masa saya beli barang jahitan di canny, saya ingat nak beli benang getah warna putih. stock benang getah putih saya sudah habis. benang warna hitam saja yang tinggal tapi saya tak suka guna warna hitam sebab mudah kering dan putus.
masa saya tanya di kedai tu, tiada pula jual warna putih. stock habis, kata jurujual tu. dia tunjuk saya benang getah lain. itulah, yang dalam gambar tu. saya tak tahu pula ada jual warna lain. selamanya kalau saya tanya, mereka kata cuma ada hitam dan putih sahaja.
saya pun belilah beberapa gelung yang lain2 warna. nanti senang nak padankan dengan warna baju yang dijahit. harganya mahal sikitlah berbanding yang warna putih dan hitam.
Eii..bilalah saya nak 'mendekat' benang getah ni. Tengok dari jauh je sekarang ni. Doakan tau nanti satu hari saya pandai guna benang yg getah bergetah macam ni :-)
ReplyDelete