bila saya jahit baju, mesti saya jahit skirt dulu sebab skirt lagi mudah untuk dijahit dan disiapkan berbanding baju yang ambil masa lama sikit. mula2, sediakan kain dan potong ikut ukuran yang anda sudah tetapkan. baju ni ukuran anak saudara saya yang umur nak masuk 8 tahun buka sekolah 2011 nanti.
kain dilipat dua dan mulakan jahit bahagian tepi untuk sambungkan skirt. kemudian jahit kaki skirt. saya jahit 2 barisan agar nampak lebih kemas. tapi kalau nak jahit sekali je pun tak apa.
kaki skirt yang siap dijahit
kemudian, buat ukuran untuk kipas. ukuran ikut suka anda tapi saya selalu buat setiap lipatan kipas 5cm untuk skirt kurung kanak2. kalau untuk dewasa 15cm tiap 1 lipatan kipas.
gosok kipas ikut tanda ukuran tadi
jahit bahagian tepi kipas
sediakan getah yang telah disambung. lepas itu bolehlah jahit getah tersebut dibahagian pinggang. kemudian buat jahitan di atas getah. tarik getah semasa proses menjahit.
skirt yang sudah siap dipasang dan dijahit getah
ini pula bahagian untuk baju. a-badan yg dilipat 2, b-tangan (ambil 2 keping), c-pesak (ambil 4 keping), d-kekek (2 keping) dan e-poket
mula2 proses mencantum pesak, kekek dan tangan
jahit kekek di atas pesak
jahit dari kekek hingga bawah pesak
jahit ditepi mulut poket
mulut poket yang siap dijahit
jahit poket di bahagian pesak tadi
poket yang siap dipasang
kemudian sambung bahagian pesak tadi dengan tangan
jahit dari bahagian kekek dan pesak sampai dihujung tangan
lepas tu gosok bahagian badan baju yang dilipat dua. kemudian lipat 2 secara memanjang dan gosok untuk dapatkan garisan tengah. sambungan tangan, pesak dan kekek juga digosok untuk mendapatkan hasil jahitan yang lebih kemas
lepas tu mulakan proses membuat leher baju. letakkan lapisan leher betul2 di tengah baju (ikut garisan yang digosok tadi). kemudian bolehlah jahit ikut lukisan dilapik leher tu.
tebuk leher dan gunting bahagian basi.
jahit bahagian tepi leher yang sudah diterbalikkan dan lepas tu bolehlah gosok
setelah siap jahit leher, mulakan proses menyambung tangan ke badan baju. mulakan jahit dari tengah hingga ke bawah baju. lepas tu baru jahit dibahagian sebelah lagi.
selepas tangan dan bahagian badan sudah disambung, bolehlah jahit bahagian bawah baju dan bawah tangan
baju yang siap disambung dan dijahit. gosok bahagian yang dijahit untuk
bagi kemas
bagi kemas
inilah baju yang sudah siap digosok tadi...sedia untuk dipakai...
sila ambil taq kat blog melor ya
ReplyDeleterajinnyer buat tutorial... emm u remind me of something... baju sekolah anak belu jahit lg hahaha
ReplyDeletetq for the tutorial..amik tempahan ye?
ReplyDeletebuat baju sekolah anak sendiri..saya dah mula ambik tempahan baju sekolah...saya dah beranikan diri..tqvm atas tips dan motivasi
ReplyDeleteIlmu yang di kongsikan sangat bermafaat untuk semua. Semoga mendapat rahmat dari yang maha kuasa. Amin
ReplyDelete