memandangkan dah nak masuk musim raya, saya rasa baik buat entry tentang belajar menjahit baju kurung asli untuk kanak-kanak. mesti ramai ibu2 yang nak buat baju untuk anak2. bagi mereka yang baru nak belajar tu, apa kata baca entry saya ni sampai habis. mudah je untuk menghasilkan sepasang kurung asli untuk kanak-kanak. kalau tak pandai ukur, di sini saya tunjukkan cara2nya.
mula2 ambil baju kurung anak anda. perlu diingat ukuran yang kita ambil adalah untuk:
1-labuh
2-bahu
3-turun bahu
4-panjang tangan
5-bukaan tangan
6-pesak (atas) dan (bawah)
7-kekek
1-labuh
2-bahu
3-turun bahu
4-panjang tangan
5-bukaan tangan
6-pesak (atas) dan (bawah)
7-kekek
lipat dua
ukur labuh baju-dari bahu sampai hujung baju (tengok gambar)
untuk ukuran bahu-dari lipatan ke bahu
ukuran untuk turun bahu
panjang tangan
bukaan tangan
pesak (atas)
pesak (bawah)
kekek
untuk skirt pula, lipat dua macam dalam gambar
ukur labuh skirt
buka lipatan tadi dan ukur bahagian punggung (tengok gambar)
ok siap. saya tulis ukuran tadi atas kertas yang akan saya lukis pola.
*************************************************************************
biasanya orang main ukur atas kain terus tapi bagi yang baru nak belajar boleh lukis pola dulu. lepas tu senang nak ingat dan boleh elak dari tersalah potong kain. biasalah mula2 kan, mesti banyak silap. tapi kalau guna pola memang tak punya. bila anda dah mahir nanti boleh ukur terus atas kain.
*************************************************************************
cara buat pola kurung asli kanak-kanak.
biasanya orang main ukur atas kain terus tapi bagi yang baru nak belajar boleh lukis pola dulu. lepas tu senang nak ingat dan boleh elak dari tersalah potong kain. biasalah mula2 kan, mesti banyak silap. tapi kalau guna pola memang tak punya. bila anda dah mahir nanti boleh ukur terus atas kain.
tanda untuk garisan labuh baju
59cm-untuk labuh baju dan 3 bulat tu tanda kain perlu dilipat (tak putus) bila kita gunting kain nanti.
tandakan ukuran bahu
garis lurus dari ukuran bahu sampai labuh baju tadi
tandakan ukuran turun bahu
tandakan ukuran panjang tangan
kemudian buat tanda dan garis untuk bukaan tangan
sambungkan garisan turun bahu ke hujung bukaan tangan
tanda untuk ukuran pesak (atas)
tandakan untuk ukuran pesak (bawah)
gariskan dari atas pesak ke bawah pesak
tandakan di tepi pesak untuk ukuran kekek
dan di tepi bawah tangan
kemudian gariskan
inilah rupa pola yang sudah siap
guntingkan
jadilah macam ni
ini ukuran skirt. 15cm tu untuk kipas dan 33cm untuk bahagian badan skirt (ukuran di bahagian punggung). 3 bulat tu tanda lipat 2 bila potong kain nanti. untuk labuh skirt, campurkan basi lipatan untuk kaki kain dan untuk lipatan jahitan getah pinggang.
salam perkenalan dari saya,Hema.Saya dari semenanjung.Terima kasih,blog ni sangat bagus,cuma saya ini tak pernah menjahit,sangka saya susah jahit ni kalau kena campur,kira,tolak,bahagi(lihat buku belajar jahit di kedai).Saya nak cuba buat seperti Hema ni,buat pola kurung yg ringkas,teringin sangat nak jahit baju anak perempuan saya,3 orang,masih kecil.Kalau ada yg saya tak faham,saya akan rujuk pd Hema,terima kasih kerana sudi kongsi ilmu.- Nor
ReplyDeleteHema..nanti mase nk potong kain kena lbhkn u proses cantuman ea.brp inci kena lbhkn? Lg satu..sy xfhm kegunaan gmbr 3bulatan tu.blh tlg jlskn?
ReplyDeletedatang follow sini sambil mencari ilmu tentang jahitan. skrg dlm proses penghantaran borang giatmara dalam kos dressmaking. harap berjaya sebab lately tingin sangat nak belajar menjahit. kemahiran sangat penting.
ReplyDeleteseronoknyer tgk org pandai jahit baju ni..teringin nak jahit baju kurung sendiri
ReplyDeleteSalam,hema ada buat kursus jahitan tak?
ReplyDeleteBestnya klu hema ada buat kursus menjahit,d sandakan ssh mo cr kursus2 menjahit ni
Deleteas'salam miss ada tak cara membuat dreass unk kanak2 yang ada kolar
ReplyDeleteMacam mana nak buat potongan untuk leher?
ReplyDelete