Assalamulalaikum. Banyak tak kedai barang jahitan kat tempat korang? Baru2 ini saya pergi beli barangan jahitan di Canny. Ini kedai yang selalu saya pergi. Kat sandakan ni, ada tiga kedai jahitan yang selalu saya pergi...Canny, Leton dan Artisan Crafts. Canny kedai jahitan yang paling besar di sini. Ada 4 cawangan Canny kat bandar, batu 4, bdr Megah dan batu 8. Tapi sekarang tinggal 3 saja sebab Canny bt8 dah terbakar hari tu. Saya suka beli barang kat Canny sebab kedainya besar dan banyak pilihan.
Mula-mula menjahit dulu, saya beli barang jahitan kat Wah Sing. Kedai jahitan ni kecil je tapi boleh dikatakan inilah kedai jahitan pertama kat bandar sandakan ini. Selepas tu barulah muncul Leton dan Canny. Leton dulu, memang popular sebab kedai besar dan barang pun berpatutan harganya. Tapi sekarang sedikit terbelakangan oleh Canny. Ada sesetengah barang saya beli kat Leton, terutamanya benang. Saya paling suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia sangat mahir pilih warna benang. Lepas tu benang pun banyak pilihan. Lagi satu sebab kenapa saya suka beli benang kat Leton sebab pekerja dia yang tolong carikan. Kau cuma bagi contoh2 kain aje. Kalau kedai lain, kena cari benang sendiri. Leceh cari benang sendiri. Kalau kau seorang saja di depan rak benang tu takpelah juga. kalau sampai 5, 6 orang? Mesti rasa terganggu sebab seorang tarik laci atas, sorang tarik laci bawah...bla..bla..bla..
Leton satu2nya kedai yang benang dia, cuma pekerja dia jer yang boleh pilih. Itu yang bagusnya kat Leton. Tak perlu buang masa dan susah2 cari. Pekerja dia pun semua agak ramah dan sedia membantu. Cuma, sejak akhir2 ini saya malas sikit nak pergi Leton sebab barang2nya agak kurang. Selalu habis stok. Kebanyakan kedai jahit memang borong barang kat Leton. Tu yang barang selalu cepat habis.
Artisan Crafts, pun saya suka beli barang kat sini sebab banyak pilihan (terutamanya lace) walaupun harga agak mahal. Aritsan Crafts (Bandar IndahJaya), asalnya dulu kedai ini cawangan Wah Sing tapi entah tiba-tiba dah tukar nama Artisan Crafts. Lain kali saya akan cuba gambar ketiga2 kedai jahit ini. Saya ada ambil gambar sebelum ini tapi lupa, kat mana saya save gambar2 tu.
Jarum tangan tu 90sen saja.
Zip skirt 7inci RM1.90
Yang ini harga segulung RM10.30
RM7
Dulu kertas bergam ini murah saja RM1.20. Sekarang, RM2. Ini yang paling nipis. Harga kat tempat korang macam mana pula?
Ini bukan dijual, ini baju cust. yang saya jahit bulan2 lepas. Sajalah letak kat sini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.