Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu
Sediakan poket seluar. Ukuran tu bergantung pada koranglah. Jangan besar sangat, sudah.
Jahit tepi poket sebelah depan seluar dulu
kemudian sebelah belakang pula.
Dia akan jadi macam ni
Kemudian cantumkan tepi seluar depan dan belakang. Jahit dari kaki seluar sampai di mulut poket. Dalam gambar tu yang tanda kapur biru, jahit sampai situ. Poket seluar selalu saya bukan 15cm. Campur 1cm untuk basi pinggang. Jadi semua 16cm.
Kalau dah diterbalikkan, jadi macam nilah.
Lepas tu bahagian seluar depan tu, jarakan 2.5 cm dan buat garisan ke bawah sampai garisan mulut poket tadi. Tengok gambar tu betul2 nanti fahamlah ya. Sorry ya saya ni tak berapa pandai nak terangkan atau ajar betul2. Harap gambar2 ni boleh membantu untuk korang lebih faham. Lepas garis tu, jahit ya ikut garisan condong tu.
Dah jahit dan terbalikkan, akan jadilah macam ni. Bahagian depan dan belakang bezakan?
Jahit di tepi mulut poket depan. Tepi bahagian belakang tu pun jahit ya, tengok macam dalam gambar tu
Ini dah siap jahit
Jahit macam ni
Jahit macam dalam gambar tu. Bagi kemas dan mulut poket tak terbuka sangat. Jahitan tu juga bagi jarak untuk poket dan pinggang seluar
Lepas tu jahit dihujung mulut poket tu. Jahit macam dalam gambar ni ya. Ini pun nak bagi mulut poket tak terbuka sangat. Tak adalah handphone yang disimpan terkeluar kalau si pemakai tu duduk.
Akhir sekali jahit bawah poket tu (sebelah dalam ya). Terbalikkan...ok siap sudah. Di bawah ni gambar yang dah siap. Selamat mencuba...
Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu
huwarghhhh.. macam payah jer.. nak kena lama menghadap benda ni baru menjadi agaknya kalau spesis orang yang baru nak berjinak jinak dgn menjahit ni
ReplyDeleteErmmm..ruby selalu psg angan2 pandai jht baju sendiri nanti!!!
ReplyDeleteDah lama tak menjahit...
ReplyDeleteummi singgah baca info menjahit
Dah lama tak menjahit...
ReplyDeleteummi singgah baca info menjahit
Terima kasih, banyak tips-tips berguna saya ambil dari blog ni.. alhamdulillah berjaya hasilkan beberapa jahitan..walaupun tidak kemas tapi insyaAllah dengan lebih banyak praktik lg akan berjaya... terima kasih..
ReplyDeleteterima kasih byk2 atas ilmunya..saya ambil yg haq sahaja.
ReplyDeleteterima kasih byk2 atas ilmunya..saya ambil yg haq sahaja.
ReplyDeletemcm mana nak jahit seluar?ada tutorial jahit seluar tak?
ReplyDeleteT/kasih atas perkongsian
ReplyDeletewah....tutorial yg bagus....thaks for sharing..
ReplyDeleteklau x keberatan boleh lar tengok n follow my blog http://perniagaan-yuk.blogspot.my/
Mugkin gmbr y diambil tu dekat sgt..xdpt nk bezakan bhgian y dijahit dan nk disambungkan..confuse
ReplyDeleteMugkin gmbr y diambil tu dekat sgt..xdpt nk bezakan bhgian y dijahit dan nk disambungkan..confuse
ReplyDeletesaya rasa..ni penerangan yg paling tbaik..thankss sis Ima!!!
ReplyDeleteTerima Kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat2 membantu. Semoga dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan puan. Amin
ReplyDeleteAssalamualaikum saudari,adakah saudari juga ada akaun fb,saya nak follow hehe
ReplyDeleteSenang nk faham... Sgt berguna.. Tksh ilmunya.. Smg dimurahkn rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah...mudah difahami...terima kasih...
ReplyDelete