Saturday 22 February 2020

Lapik Leher Ala Butik

Assalamualaikum, selamat pagi. Lama saya tak update blog. Saya masih menjahit lagi, cuma sedikit kurang bersemangat. Mungkin kerana bosan dengan persekitaran yang sama sejak 17 tahun lalu. Faktor umur juga menyumbang kepada keadaan mood yang agak menrundum. Ikut hati memang agak malas untuk meneruskan perjuangan dalam bidang jahit menjahit ini. Tapi apakan daya, menjahit sumber rezeki saya. Nak tak nak kena juga menjahit selagi diberi kesihatan dan keizinan dariNYA.

Kali saya share cara saya jahit lapik leher untuk baju kurung moden. Saya pernah share cara ini di entry yang lepas2. Tapi saya gabungkan sekali dengan cantum badan dan lengan. Kali ini saya khaskan untuk jahit lapik leher sahaja. Ada yang kata jahit leher macam ini ala-ala leher baju di butik. Mana letak butiknya tak tahulah. Saya pun baru tahu dan leher macam ini agak popular di kalangan geng-geng jahit dalam FB. Selama ini saya jahit macam ini tanpa tahu, teknik jahit macam ni agak mahal upahnya dibandingkan dengan leher baju yang di jahit dengan bias tape. Itu yang saya tahu hasil daripada membaca post dan komen2 dalam geng jahit di FB. 

Oklah, jom tengok cara-cara saya jahit lapik leher ala butik ini. Perhatikan gambar satu persatu ya, insyaAllah, kawan-kawan pasti faham dan dapat jahit lapik leher macam yang saya buat ini. Mula-mula, siapkan bahgian depan dan belakang baju yang sudah di jahit lapik leher masing-masing. Bahagian belakang baju, kena jahit zip sembunyi dulu ya. Lepas tu baru jahitkan lapik leher.

 Ini bahagian depan yang sudah saya jahit lapik leher

 Bahagian belakang yang sudah dijahit zip sembunyi dan lapik leher Lapik leher tu jahit di tepi zip.

 Lipat A ke B

 Lipat macam ini.

 Jahit mula dari garisan bahu

 Selepas jahit, terbalikkan dan tadaaa...jadilah macam ini. Buat cara yang sama untuk bahagia yang sebelah kiri juga.

Dua-dua bahagian sudah siap jahit. Beginilah rupanya. Pastikan hujung lipatan zip tu sama rata ya. 

 Kemudian bolehlah cantum bahu (depan dan belakang). Cara saya, lipat hujung lapik leher (depan dan belakang) dan temukan. Saya lipat untuk lebih mudah jahit bahgian bahu dan mengelak lapik daripada terjahit sama dengan bahu.

 Cantum bahu. Lebih mudahkan jahit kalau lipat hujung kedua2 lapik leher

 bahu yang sudah siap dicantum

 Kemudian barulah jahit cantum lapik depan dan belakang

Bahu dan lapik leher yang siap dicantum

 Ini leher yang sudah siap dicantum. Buang sisa kain di bahagian depan baju tu. Saya ada tanda dalam gambar tapi, gambar tak begitu jelas pulak.

 Kemudian jahit tindih. bagi kemas dan mudah dilipat

 Lepas jahit tindih, bolehlah terbalikan kedepan. Siap dan bolehlah iron bagi kemas.

Belakang baju. 

Ok, selamat mencuba. Happy sewing.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...