salam jahit semua, kali ni saya nak kongsi cara menjahit poket dalam baju melayu. sebelum ni saya pernah pos tutorial poket dalam tapi agak ringkas dan kurang penerangannya. jadi kali ni saya buat semula bagi tunjuk gambar lebih sikit dan penerangan pun terperincilah juga. harapnya dapat membantu kawan2 yang nak jahit poket dalam untuk baju melayu yang sedang dijahit. saya tak pastilah kalau di west orang sebut poket dalam ke apa. biasa kan di west poket ni dorang sebut saku...agaknya 'saku dalam' namanya.
ok mula2 sediakan badan baju, poket, lapik atas dan lapik bawah. kalau tak ada baju bolehlah buat latihan di kain perca je. untuk poket, ukuran panjang ambil 45cm (nanti akan dilipat 2) dan lebar 18cm. lapik atas pula ukuran panjang 16cm dan lebar 18cm. lapik bawah pula panjang 6cm dan lebar 18cm juga. lapik bawah ini dilapis dengan kertas bergam. kertas bergam tu lapik fabrik (interfacing) namanya tapi kalau di tempat saya, biasa sebut kertas bergam. lapik bawah ni yang akan dilipat keluar di poket nanti sebab tu kena letak kertas bergam.
untuk mulut poket pula, setiap baju melayu ada 3 poket...2 poket bawah yang sama saiz dan 1 poket atas yang saiz agak kecil dari poket 2 poket bawah tu. ukuran yang biasa saya buat untuk poket bawah, lebarnya 14cm dan panjang 1cm. kadang saya letak 1 1/5 inci untuk panjang tapi ni bergantung pada oranglah. kadang ada yang nak besar lipatan poketnya. ok untuk poket atas, biasa saya buat ukuran lebar 11.5cm dan lebar pun 1 1/5cm. ini contoh lebar dan panjang yang biasa saya buat...bagi kawan2 yang baru belajar tak perlulah nak faham semua ukuran ni. sebagai permulaan ambik je ukuran macam gambar di atas ni. kalau dah boleh buat, nanti rujuklah ukuran2 poket yang saya bagi tadi.
ok, lepas tanda mulut poket di atas badan baju tu...ambil poket tu dan letak dibawah badan baju. letak ngam2 di bawah mulut poket tu. letak elok2 ye
lepas dah letak elok2 tu, penitikan dari depan macam dalam gambar ni
kemudian jahit keliling mulut poket (jahit ni di depan baju)
dah siap jahit, macam ni rupanya
ambil lapik atas tu dan letak di atas separuh mulut poket tu. penitikan.
lepas tu letak pula lapik bawah di baki mulut poket tu. macam dalam
gambar di atas ni
kemudian terbalikan baju tu macam dalam gambar ni. jahit di atas jahitan mulut poket tu tapi
jahit cuma garisan lurus atas bawah je. tepi poket tak perlu jahit. maksudnya jahit dari A sampai B je.
untuk bawah jahit dari C sampai D je. harap2 faham ya.
jahit macam ni
lepas tu terbalikkan ke depan baju semula. ini contoh jahitan, pandangan dari
depan baju tu
buka tepi mulut poket macam ni dan penitikan tepi tu
buat tanda macam ni di mulut poket tu
gunting ikut tanda yang dibuat tadi. hati2 ya jangan sampai tergunting sampai
luar poket pula. ikut tanda yang dibuat tu.
mulut poket yang sudah di tebuk tadi
masukan lapik bawah dan lapik atas tu dalam mulut poket tu
macam ni la rupanya bila lapik atas dan lapik bawah tu dah dimasukan
dalam mulut poket tu
terbalikkan baju dan rupanya macam ni
turunkan lapik atas tu macam dalam gambar ni dan kemaskan bahagian atas dan tepinya.
penitikan bahagian atas dan tepinya macam dalam gambar tu
terbalikkan semula dan jahitan bahagian atas yang saya tanda garis putus2 tu.
ini depan baju ya
jahit macam ni...
rupa bahagian atas yang sudah dijahit
dari bahagian dalam baju semula : angkat lapik atas tu dan kemaskan
penitikan
lapik bawah yang sudah dilipat dan penitikan. jahit ikut contoh
garis putus2 tu
jahit betul2 dibawah tu
lipatan lapik bawah yang sudah dijahit
depan baju : kemaskan bahagian tepi poket ni
selak dari dalam dan jahit tepinya, macam ni
kemudian jahit lapik bawah tu
buat garisan di bawah lapik atas tu
lipat 2 poket
tandakan poket tu ikut tanda di lapik atas tadi. macam dalam gambar
di atas ni ya
nampakkan tanda yang saya dah buat tu. kemudian temukan garisan A ke B
macam ni
lepas tu penitikan dan jahit
lapik yang sudah dijahit tadi
lipat poket macam dalam gambar
kemaskan poket dan penitikan
kemudian jahit tepi poket tu
poket yang sudah dijahit
poket yang sudah siap, atas tu badan baju dan bawah tu poket
inilah rupa poket yang sudah siap
macam mana, dapat tak? harapnya dapatlah faham segala penerangan saya tadi tu. kalau tak faham juga, minta maaf banyak2lah mungkin cara saya sampaikan tu tak betul. maklumlah saya ni bukannya cikgu atau orang yang sangat2 mahir dalam jahitan. saya cuma penjahit biasa yang masih kurang ilmu lagi. namun saya tetap juga nak kongsi pengetahuan saya yang ciput ni. moga2 dapatlah juga membantu siapa2 yang berminat sangat nak belajar jahit-menjahit ni.
mungkin juga cara saya ni agak rumit tapi kalau dah selalu buat yang susah akan jadi senang. mula2 saya dulu pun bertanggapan macam tu masa belajar buat poket dalam ni. tapi lama2 ok dan rasa senang je nak buat. ada teknik lain yang tak guna lapis2 ni. cuma guna poket yang ukurannya panjang sikit. tapi saya kurang selesa dengan cara tu. saya lagi suka teknik 3 lapis ni, walau pun nampak macam banyak kerja tapi saya lagu suka buat cara ini. lagipun ni macam nilah yang cikgu saya ajar dulu.cuma teknik2 tu ada yang saya buat sendiri.
bila kita menjahit ni, tak semua juga apa yang cikgu ajar kita akan ikut sepenuhnya. kadang2 tu cikgu mengajar ada beberapa orang...sudah pasti cara mengajar satu2 perkara tu berbeza. tak perlu nak pening2 kepala mana teknik yang tepat sekali. bagi sayalah semua yang diajar tu teknik yang tepat cuma kita kena pandai2lah pilih mana teknik yang paling kita rasa senang dan mudah nak buat. kadang2 teknik tu agak nampak rumit tapi kalau kita rasa selesa nak ikut cara tu dan hasilnya pun cantik, ikut je la teknik tu.
semakin lama kita menjahit semakin banyaklah teknik dan kemahiran yang kita dapat tanpa kita sedar dalam proses menyiapkan baju. sebab tu saya cakap setiap tukang jahit ni ada teknik masing2. mungkin cara potong dan jahit tu berbeza tapi pakaian yang dihasilkan tetap sama. pendek kata yang penting kita ikut apa yang kita rasa selesa, cepat dan mudah.
oklah, insyaALLAH saya akan buat tutorial lain pula bila ada kesempatan. saya ni ada masalah sikit kalau snap gambar masa menjahit kadang2 lupa proses mana yang nak digambar hihihi. kadang tu nak cepat sangat siapnya sampai malaslah nak ambik gambar. ok selamat menjahit ^__^
Betul tuh... setiap org akan ada teknik tertentu yang dia rasa selesa kan. Yang penting end result sama jer hihi..
ReplyDeleteTQ for the tute, dah lama tak buat poket camni
memang berminat nak buat poket macam ni. nanti kalau MET dah jadi buat MET beritahu. terimakasih kerana berkongs ilmu
ReplyDeleteterima kasih sbb bg tunjuk ajar..da lma sya cri cara nk wat poket dlm ni..TQ so much..
ReplyDeletecara yg dipaparkan ini sama macam cara mak saya buat, tapi cikgu giat mara saya cara dia lain
ReplyDeleteterima kasih
DeleteBoleh saya bertanya. Bolehke jahitan poket yg sudah siap dibuka semula jahitan tersebut
ReplyDelete