Assalamualaikum. Kali ini saya kongsi cara saya menggunting baju melayu budak-budak. Mula2 sediakan contoh baju.
Lipat dua baju contoh dan bahagian bahu juga dilipat seperti gambar dibawah
Letaklah di atas kain yang sudah dilipat dua. Mula2 kita ambil bahagian hadapan baju ya. Buat saja garisan di keliling baju contoh tadi.
Bahagian lengan
bahagian leher
Nampak tak garisan lengan tu?
Alihkan baju contoh tadi dan rapikan garisan tadi untuk membentuk pola hadapan baju melayu
Lepas tu bolehlah gunting. Jangan lupa basi ya.
Kemudian letakan bahagian hadapan baju tadi di atas kain yang dilipat dua, untuk mengambil bahagian belakang baju.
Sebelum tu kukur dulu lipatan bahu tadi. Kat baju contoh tu ukurannya 2 setengah cm x 2 = 5cm
Dari bahu bahagian depan tadi naikkan 5cm
Pastikan ukuran bahu depan sama dengan ukuran bahu belakang
leher
dah siap lukis
gunting
untuk tangan
lengan
Dah siap, bolehlah gunting
dah siap potong-bahagian depan dan bahagian belakang juga lengan.
Ini dah lepas jahit/
Ok habis dah tutorial ringkas. Selamat menjahit...