Wednesday, 26 February 2020

cara jahit zip di lengan baju

Assalamualaikum. Ada yang nak jahit zip sorok di lengan tapi tak tahu caranya? Ini, saya tunjukkan cara paling mudah jahit zip sorok di lengan. Kalau di tempat saya zip sorok ini orang panggil zip tapuk. 

sediakan zip sorok dan bahagian lengan yang belum dicantum

buka zip dan jahit di tepi lengan. tengok gambar betul-betul ya.

Jahit zip guna tapak zip sorok.

Saya mula jahit sebelah kiri dulu

 Sebelah kiri yang sudah dijahit

Kemudian jahit sebelah kanan pula

zip yang sudah dijahit 

Dah siap jahit, bolehlah tarik zip ke atas.

Kemudian terbalikkan semula. Tanda dengan kapur bahagian hujung zip

Jahit untuk cantum lengan

Mula jahit di bahagian hujung jahitan zip sorok tadi

Jahit guna tapak zip biasa. Jahit betul-betul di belakang zip sorok itu ya. Sorry, kalau kurang faham sebab saya tak pandai nak terangkannya. Cuba perhatikan gambar satu persatu, insyaAllah pasti dapat juga faham cara menjahitnya.

Nampakkan, jahitan tu? Saya guna tapak zip biasa untuk jahit cantum bahagian belakang zip agar, cantuman lagi kemas dan terletak betul-betul belakang zip. Nanti bahagian luarnya akan lagi kemas.

Untuk bahagian bawah lengan, jahit macam ini. kemudian terbalikan. Cara ini sama dengan cara jahit lapik leher juga.

Nampakkan, hujung lagi kemas kalau jahit begini. 

bawah lengan yang sudah di jahit. Iron, bagi kemas


Ok siap sudah. semoga tutorial cara jahit zip di lengan baju ini dapat membantu kawan-kawan yang baru belajar menjahit. Kalau ada yang terkurang, maaf banyak-banyak. Saya bukan sifu dan jauh sekali dari pakar jahitan. Saya cuma penjahit biasa, penjahit rumahan dan penjahitan kampungan. Ilmu pun tak banyak seperti sifu-sifu jahitan di luar sana. Tetapi saya tetap nak kongsi ilmu yang sedikit ini. Semoga ilmu yang sedikit ini mampu memberi manafaat pada orang lain. Pada kawan-kawan yang nak kongsi tutorial ini di fb, silakan. 

Selamat mencuba. Happy sewing.


Monday, 24 February 2020

cara jahit span baju

Assalamualaikum. Kali ini saya share cara jahit span baju untuk bagi nampak melengkung dan cantik terletak di bahu. Caranya mudah sahaja. Sediakan span yang sudah dipotong dan kain untuk bungkus span. 

Span dan kain. Ukuran bebas. Janji dapat bungkus span.

Kain dilipat 2 kemudian tanda di tengah-tengahnya dan memanjang seperti dalam gambar

Jahit sampai bawah

Bukan lipatan dan letak span seperti dalam gambar

Lipat macam ini

span melengkung. Itu gunanya jahitan yang saya buat tadi. Nak bagi span melengkung.

Kemudian jahit ikut tepi span. Boleh rasa dengan jari masa jahit tu. Boleh juga pinkan dengan peniti ikut bentuk span. Tapi saya malas guna peniti sebab kerap sangat tercucuk bila menjahit. Dah siap cantum, bolehlah buang lebihan kain tadi

Span yang hampir siap

Kemudian jahit tepi span. 

Nahh...ini rupa span yang sudah siap

bentuknya lagi melengkung.

Ok siap. Macam mana, mudahkan membuatnya. Cara ini lambat sikit nak siap tapi span lagi nampak cantik bila dipasang di baju.Selamat mencuba. Kalau ada nak share di fb, boleh aje...silakan. Sama-sama kita berkongsi ilmu. Happy sewing.

Saturday, 22 February 2020

Lapik Leher Ala Butik

Assalamualaikum, selamat pagi. Lama saya tak update blog. Saya masih menjahit lagi, cuma sedikit kurang bersemangat. Mungkin kerana bosan dengan persekitaran yang sama sejak 17 tahun lalu. Faktor umur juga menyumbang kepada keadaan mood yang agak menrundum. Ikut hati memang agak malas untuk meneruskan perjuangan dalam bidang jahit menjahit ini. Tapi apakan daya, menjahit sumber rezeki saya. Nak tak nak kena juga menjahit selagi diberi kesihatan dan keizinan dariNYA.

Kali saya share cara saya jahit lapik leher untuk baju kurung moden. Saya pernah share cara ini di entry yang lepas2. Tapi saya gabungkan sekali dengan cantum badan dan lengan. Kali ini saya khaskan untuk jahit lapik leher sahaja. Ada yang kata jahit leher macam ini ala-ala leher baju di butik. Mana letak butiknya tak tahulah. Saya pun baru tahu dan leher macam ini agak popular di kalangan geng-geng jahit dalam FB. Selama ini saya jahit macam ini tanpa tahu, teknik jahit macam ni agak mahal upahnya dibandingkan dengan leher baju yang di jahit dengan bias tape. Itu yang saya tahu hasil daripada membaca post dan komen2 dalam geng jahit di FB. 

Oklah, jom tengok cara-cara saya jahit lapik leher ala butik ini. Perhatikan gambar satu persatu ya, insyaAllah, kawan-kawan pasti faham dan dapat jahit lapik leher macam yang saya buat ini. Mula-mula, siapkan bahgian depan dan belakang baju yang sudah di jahit lapik leher masing-masing. Bahagian belakang baju, kena jahit zip sembunyi dulu ya. Lepas tu baru jahitkan lapik leher.

 Ini bahagian depan yang sudah saya jahit lapik leher

 Bahagian belakang yang sudah dijahit zip sembunyi dan lapik leher Lapik leher tu jahit di tepi zip.

 Lipat A ke B

 Lipat macam ini.

 Jahit mula dari garisan bahu

 Selepas jahit, terbalikkan dan tadaaa...jadilah macam ini. Buat cara yang sama untuk bahagia yang sebelah kiri juga.

Dua-dua bahagian sudah siap jahit. Beginilah rupanya. Pastikan hujung lipatan zip tu sama rata ya. 

 Kemudian bolehlah cantum bahu (depan dan belakang). Cara saya, lipat hujung lapik leher (depan dan belakang) dan temukan. Saya lipat untuk lebih mudah jahit bahgian bahu dan mengelak lapik daripada terjahit sama dengan bahu.

 Cantum bahu. Lebih mudahkan jahit kalau lipat hujung kedua2 lapik leher

 bahu yang sudah siap dicantum

 Kemudian barulah jahit cantum lapik depan dan belakang

Bahu dan lapik leher yang siap dicantum

 Ini leher yang sudah siap dicantum. Buang sisa kain di bahagian depan baju tu. Saya ada tanda dalam gambar tapi, gambar tak begitu jelas pulak.

 Kemudian jahit tindih. bagi kemas dan mudah dilipat

 Lepas jahit tindih, bolehlah terbalikan kedepan. Siap dan bolehlah iron bagi kemas.

Belakang baju. 

Ok, selamat mencuba. Happy sewing.

Monday, 8 October 2018

cara menjahit baju kurung peplum

cara menjahit baju kurung peplum

Assalamualaikum, selamat pagi isnin. Sudah breakfast ke belum? Kalau belum pergilah breakfast dulu. Sarapan tu lagi penting dari makan tengah hari tau. Ok, pagi ini saya nak kongsi tutorial menjahit baju kurung peplum. Baju ini salah seorang customer saya yang minta jahitkan. First time jahit baju kurung peplum lipat depan. Sebelum ini jahit baju kurung peplum yang beralun tanpa lipatan di bahagian pinggang.

Ukuran baju ini saiz S. Saya lupa tulis ukuran di setiap bahagian di atas pola. Tapi ukuran kasar badan customer saya, bahu 37cm, bahu ke pinggang 37, untuk peplum labuh 35cm dan depan tu 25cm. Turun dada 22cm, ukuran dada 86cm, pinggang 66cm, punggung 93cm dan tangan 49cm. Untuk skirt pula, labuh 94 dan punggung 93cm. Skirt bentuk duyung tetapi dalam tutorial ini cuma jahit baju saja. Untuk skirt, boleh rujuk di entry saya yang lepas2, saya ada buat tutorial jahit skirt duyung. Ukuran tu ukuran kasar. Kalau nak buat pola silalah bahagi 2 atau 4 untuk dapatkan ukuran yang sebenar.

Mula2 lipat 2 kain untuk ambil bahagian belakang. Letak kertas warna di bahagian dat tu untuk tandakan garisan dart. Jangan lupa, tandakan basi lepas tu barulah potong.

Ini bahagian depan yang sudah dipotong dan dart juga sudah ditanda. Cuma tak terang sebab kain ni warna gold. Bila ambik gambar, cahaya dia jadi memantul semula. Untuk ambil bahagian ini juga kain kena lipat dua juga.

Lengan, ambil dengan cara lipat empat kain tu.

Ini pula peplum bahagian depan. Ukuran ini saya tak tahu, saya hentam je. Untuk peplum pinggan depan ni saya buat 28cm sebab saya tak tahu ukuran lipatan yang sebenarnya. Jangan lupa kain lipat 2 ok.

Ini pula peplum bahagian belakang. 17cm (kain lipat 2 juga). Kiri kanan ada basi sebab saya buat basi untuk zip. Ada orang lain tak letak pun basi, dia orang curi sedikit je bahagian kain untuk zip. Tetapi saya tak pandai. Sebab itu saya terus buat basi zip sampai ke bawah.

Sambungkan bahagian A dan B. Lepas tu barulah jahit zip.

Untuk bahagian peplum ini, kena lipat dulu. Bagi ngam2 lepas tu letak peniti atau jahit jelujur kasar. Lepas tu gosok nanti senang nak jahit sambung dengan bahagian atas tu.

 Dah sambung, jahit kain macam tali pinggang gitu. Tak jahit pun boleh. Letak je lace atau manik. Ikut suka hatilah. Tetapi saya jahit macam tali pinggang sebab gambar yang customer kasi tu, memang ada letak macam tali pinggang.

 Ini dah siap jahit dan pasang lapik leher. Sekarang bolehlah sambung bahagian bahu dan siapkan bahagian leher. Dah siap leher tu barulah jahit kiri kanan badan baju. Selepas tu, sambungkan lengan ke badan baju. Jahit klim halus di hujung lengan dan bawah peplum tu. Ok siap. Untuk skirt pula, boleh rujuk entry skirt duyung yang saya dah kongsi sebelum ini. Selamat menjahit.

cara menjahit baju kurung peplum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...