Wednesday 14 March 2012

cara potong baju melayu raihan



kali ini saya nak kongsi cara potong baju melayu raihan. ini cara saya a.k.a cara paling malas. biasa kalau sudah ada contoh saya memang malas hendak buat pola. terus main tekap saja. mula2 ambil baju melayu raihan suami atau anak korang. lipat dua dan pinkan dengan kemas. pin kan juga bahagian bahu (jahitan sambung bahagian depan dan belakang tu- faham, kan?).

kemudian lipat dua kain (ikut ira kain-memanjang) temukan kedua2 kain, macam dalam gambar di atas tu lah. kalau korang nak gunting tepi kain tu boleh juga, lagi kemas. sebab selalu ada kain yang tepinya macam berkedut sikit...macam kain jenis getah pula.

ok, mula2 ambil bahagian depan baju dulu. letakkan contoh baju di atas kain. ukur bahagian lipatan butang baju contoh dan gariskan di atas kain. tengok gambar di bawah. bahagian ini yang paling penting jadi ukur betul2 lipatan butang di baju contoh tu.



tandakan garisan di bahagian bahu




tandakan bahagian keliling bahu @ lengan




terus tandakan sampai bawah baju


lepas tu tandakan bahagian leher. lipat je kolar baju tu dan lukis. tak pun tegakkan kolar tu dan lukis lekukan sepanjang leher tu.




bila dah siap lukis, ketepikan baju contoh dan tengok lukisan pola baju tadi. garis basi jahitan dikeliling pola. untuk tepi saya selalu tanda 1.5 atau 2 cm. untuk lipatan bahagian bawah baju pula 3 cm. untuk tepi kolar pula tanda 1cm untuk basi jahitan. bila sudah siap, bolehlah gunting.






pola depan (2 lapis) yang sudah digunting tu, lipat dan pinkan bahagian lipatan butangnya. macam dalam gambar di bawah ni lah.


untuk ambil pola bahagian belakang baju pula, macam biasa lipat kain tu 2 lapis dan letaskan pola depan tadi di atasnya. ingat ya, kedudukan pola. jangan salah letak. tengok gambar di bawah ni.




untuk pola belakang, mula2 buat bahagian bahu dulu. caranya ambil baju contoh tadi dan ukur bahagian jahitan sambungan tu ke bahgian lipatan bahu. macam yang saya tunjuk dalam gambar di bawah ni. jumlah ukuran itu kali kan dengan 2.




ukuran dalam gambar tu 2 cm kan, x kan dengan 2=4cm. jadi lukis di pola belakang untuk bahagian bahu 4 cm. ukur dari bahu pola depan. tengok gambar di bawah ni.




jangan lupa tandakan bahagian leher belakang. lepas dah tanda semuanya bolehlah gunting ikut tanda garisan basi jahitan (bahagian bahu) dan terus kebahagian lubang lengan. bahagian tepi pula, gunting je ikut tepi pola depan yang sudah sedia ada tanda basi jahitan tu.




ini pula cara ambil bahagian tangan, lipat 2 kain tu (saya selalu terus lipat 4) hanya tekap panjang lengan dan keliling lubang bahu. bahagian atas lengan tu lukis lekuk2 sikit la...tiru je lubang lengan tu. jangan lupa basi jahitan untuk bahagian atas lengan 1.5 cm. tepi lengan pun 1.5cm. bahagian lipatan bawah lengan 3cm. biasanya ukuran lipatan bawah lengan sama dengan ukuran lipatan bawah baju.








dah siap lukis pola tangan dan tanda basi, bolehlah gunting.


saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu siapa2 yang nak belajar cara memotong baju melayu raihan @ baju melayu cheongsam. walaupun yang saya tunjuk ni agak ringkas dan gambar pun tak berapa jelas( terutamanya tanda2 kapur yang saya buat tu) tapi sikit2 tu dapatlah bantu korang yang nak cuba2 buat baju melayu sendiri.

Tuesday 13 March 2012

baju melayu raihan



asal benang dibuat kain, asal kain dibuat baju...?!! baru2 ni saya buat 3 pasang baju untuk sepupu. sekarang kan musim orang kahwin, jadi baju ni untuk dia dan suami pakai di majlis adik ipar dia tu. baju melayu cheongsam atau di sini disebut 'baju selangor raihan'. sepasang lagi baju panjang, ala2 dress la kononnya. tapi macam tak berapa menjadi sebab saya tak berapa pandai nak buat baju moden.















Tuesday 17 January 2012

cheongsam



suka cheongsam tak? saya memang suka...memandangkan CNY tak lama lagi...saya pun sajalah upload gambar2 ni. saya suka dengan potongan cheongsam yang mempunyai leher tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

sedikit info tentang cheongsam ni,

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.











Monday 16 January 2012

selimut seribu



lamanya saya tak update..pemalas betullah. nak kata tiada masa mengadap lappy...tipulah sebab hari2 pun ada waktu tertentu saya peruntukan untuk buka internet. tapi selalu melepak di fb dan kadang2 di twitter je...

dunia jahitan saya macam biasa juga...masih berputar tapi sekarang agak slow sikit, tempahan pun 2,3 pasang baju je. adoiii...sakit bulan ni. harap2 bulan depan, ekonomi pulih macam biasa...hehehe.

oklah, kali ni saya saja nak kongsi gambar selimut seribu. jahit ni guna kain2 perca je...lebihan2 kain baju. tapi bukan lebihan kain pelanggan tau...semua kain lebihan baju2 family saya je. saya punya trade-mark...semua lebihan kain2 pelanggan saya bagi balik. sekali pun perca halus2 tu semua saya kumpul dalam plastik dan bagi balik pada pelanggan saya.

ada tukang jahit lain cakap, rugi bagi balik kain lebihan tu sebab kain2 lebihan tu boleh kumpul banyak2 lepas tu jual. biasa orang jual dalam plastik besar. memang betullah ada makcik2 yang tanya saya kalau ada jual kain lebihan ni. nampak tu sisa kain pun ada juga orang nak beli. memang boleh buat duit lagi kalau nak kan.

tapi memandangkan saya kembalikan semua kain2 lebihan pelanggan saya, jadi tak adalah saya jual kain2 lebihan ni. lagi pun saya rasa macam tak sedap hatilah kalau saya tak pulangan kain2 lebihan tu (sekalipun hanya perca2 kain). macam simpan barang orang rasanya. lagipun pelanggan cuma minta potong dan jahit saja. jadi itu saja yang patut saya buat..konon2 jujurlah ni hahaha...

laaa...terpanjang pula cerita tentang kain2 perca ni, sedangkan tadi asalnya nak cakap tentang 'patchwork' saya ni. ni melepaskan gian lama tak buat entrilah ni...layan je lah...hahaha. sebelum saya buat entri ni, saya dah tukar layout blog saya ni...wajah baru sempena tahun baru 2012. harap2 lah semangat saya pun bertambah2 baru juga dalam dunia jahit-menjahit ni. lagi satu dengan wajah baru ni, diharap saya pun rajin update blog juga...tak malas2 lagi, insyaAllah.

saya juga terpaksa buang shoutbox selepas benda tu tak berfungsi sejak bulan lepas (disember 2011)...tak tahulah kenapa. terpaksa ganti lain dengan cbox, alaa...fungsi sama je. cuma cbox ni saya tak pandai nak konik2 macam shoutbox tu, boleh tukar2 warna dan saiz. tapi cbox? tak tahu langsung, apa dia tunjuk...tu lah yang saya pilih.

oklah saya pun tak tahu nak taip apa lagi...nantilah sambung cerita di entri lain. mungkin nak buat tutorial pula...insyaAllah. kepada yang follow blog ini, thanks...nanti saya follow blog korang semula ya.




Saturday 29 October 2011

handicraft from japan


ini bukan hadiah yang saya dapat...dan jauh sekali saya buat. gambar2 ni saya google...semua cantik2. saya memang suka kraftangan dari jepun...comel2 je, mereka pun memang terkenal sangat dengan seni halus macam ni. harap2 lepas ni adalah kawan2 di jepun yang kirimkan saya benda2 ni semua...hahaha...











Thursday 27 October 2011

untuk mereka yang follow blog saya

terima kasih banyak2 pada yang berkunjung di blog saya ni. tak sangka blog jahitan saya ni ada juga pengunjungnya. terima kasih juga pada kawan2 blogger yang sudi follow blog saya ini. bagi yang sertakan url blog di shoutbox atau kotak komen, saya sudah pun follow blog kawan2 semua.

cuma ada beberapa blog rakan2 lain yang saya tak dapat follow sebab tak ada tinggalkan pesan di shoutbox. di followers list saya pula tidak ada pautan untuk ke blog mereka. jadi saya tak dapatlah follow blog mereka tu.

jadi pada siapa2 yang saya belum follow blognya tapi dah follow blog saya...silalah tinggalkan url blog anda di shoutbox atau di kotak komen entry ini. nanti saya akan jenguk blog dan follow sekali. di bawah ni antara rakan2 yang saya tak dapat jejak tu. (sebab pautan blog tiada) sila tengok satu2, mana tau anda ada kat situ...hehehe


























kepada yang nak letak link pautan dlm list followers tu,
sila tengok panduannya di blog comel ini

anda juga boleh follow terus blog adik comel tu
jangan lupa klik ok
hehehe

Wednesday 26 October 2011

leton, canny dan wah sing



inilah kedai Leton di sandakan. tempat saya selalu beli barang2 jahitan terutamanya sponge, benang, zip dan manik. kedai ni terletak di jalan dua, jln sim2. saya suka kedai ni sebab pekerjanya semua mesra dan cepat bila kita minta cari barang2 yang kita perlukan.

selain di leton, saya selalu juga beli barang jahitan di canny. kedai ni pun dekat2 leton juga. selang 1 bangunan je. saya suka canny sebab kedai dia besar (2 tingkat). kalau beli manik memang banyak pilihan. cuma saya tak suka sikit tentang pekerjanya, ada sesetengahnya kurang mesra dan tiada senyuman! berbanding leton...jangankan pekerja, tauke sekali pun ramah.

canny ada 2 di sandakan ni, satu lagi di bandar kim fung bt4. ini pun 2 tingkat juga. banyak jual buku2 craft dr jepun. tapi harganya mahal2 smua. ada juga mereka jual pattern utk crosstich yang difotostat. ok la juga murah2 tapi saya tak berniat beli sebab saya memang O kalau buat benda tu.

saya tengok buku2 di canny tu banyak, termasuk yang lama2...orang tak beli sangat sebab mahal (saya agak je la). kalau murah2 (maksud saya berpatutan) mesti orang ramai nak beli. harap2 1 hari nanti canny jual murah buku2 craft yang banyak tu...hehehe.

kalau nak beli barang2 jahitan kena tengok dua2 kedai ni sebab ada barang2 jahitan yang mahal di canny tapi murah di leton. ada yang murah di canny tapi mahal di leton. jadi kenalah tengok dulu harga di kedua2 kedai.

selain leton dan canny, sandakan ada lagi satu kedai barang2 jahitan dan craft. nama kedai tu Wah Sing (tak silap la) sebelah dengan gentingmas lama. kedai ni kecil saja dan agak mahal sikitlah. tapi ada barang2nya cantik berbanding di leton dan canny. saya suka beli butang kemeja dan blause yg cantik2 dan pelbagai bentuk. manik dan labuci di sini pun ok juga...banyak pilihan. saya rasa Wah Sing ni kedai menjual barang jahitan terawal yang ada di sandakan ni.


Tuesday 25 October 2011

confidence 7465



akhirnya saya dapat juga mesin jahit baru, selepas 8 tahun menggunakan mesin jahit berkabinet (8974). pada asalnya saya nak beli model 3191D200A (mesin jahit industri) tapi bila tengok harganya dah tambah sampai rm 1715...tak jadilah nak beli. akhirnya saya pilih model 7465 (rm 1595) memandangkan wang yang saya peruntukan untuk beli mesin cuma dapat beli mesin model ni saja.

saya beli jenama singer sebab di sini tak banyak pilihan pun. kalau nak beli jenama lain, susah pula kalau rosak. mana nak cari bengkel. kalau duduk di kk, mungkin ok sikitlah kalau nak beli jenama yang lain2 tu. kalau singer, bengkelnya memang ada di bandar ni...taklah pening kepala kalau mesin ada masalah.



mesin ni tak secanggih mana pun tapi oklah...bagi saya dah kira bagus. saya suka mesin ni sebab tak susah2 nak masukkan benang di jarum. kiranya banyaklah juga ciri2 yang saya suka pada mesin ni. lepas ni senang la kalau nak jahit lubang butang...tak payah susah2 nak ukur dan garis2 kapur di baju lagi.

tahu je la mesin lama saya dulu, ada 4 langkah nak buat lubang...jadi memang nak kena garis dan tanda dulu ukuran lubang yang kita nak tu. dengan mesin baru ni, nampaknya semua tu tak payah buat lagilah.


inilah mesin kesayangan saya

apa2 pun saya tetap sayang mesin lama saya yang dah banyak jasa tu. kalau tak sebab dia, mana mungkin saya dapat beli mesin baru ni. dah 8 tahun saya bersama dia...mana boleh lupakan. walaupun dah ada yang baru tapi saya tetap masih perlukan dia dalam buat kerja2 lasak.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...