Thursday, 15 March 2012

cara menjahit kolar ala cheongsam (raihan)


entry kali ini saya nak tunjuk cjaara hit kolar baju melayu ala cheongsam @ kolar ala raihan. tak susah, mula-mula ukur leher baju melayu yang anda jahit. kalau ada contoh baju lagi mudah. cuma tekap kolar tu di atas kertas pengeras kolar (kertas bergam). lukis macam kolar baju contoh tu dan gunting.

sediakan 2 helai kain, potong ikut ira kain atau nak serong pun boleh juga. macam dalam gambar di atas tu.

sterika pengeras kolar tu di atas permukaan bahagian dalam kain (salah satu kain tu la).


lipat lebihan kain di bawah kolar dan jahit


macam inilah rupanya selepas jahit


letakkan kain satu lagi, atasnya pastikan bahagian luar kain. letakkan kolar tadi macam dalam gambar ini. letak peniti agar kain tak bergerak masa menjahit. jahit ikut tepi kolar (bahagian atas sahaja yang dijahit ) untuk cantum dua kain ni. jahit dari tengah ke hujung untuk dapat hasil yang kemas


potong lebihan kain di atas kolar tu.


terbalikkan kolar tu, jadi macam kat bawah ni dan sterika bagi nampak lebih kemas


potong lebihan kain di bawah kolar. tinggalkan 1cm untuk basi jahitan bagi cantuman dengan leher baju. hasilnya macam dalam gambar


jahit cantum dengan leher baju. saya jahit dari tengah ke hujung, agar kedua2 bahagian seimbang. hati-hati masa cantum leher dengan kolar. pin kan dulu atau jelujur agar kolar betul-betul tepat. kadang-kadang kolar yang diukur tepat, kalau jahit leher tak hati-hati boleh jadi kolar terlebih atau terkurang dari leher baju. jadi, pastikan jahit cantum kena betul-betul.


potong keci (snip) cantuman jahitan tadi, agar kolar nampak kemas bila diterbalikkan


kolar yang sudah diterbalikkan




kemudian jahit di atas bahagian bawah kolar, macam dalam gambar (bagi kolar dan baju bercantum)


proses akhir buat jahit atas kolar sampai hujung


inilah hasilnya, pandangan sebelah dalam


bahagian luar


keseluruhan kolar



Wednesday, 14 March 2012

cara potong baju melayu raihan



kali ini saya nak kongsi cara potong baju melayu raihan. ini cara saya a.k.a cara paling malas. biasa kalau sudah ada contoh saya memang malas hendak buat pola. terus main tekap saja. mula2 ambil baju melayu raihan suami atau anak korang. lipat dua dan pinkan dengan kemas. pin kan juga bahagian bahu (jahitan sambung bahagian depan dan belakang tu- faham, kan?).

kemudian lipat dua kain (ikut ira kain-memanjang) temukan kedua2 kain, macam dalam gambar di atas tu lah. kalau korang nak gunting tepi kain tu boleh juga, lagi kemas. sebab selalu ada kain yang tepinya macam berkedut sikit...macam kain jenis getah pula.

ok, mula2 ambil bahagian depan baju dulu. letakkan contoh baju di atas kain. ukur bahagian lipatan butang baju contoh dan gariskan di atas kain. tengok gambar di bawah. bahagian ini yang paling penting jadi ukur betul2 lipatan butang di baju contoh tu.



tandakan garisan di bahagian bahu




tandakan bahagian keliling bahu @ lengan




terus tandakan sampai bawah baju


lepas tu tandakan bahagian leher. lipat je kolar baju tu dan lukis. tak pun tegakkan kolar tu dan lukis lekukan sepanjang leher tu.




bila dah siap lukis, ketepikan baju contoh dan tengok lukisan pola baju tadi. garis basi jahitan dikeliling pola. untuk tepi saya selalu tanda 1.5 atau 2 cm. untuk lipatan bahagian bawah baju pula 3 cm. untuk tepi kolar pula tanda 1cm untuk basi jahitan. bila sudah siap, bolehlah gunting.






pola depan (2 lapis) yang sudah digunting tu, lipat dan pinkan bahagian lipatan butangnya. macam dalam gambar di bawah ni lah.


untuk ambil pola bahagian belakang baju pula, macam biasa lipat kain tu 2 lapis dan letaskan pola depan tadi di atasnya. ingat ya, kedudukan pola. jangan salah letak. tengok gambar di bawah ni.




untuk pola belakang, mula2 buat bahagian bahu dulu. caranya ambil baju contoh tadi dan ukur bahagian jahitan sambungan tu ke bahgian lipatan bahu. macam yang saya tunjuk dalam gambar di bawah ni. jumlah ukuran itu kali kan dengan 2.




ukuran dalam gambar tu 2 cm kan, x kan dengan 2=4cm. jadi lukis di pola belakang untuk bahagian bahu 4 cm. ukur dari bahu pola depan. tengok gambar di bawah ni.




jangan lupa tandakan bahagian leher belakang. lepas dah tanda semuanya bolehlah gunting ikut tanda garisan basi jahitan (bahagian bahu) dan terus kebahagian lubang lengan. bahagian tepi pula, gunting je ikut tepi pola depan yang sudah sedia ada tanda basi jahitan tu.




ini pula cara ambil bahagian tangan, lipat 2 kain tu (saya selalu terus lipat 4) hanya tekap panjang lengan dan keliling lubang bahu. bahagian atas lengan tu lukis lekuk2 sikit la...tiru je lubang lengan tu. jangan lupa basi jahitan untuk bahagian atas lengan 1.5 cm. tepi lengan pun 1.5cm. bahagian lipatan bawah lengan 3cm. biasanya ukuran lipatan bawah lengan sama dengan ukuran lipatan bawah baju.








dah siap lukis pola tangan dan tanda basi, bolehlah gunting.


saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu siapa2 yang nak belajar cara memotong baju melayu raihan @ baju melayu cheongsam. walaupun yang saya tunjuk ni agak ringkas dan gambar pun tak berapa jelas( terutamanya tanda2 kapur yang saya buat tu) tapi sikit2 tu dapatlah bantu korang yang nak cuba2 buat baju melayu sendiri.

Tuesday, 13 March 2012

baju melayu raihan



asal benang dibuat kain, asal kain dibuat baju...?!! baru2 ni saya buat 3 pasang baju untuk sepupu. sekarang kan musim orang kahwin, jadi baju ni untuk dia dan suami pakai di majlis adik ipar dia tu. baju melayu cheongsam atau di sini disebut 'baju selangor raihan'. sepasang lagi baju panjang, ala2 dress la kononnya. tapi macam tak berapa menjadi sebab saya tak berapa pandai nak buat baju moden.















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...