Monday, 20 May 2013

entry santai

hari dah 20 mei...cepatnya masa berlalu. tinggal berapa hari dah nak masuk bulan enam. pasti semua tailor semakin sibuk untuk siapkan semua tempahan. samalah macam saya juga...semalam, pergi kedai leton beli sedikit barang2 keperluan. tujuan sebenar nak cari butang untuk baju melayu...nak carilah konon2nya untuk buat persediaan. nanti dah sibuk2 menjahit, takdelah susah2 nak keluar pergi beli. lagi pun rumah saya agak jauh dari bandar. 


tapi semalam, saya tak jadi pula beli butang2 tu...malas nak pilih warna dan bentuk. lagipun perca kain baju2 melayu tu tertinggal. susah nak pilih kalau berpandukan ingatan je..! jadi, terpaksalah saya batalkan niat beli butang2 tu. nanti je la hujung minggu, saya beli. harap2, perca kain2 tu tak tertinggal lagi. oo..masa nak pulang, singgah kejap di kedai brother, saja nak cuci mata tengok mesin2 dalam kedai tu. paling penting tengok mesin idaman saya tu. 


inilah mesin idaman saya. semua orang beli mesin ni, saya je yang belum beli. harganya memang boleh tahan...telan liur juga nak sebut. saya terpikat dengan mesin sulam ni, boleh buat bisnes juga nanti. tapi buat masa ni, tengok je la. sabar...nanti, saya akan dapat beli juga. buat masa ni nak kerja keras untuk siapkan tempahan2 raya dulu. makin bertimbun. buat masa ni mood memotong dan menjahit agak slow...virus malas hampir2 nak hinggap lagi ni. 


ini bukan kain saya, tapi tempahan untuk buat lapik meja. saya terpaksa ketepikan dulu untuk siapkan tempahan baju2 customer yang sibuk nak ke majlis kahwin. jumaat ni kan dah masuk cuti sekolah. cuti sekolah memang sinonim dengan majlis kahwin2 kan. ni lah nak siapkan baju2 ke majlis, baju raya dan lapik2 meja lagi...harap2 saya tak malas dan diberikan kesihatan yang baik olehNYA. dapatlah siapkan cepat semua tempahan yang ada. aja-aja fighting~bagi semangat utk diri sendiri..


Sunday, 12 May 2013

koleksi baju raya 2013-rizalman ibrahim

kalau tahun lepas baju raya rekaan jovian mandagie boleh didapati di zalora, tahun ni giliran rizalman ibrahim pula. jom tengok baju2 rekaan rizalman khas untuk raya 2013. manalah tahu dapat idea untuk jahit fesyen baju apa pula untuk raya kali ni.








credit : http://www.zalora.com.my/rizalman-for-zalora-shop/

Thursday, 9 May 2013

hanya gambar...tukang jahit hebat

hanya gambar...tukang jahit hebat

sekeping gambar dapat menceritakan banyak perkara. contoh gambar ini....banyak yang boleh dihuraikan lepas melihat gambar tukang jahit ini. gambar ni saya ambil masa jalan2 di pasar Filipina KK (pasar Filipin). ini bukanlah pemandangan asing kalau di sini. selain kk, di bandar sandakan pun pemandangan macam ni boleh dilihat. tukang jahit ni terdiri dari kaum suluk dari filipina. kalau di bandar sandakan mereka ni selalu lepak dengan mesin jahit butterfly mereka di jalan dua. biasa kalau lalu sana, mesti mereka tegur ''mau jahit ka?". 

sebenarnya saya kagum dengan tukang jahit macam mereka ni...pantas je buat kerja2 menjahit ni. mesin mereka pun tahan lasak. biasanya mereka ni buat kerja alter baju atau seluar. tapi kebanyakannya jahit seluar jeans la...ubah-suai bagi sempit ke, bagi pendek ke dan macam2 lagi. jahit beg dan langsir pun ada juga. walaupun dorang ni buat kerja dengan pantas tapi hasilnya tetap sempurna. tu yang saya kagum tu. tabik spring dengan mereka. 

saya juga kagum dengan semangat mereka berusaha cari rezeki, walau hanya menumpang di penjuru2 bangunan dan kaki lima kedai. nampak tak begitu selesa nak menjahit tapi mereka langsung tak hirau tu semua...tetap menjahit dan hasilkan perkhidmatan yang memuaskan. harga pun sangat2 berpatutan...dan boleh dikira agak murah. kalau nak dibandingkan dengan saya...rasa sangat2 bertuah sebab menjahit di rumah dengan suasana yang menyenangkan...tapi ada ketikanya hasilnya sangat2 buruk!

betapa jauhnya saya tertinggal kalau dibandingkan dengan kemahiran dan semangat mereka dalam jahit-menjahit ni. entah berapa helai kain lagi dan berapa tahun lagi saya kena menjahit untuk menjadi sehebat mereka. 

Sunday, 28 April 2013

baju kurung peplum


sekarang, sana sini orang sibuk tempah baju untuk raya. macam fesyen yang mereka nak minta jahitkan. tapi paling top sekarang ni baju2 peplum macam dalam gambar2 ni. saya pun baru jugalah terperasan sekarang ramai yang bergaya dengan style baju kembang2 ni. macam baju2 saloma dalam filem2 hitam putih tu. cantik jugalah. saya pun suka tengok bahagian yang kembang2 tu terutamanya yang bahagian skirtnya. tapi kalau buat baju macam ni memang kena beli kain lebih sikitlah. lepas tu lebar kain pun kena ambil tahu juga. 

tahun lepas orang ramai pakai baju yang berlayer2 tu. saya pun sibuk juga buat baju macam tu untuk diri sendiri. asyik buat baju orang lain, teringin juga buat sepasang untuk sendiri. tapi sampai sekarang kain tu (dah siap potong) masih tak dijahit2. entah passion saya untuk baju layer tu semakin pudar dan hilang. terperaplah kain tu didalam timbunan kain2 lama saya. kononnya saya akan jahit juga bila keiningan tu datang balik. tapi bila tu, saya pun tak tahu!

cakap tentang fesyen baju kurung ni, saya perasan banyak fesyen2 lama kembali naik. tengoklah baju kembang2 ni kan dulu popular masa zaman saloma. sekarang dah naik balik. dulu2 pun ada fesyen baju lama yang tangannya kembang2 macam baju dato ct tu. kiranya fesyen pakaian ni macam pusing2 je. 70 dulu seluar semua kembang2. tapi 85 semua sempit2. lepas tu hujung2 90an seluar dah mula kembang sikit....jarang dah orang pakai pit-pit (bilang urang sabah). hujung2 tahun 2000an (sampai sekarang) dah balik pakai seluar sempit2. tengok, fesyen tu pusing2 je kan. tak mustahil  style baju kurung yang bahu ada lopor2 tu (top sekitar lewat 80an-90an) akan naik semula.

ni fesyen baju yang paling menarik dimata saya. warna pun
cantik..



ini pun sangat cantik...ada reben diikat lagi

suka bahagian pinggang tu, cantik hiasan rebennya. 

skirtnya memang terbaeklah...cantik. tapi kalau saya buat
skirt macam ni agak kurang sesuai sebab kurang ketinggian bah!



Thursday, 25 April 2013

hanger and mannequin half body


finally, selepas mengidam beberapa lama...dapat juga saya memiliki mannequin half body ni. dah lama saya teringin nak beli lepas tengok ramai rakan2 blog yang ada benda ni. cantik je baju2 yang siap jahit dipakaikan pada patung ni. saya pun teringinlah juga ada sebiji patung macam ni. bolehlah reka baju ala2 macam dalam project runway tu. untuk cari benda ni di tempat saya agak susah...bandar kecil. kedai pun tak banyak pilihan...saya cuba belilah online tapi tak jadi sebab harga mahal sangat (bagi saya yang tak berapa nak berduit ni). jadi, terpaksalah pendam perasaan saja.

hinggalah saya terjumpa geng jahit di fb yang kebetulan tinggal di bandar ni juga. dari dialah saya tahu barang ni dah ada jual di sini. kedai tu namanya 1010...macam2 jual. sebenarnya saya biasa juga masuk kedai ni (3 tingkat) tapi selalu tengok2 barang perhiasan di tingkat 1 dan 2 saja. tak sangka pula rupa2nya di tingkat 3 tu ada jual barang2 untuk butik dan perhiasan lain. ketinggalan keretapi betul saya ni..:(  nasib baik la ada geng jahit yang sudi bagitau. kalau tak, sampai sekarang agaknya saya tak tahu. 

harganya agak murah kalau nak banding harga di online tu, untuk hanger rm6.90 dan mannequin tu rm69.90. dengan harga macam tu, dapatlah saya beli :) alhamdulillah. awal bulan lepas saya beli mannequin ni tapi baru hari ni saya update ceritanya...hmm, kes pemalas mengupdate blog! gambar dah lama upload tapi malas nak menaip. saya harap lepas ni akan bersemangat lebih untuk siapkan tempahan baju dengan lebih cepat lagi...insyaAllah. 

Sunday, 7 April 2013

cerita disebalik gambar baju kurung


dua hari lepas saya sibuk mengemas baju2 lama yang tak digunakan lagi. semua masuk dalam kotak. cadang nak dermakan baju2 tu semua. masa kemas2 tu terjumpalah baju kurung lama saya ni (dalam gambar). terus tak jadi nak masukkan dalam kotak sebab baju ni ada cerita disebaliknya. 

sebenarnya inilah baju kurung pertama yang saya jahit. dah lama, tahun 2003...saya ikut kelas jahitan. baju pertama yang diajar baju kurung asli dengan skirt kipas tepi. tapi masa tu kami belajar guna kain kasar untuk lebih mudah digunting dan jahit. bila dah tahu buat, terus nak cuba buat baju sendiri. kebetulan saya pun ada kain yang masih belum dihantar di kedai jahit masa tu. tapi saya teragak2 juga sebab kain ni agak licin. jadi tak berani nak potong. lagipun masa tu sibuk belajar buat baju yang lain2 pula.

tapi lepas tengok seorang kawan saya pakai baju kurung hasil jahitannya terus semangat nak buat baju sendiri datang semula. masa tu saya terkejut sebab tak sangka kawan saya yang asyik main2 masa belajar tu, boleh pula buat baju kurungnya dengan cantik. memang kagumlah tengok...belum habis belajar sudah siapkan baju sendiri dalam diam2. sedangkan saya dan kawan2 lain, semua fikir...tunggulah habis belajar semua jenis baju, barulah nak cuba praktikan apa yang dipelajari.

masa tu rasa macam ketinggalan pula, terus rasa nak cuba buat juga. sibuk saya tanya macam2 pada kawan saya tu. apa masalah masa jahit leher dan kipas (ni bahagian baju yang saya cukup takut nak jahit masa tu). macam2lah saya tanya sebelum betul2 yakin nak potong kain sendiri. masa tu memang takut salah potong dan masalah masa menjahit tapi sebab terbayang kawan saya yang bergaya dengan baju kurungnya tu, membuat saya semangat nak siapkan juga baju kurung pertama saya tu. 

masa jahit kipas tu yang masalah sampai buka beberapa kali bahagian nak sambung di zip tu. susahnya saya rasa nak siapkan sepasang baju kurung... nak putus asa pun ada. tapi dalam hati, kena siapkan juga...fikir kalau kawan saya boleh buat, saya pun mesti boleh buat. tu yang saya balik2 cakap dalam hati...dan akhirnya berjayalah juga siapkan baju tu..:)

jelujur yang melampau rapatnya. tp masa tu, saya rasa jelujur baju 
saya nilah yang paling kemas  :)

tengok hujung pinggang pun dijahit penjuru. skrg saya tak
pandai buat macam tu, rata je hujungnya.

terlampau skema, kipas pun luar dalam saya jahit!

walaupun jahitan saya masa tu 'cincai-cincai' saja...tak kemas, tak lurus, ada banyak kedut2...tapi masa tu saya dah rasa sangat puas hati dan gembira. semangat tu berkobar2 nak potong kain dan menjahit baju kurung sendiri. masa tu juga dah terbayang2 orang datang tempah baju dengan saya :). hasil pertama memang tak berapa sempurna...tapi saya tetap rasa yang pertama tu terbaik dan tercantik. sekarang bila tengok baju ni, saya senyum2 sendiri. muka kawan saya tu pun automatik terlayar dimata saya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...