finally, selepas mengidam beberapa lama...dapat juga saya memiliki mannequin half body ni. dah lama saya teringin nak beli lepas tengok ramai rakan2 blog yang ada benda ni. cantik je baju2 yang siap jahit dipakaikan pada patung ni. saya pun teringinlah juga ada sebiji patung macam ni. bolehlah reka baju ala2 macam dalam project runway tu. untuk cari benda ni di tempat saya agak susah...bandar kecil. kedai pun tak banyak pilihan...saya cuba belilah online tapi tak jadi sebab harga mahal sangat (bagi saya yang tak berapa nak berduit ni). jadi, terpaksalah pendam perasaan saja.
hinggalah saya terjumpa geng jahit di fb yang kebetulan tinggal di bandar ni juga. dari dialah saya tahu barang ni dah ada jual di sini. kedai tu namanya 1010...macam2 jual. sebenarnya saya biasa juga masuk kedai ni (3 tingkat) tapi selalu tengok2 barang perhiasan di tingkat 1 dan 2 saja. tak sangka pula rupa2nya di tingkat 3 tu ada jual barang2 untuk butik dan perhiasan lain. ketinggalan keretapi betul saya ni..:( nasib baik la ada geng jahit yang sudi bagitau. kalau tak, sampai sekarang agaknya saya tak tahu.
harganya agak murah kalau nak banding harga di online tu, untuk hanger rm6.90 dan mannequin tu rm69.90. dengan harga macam tu, dapatlah saya beli :) alhamdulillah. awal bulan lepas saya beli mannequin ni tapi baru hari ni saya update ceritanya...hmm, kes pemalas mengupdate blog! gambar dah lama upload tapi malas nak menaip. saya harap lepas ni akan bersemangat lebih untuk siapkan tempahan baju dengan lebih cepat lagi...insyaAllah.