Showing posts with label barang jahitan. Show all posts
Showing posts with label barang jahitan. Show all posts

Tuesday, 3 March 2020

Barang-barang untuk Jahitan



Assalamualaikum. Kali ini saya tak share apa-apa pun tutorial pun. Kemarin buat pola tapi tak menjadi...saya salah ukur. Hah! Jangan tak tahu ya, walaupun saya dah lama menjahit, tapi masih tetap melakukan kesilapan juga. Jadi kawan-kawan yang baru menceburi diri dalam bidang ini, janganlah rasa down sangat kalau buat salah dalam menjahit. Semua itu lumrah dan perkara biasa. Tak ada seorang pun penjahit yang sangat-sangat sempurna. Ada kalanya, pasti terbuat silap juga.

Dua hari lepas saya keluar untuk beli barang-barang jahit di Canny. Canny adalah kedai menjual barangan jahitan dan juga kraf. Kedai ini paling popular di Sandakan. Ada 4 cawangan semuanya. Sebelum ini saya lebih suka beli barang jahitan di Leton. Tapi sebab kedai Leton dah tutup, terpaksalah beli di Canny saja. Dulu-dulu saya kalau nak beli benang mesti beli di Leton sebab pekerja bahagian benang dia cepat dan semua benang mereka pilih tepat dengan contoh kain yang kita bagi. Itu paling saya suka selain pekerjanya yang sentiasa ramah.

Sekarang semua kena beli di Canny atau Wah Sing. Wah Sing paling best dia punya lace. Cantik-cantik semuanya. Walaupun harga mahal tapi berbaloilah sebab lacenya tahap lace baju-baju artis. Tapi saya jarang beli lace. Kalau customer mahu baju letak lace, saya suruh mereka beli sendiri. Biar mereka tahu harga lace itu. Sebabnya ada customer yang nak lace cantik, bila saya caj dengan harga upah baju mereka kata mahal pulak. Sejak itu saya memang suruh customer beli sendiri kalau nak baju letak lace. 

Ini kertas bergam yang selalu saya guna untuk buat lapik leher baju kurung, Jubah atau alas lipatan depan kemeja.

Yang ini pula getah pinggang untuk wanita. Segulung rm10.30 sen

Peniti. Saya pilih kepala warna pink sebab saya suka warna pink. 

Sebenarnya saya tak tahu apa perkara utama yang saya nak sampaikan dalam entry kali ini. Saya hanya taip apa yang terlintas dalam kepala. Tak kisahlah apa pun. Janji entry ini siap dan saya dapat update blog ini. 

Oh ya, saya sengaja letak pengesahan untuk yang nak komen blog ini sebab banyak sangat komen spam yang masuk di blog saya. Asal ada entry baru, komen spam pun terus ada. Sakitnya hati tengok komen spam yang ntah apa-apa tu. Sebab itu saya sengaja minta pengesahan kalau nak komen. Mesti menyusahkan tapi terpaksalah. 

Ok happy sewing, bye.




Tuesday, 25 April 2017

Barang Jahitan


Assalamulalaikum. Banyak tak kedai barang jahitan kat tempat korang? Baru2 ini saya pergi beli barangan jahitan di Canny. Ini kedai yang selalu saya pergi. Kat sandakan ni, ada tiga kedai jahitan yang selalu saya pergi...Canny, Leton dan Artisan Crafts. Canny kedai jahitan yang paling besar di sini. Ada 4 cawangan Canny kat bandar, batu 4, bdr  Megah dan batu 8. Tapi sekarang tinggal 3 saja sebab Canny bt8 dah terbakar hari tu. Saya suka beli barang kat Canny sebab kedainya besar dan banyak pilihan.

Mula-mula menjahit dulu, saya beli barang jahitan kat Wah Sing. Kedai jahitan ni kecil je tapi boleh dikatakan inilah kedai jahitan pertama kat bandar sandakan ini. Selepas tu barulah muncul Leton dan Canny. Leton dulu, memang popular sebab kedai besar dan barang pun berpatutan harganya. Tapi sekarang sedikit terbelakangan oleh Canny. Ada sesetengah barang saya beli kat Leton, terutamanya benang. Saya paling suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia sangat mahir pilih warna benang. Lepas tu benang pun banyak pilihan. Lagi satu sebab kenapa saya suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia yang tolong carikan. Kau cuma bagi contoh2 kain aje. Kalau kedai lain, kena cari benang sendiri. Leceh cari benang sendiri. Kalau kau seorang saja di depan rak benang tu takpelah juga. kalau sampai 5, 6 orang? Mesti rasa terganggu sebab seorang tarik laci atas, sorang tarik laci bawah...bla..bla..bla..

Leton satu2nya kedai yang benang dia, cuma pekerja dia jer yang boleh pilih. Itu yang bagusnya kat Leton. Tak perlu buang masa dan susah2 cari. Pekerja dia pun semua agak ramah dan sedia membantu. Cuma, sejak akhir2 ini saya malas sikit nak pergi Leton sebab barang2nya agak kurang. Selalu habis stok. Kebanyakan kedai jahit memang borong barang kat Leton. Tu yang barang selalu cepat habis.

Artisan Crafts, pun saya suka beli barang kat sini sebab banyak pilihan (terutamanya lace) walaupun harga agak mahal. Aritsan Crafts (Bandar IndahJaya), asalnya dulu kedai ini cawangan Wah Sing tapi entah tiba-tiba dah tukar nama Artisan Crafts. Lain kali saya akan cuba gambar ketiga2 kedai jahit ini. Saya ada ambil gambar sebelum ini tapi lupa, kat mana saya save gambar2 tu.

Jarum tangan tu 90sen saja. 

Zip skirt 7inci RM1.90

Yang ini harga segulung RM10.30

RM7

 Dulu kertas bergam ini murah saja RM1.20. Sekarang, RM2. Ini yang paling nipis. Harga kat tempat korang macam mana pula?

Ini bukan dijual, ini baju cust. yang saya jahit bulan2 lepas. Sajalah letak kat sini. 

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan 2015


Salam ramadhan...mesti semua tailor sibuk waktu ni, kan. Sama macam saya juga. Siang tadi beli barang keperluan jahitan yang dah nak habis. Tekanan tengok resit...mana harga barang dah naik, gst lagi...menyampah betul.


Ini sebahagian kain customer yang belum kena potong lagi. Tekanan lagi tengok...leceh nak potong kain bulan2 puasa ni. Tak tahan berdiri lama2 depan meja memotong. Tapak kaki pun sakit. Sebenarnya saya dah malas nak ambil banyak kain. Tapi, kesian pula orang datang bawa kain, tapi kena reject... Sebab tak sampai hati punya pasal, saya terima ajelah.. Anggap saja rezeki lebih...


Yang bawah ni, kain yang dah siap potong dan sedia dijahit. Tekanan juga tengok sebab banyak... Tapi ada tailor lain yang lebih banyak tempahan. Ini kira ciput lagi. Haraplah proses menjahit akan berjalan dengan lancar. Nak siap cepat sebab nak buat kuih raya lagi...


Thursday, 25 April 2013

hanger and mannequin half body


finally, selepas mengidam beberapa lama...dapat juga saya memiliki mannequin half body ni. dah lama saya teringin nak beli lepas tengok ramai rakan2 blog yang ada benda ni. cantik je baju2 yang siap jahit dipakaikan pada patung ni. saya pun teringinlah juga ada sebiji patung macam ni. bolehlah reka baju ala2 macam dalam project runway tu. untuk cari benda ni di tempat saya agak susah...bandar kecil. kedai pun tak banyak pilihan...saya cuba belilah online tapi tak jadi sebab harga mahal sangat (bagi saya yang tak berapa nak berduit ni). jadi, terpaksalah pendam perasaan saja.

hinggalah saya terjumpa geng jahit di fb yang kebetulan tinggal di bandar ni juga. dari dialah saya tahu barang ni dah ada jual di sini. kedai tu namanya 1010...macam2 jual. sebenarnya saya biasa juga masuk kedai ni (3 tingkat) tapi selalu tengok2 barang perhiasan di tingkat 1 dan 2 saja. tak sangka pula rupa2nya di tingkat 3 tu ada jual barang2 untuk butik dan perhiasan lain. ketinggalan keretapi betul saya ni..:(  nasib baik la ada geng jahit yang sudi bagitau. kalau tak, sampai sekarang agaknya saya tak tahu. 

harganya agak murah kalau nak banding harga di online tu, untuk hanger rm6.90 dan mannequin tu rm69.90. dengan harga macam tu, dapatlah saya beli :) alhamdulillah. awal bulan lepas saya beli mannequin ni tapi baru hari ni saya update ceritanya...hmm, kes pemalas mengupdate blog! gambar dah lama upload tapi malas nak menaip. saya harap lepas ni akan bersemangat lebih untuk siapkan tempahan baju dengan lebih cepat lagi...insyaAllah. 

Sunday, 21 October 2012

sekadar update

sebenarnya saya tak ada benda nak cerita pun. nak buat tutorial langsir scallop tapi gambar belum lengkap lagi.jadi saya buat je entry biasa2 macam ni...sekadar update. lagipun nak kongsi juga baju2 yang sudah siap dijahit. oh lupa la pulok...tu gambar di atas tu, barang2 jahitan yang baru je beli di leton.

ok di bawah ni, baju2 kurung dan kebaya yang telah siap dijahit. tinggal orang ambil dan pakai je. hasil tak berapa cantik dan kemas...maklumlah jahitan cincai2 dan nak cepat siap.  tapi walau tak cantik saya tetap nak upload juga...





Wednesday, 26 October 2011

leton, canny dan wah sing



inilah kedai Leton di sandakan. tempat saya selalu beli barang2 jahitan terutamanya sponge, benang, zip dan manik. kedai ni terletak di jalan dua, jln sim2. saya suka kedai ni sebab pekerjanya semua mesra dan cepat bila kita minta cari barang2 yang kita perlukan.

selain di leton, saya selalu juga beli barang jahitan di canny. kedai ni pun dekat2 leton juga. selang 1 bangunan je. saya suka canny sebab kedai dia besar (2 tingkat). kalau beli manik memang banyak pilihan. cuma saya tak suka sikit tentang pekerjanya, ada sesetengahnya kurang mesra dan tiada senyuman! berbanding leton...jangankan pekerja, tauke sekali pun ramah.

canny ada 2 di sandakan ni, satu lagi di bandar kim fung bt4. ini pun 2 tingkat juga. banyak jual buku2 craft dr jepun. tapi harganya mahal2 smua. ada juga mereka jual pattern utk crosstich yang difotostat. ok la juga murah2 tapi saya tak berniat beli sebab saya memang O kalau buat benda tu.

saya tengok buku2 di canny tu banyak, termasuk yang lama2...orang tak beli sangat sebab mahal (saya agak je la). kalau murah2 (maksud saya berpatutan) mesti orang ramai nak beli. harap2 1 hari nanti canny jual murah buku2 craft yang banyak tu...hehehe.

kalau nak beli barang2 jahitan kena tengok dua2 kedai ni sebab ada barang2 jahitan yang mahal di canny tapi murah di leton. ada yang murah di canny tapi mahal di leton. jadi kenalah tengok dulu harga di kedua2 kedai.

selain leton dan canny, sandakan ada lagi satu kedai barang2 jahitan dan craft. nama kedai tu Wah Sing (tak silap la) sebelah dengan gentingmas lama. kedai ni kecil saja dan agak mahal sikitlah. tapi ada barang2nya cantik berbanding di leton dan canny. saya suka beli butang kemeja dan blause yg cantik2 dan pelbagai bentuk. manik dan labuci di sini pun ok juga...banyak pilihan. saya rasa Wah Sing ni kedai menjual barang jahitan terawal yang ada di sandakan ni.


Monday, 7 March 2011

benang getah



masa saya beli barang jahitan di canny, saya ingat nak beli benang getah warna putih. stock benang getah putih saya sudah habis. benang warna hitam saja yang tinggal tapi saya tak suka guna warna hitam sebab mudah kering dan putus.

masa saya tanya di kedai tu, tiada pula jual warna putih. stock habis, kata jurujual tu. dia tunjuk saya benang getah lain. itulah, yang dalam gambar tu. saya tak tahu pula ada jual warna lain. selamanya kalau saya tanya, mereka kata cuma ada hitam dan putih sahaja.

saya pun belilah beberapa gelung yang lain2 warna. nanti senang nak padankan dengan warna baju yang dijahit. harganya mahal sikitlah berbanding yang warna putih dan hitam.




Saturday, 5 March 2011

gelung benang



saya sebenarnya tidak pasti sangat namanya...gelung benang? ahh...hentam sajalah, janji ada kaitan dengan benang. baru2 ni saya kemas ruang menjahit saya, banyak terjumpa benda ni, jadi saya kumpul semua..inilah hasilnya.

saja, simpan sebab sayang pula nak buang. bila tengok benda ni baru terfikir, banyak juga benang yang sudah saya gunakan selama beberapa tahun menjahit ni. agak2 kalau benang2 semua tu disambung, berapa panjang semuanya? kalau ukur dengan jalan berapa kilometer agaknya?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...