di Canny atau Wah Sing. Wah Sing paling best dia punya lace. Cantik-cantik semuanya. Walaupun harga mahal tapi berbaloilah sebab lacenya tahap lace baju-baju artis. Tapi saya jarang beli lace. Kalau customer mahu baju letak lace, saya suruh mereka beli sendiri. Biar mereka tahu harga lace itu. Sebabnya ada customer yang nak lace cantik, bila saya caj dengan harga upah baju mereka kata mahal pulak. Sejak itu saya memang suruh customer beli sendiri kalau nak baju letak lace. 

Ini kertas bergam yang selalu saya guna untuk buat lapik leher baju kurung, Jubah atau alas lipatan depan kemeja.

Yang ini pula getah pinggang untuk wanita. Segulung rm10.30 sen

Peniti. Saya pilih kepala warna pink sebab saya suka warna pink. 

Sebenarnya saya tak tahu apa perkara utama yang saya nak sampaikan dalam entry kali ini. Saya hanya taip apa yang terlintas dalam kepala. Tak kisahlah apa pun. Janji entry ini siap dan saya dapat update blog ini. 

Oh ya, saya sengaja letak pengesahan untuk yang nak komen blog ini sebab banyak sangat komen spam yang masuk di blog saya. Asal ada entry baru, komen spam pun terus ada. Sakitnya hati tengok komen spam yang ntah apa-apa tu. Sebab itu saya sengaja minta pengesahan kalau nak komen. Mesti menyusahkan tapi terpaksalah. 

Ok happy sewing, bye.




Tuesday, 25 April 2017

Barang Jahitan


Assalamulalaikum. Banyak tak kedai barang jahitan kat tempat korang? Baru2 ini saya pergi beli barangan jahitan di Canny. Ini kedai yang selalu saya pergi. Kat sandakan ni, ada tiga kedai jahitan yang selalu saya pergi...Canny, Leton dan Artisan Crafts. Canny kedai jahitan yang paling besar di sini. Ada 4 cawangan Canny kat bandar, batu 4, bdr  Megah dan batu 8. Tapi sekarang tinggal 3 saja sebab Canny bt8 dah terbakar hari tu. Saya suka beli barang kat Canny sebab kedainya besar dan banyak pilihan.

Mula-mula menjahit dulu, saya beli barang jahitan kat Wah Sing. Kedai jahitan ni kecil je tapi boleh dikatakan inilah kedai jahitan pertama kat bandar sandakan ini. Selepas tu barulah muncul Leton dan Canny. Leton dulu, memang popular sebab kedai besar dan barang pun berpatutan harganya. Tapi sekarang sedikit terbelakangan oleh Canny. Ada sesetengah barang saya beli kat Leton, terutamanya benang. Saya paling suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia sangat mahir pilih warna benang. Lepas tu benang pun banyak pilihan. Lagi satu sebab kenapa saya suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia yang tolong carikan. Kau cuma bagi contoh2 kain aje. Kalau kedai lain, kena cari benang sendiri. Leceh cari benang sendiri. Kalau kau seorang saja di depan rak benang tu takpelah juga. kalau sampai 5, 6 orang? Mesti rasa terganggu sebab seorang tarik laci atas, sorang tarik laci bawah...bla..bla..bla..

Leton satu2nya kedai yang benang dia, cuma pekerja dia jer yang boleh pilih. Itu yang bagusnya kat Leton. Tak perlu buang masa dan susah2 cari. Pekerja dia pun semua agak ramah dan sedia membantu. Cuma, sejak akhir2 ini saya malas sikit nak pergi Leton sebab barang2nya agak kurang. Selalu habis stok. Kebanyakan kedai jahit memang borong barang kat Leton. Tu yang barang selalu cepat habis.

Artisan Crafts, pun saya suka beli barang kat sini sebab banyak pilihan (terutamanya lace) walaupun harga agak mahal. Aritsan Crafts (Bandar IndahJaya), asalnya dulu kedai ini cawangan Wah Sing tapi entah tiba-tiba dah tukar nama Artisan Crafts. Lain kali saya akan cuba gambar ketiga2 kedai jahit ini. Saya ada ambil gambar sebelum ini tapi lupa, kat mana saya save gambar2 tu.

Jarum tangan tu 90sen saja. 

Zip skirt 7inci RM1.90

Yang ini harga segulung RM10.30

RM7

 Dulu kertas bergam ini murah saja RM1.20. Sekarang, RM2. Ini yang paling nipis. Harga kat tempat korang macam mana pula?

Ini bukan dijual, ini baju cust. yang saya jahit bulan2 lepas. Sajalah letak kat sini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...