Thursday, 9 May 2013

hanya gambar...tukang jahit hebat

hanya gambar...tukang jahit hebat

sekeping gambar dapat menceritakan banyak perkara. contoh gambar ini....banyak yang boleh dihuraikan lepas melihat gambar tukang jahit ini. gambar ni saya ambil masa jalan2 di pasar Filipina KK (pasar Filipin). ini bukanlah pemandangan asing kalau di sini. selain kk, di bandar sandakan pun pemandangan macam ni boleh dilihat. tukang jahit ni terdiri dari kaum suluk dari filipina. kalau di bandar sandakan mereka ni selalu lepak dengan mesin jahit butterfly mereka di jalan dua. biasa kalau lalu sana, mesti mereka tegur ''mau jahit ka?". 

sebenarnya saya kagum dengan tukang jahit macam mereka ni...pantas je buat kerja2 menjahit ni. mesin mereka pun tahan lasak. biasanya mereka ni buat kerja alter baju atau seluar. tapi kebanyakannya jahit seluar jeans la...ubah-suai bagi sempit ke, bagi pendek ke dan macam2 lagi. jahit beg dan langsir pun ada juga. walaupun dorang ni buat kerja dengan pantas tapi hasilnya tetap sempurna. tu yang saya kagum tu. tabik spring dengan mereka. 

saya juga kagum dengan semangat mereka berusaha cari rezeki, walau hanya menumpang di penjuru2 bangunan dan kaki lima kedai. nampak tak begitu selesa nak menjahit tapi mereka langsung tak hirau tu semua...tetap menjahit dan hasilkan perkhidmatan yang memuaskan. harga pun sangat2 berpatutan...dan boleh dikira agak murah. kalau nak dibandingkan dengan saya...rasa sangat2 bertuah sebab menjahit di rumah dengan suasana yang menyenangkan...tapi ada ketikanya hasilnya sangat2 buruk!

betapa jauhnya saya tertinggal kalau dibandingkan dengan kemahiran dan semangat mereka dalam jahit-menjahit ni. entah berapa helai kain lagi dan berapa tahun lagi saya kena menjahit untuk menjadi sehebat mereka. 

2 comments:

  1. Hema..hakak kagum nii!! ini lah namanya mencari rezeki! ni tak.. dok berbogel kat youtube pastu kata kena jugak buat gitu pasal banyak tanggungan. apa diaaa...

    sehari berapa la agaknya dorang dapat.. nak tanya, ramai ke yg bukak tempat menjahit tu? ada 10 orang?

    ReplyDelete
  2. pemandangan luar biasa sbb mmg takkan jumpa kat semenanjung ni...lebih2 lagi kat johor

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.