Khamis, 25 November 2010

beg







kali ni saya tukar angin pula. cuba2 buat beg...dan inilah hasilnya. sebenarnya dah lama juga niat nak buat beg ni tapi baru ni dapat buat. saya suka Diy Bag Lover dan boleh belajar macam2 jenis beg yang semua cantik2. tapi beg2 yang saya buat ni saya tengok di cotton friend dan cucito. mungkin lepas ni, barulah saya buat beg2 cantik macam dalam Diy Bag Lover tu...insyaAllah.







saya tak tahulah nak guna beg ni untuk apa sebab saya jahit pun untuk suka2 je. mungkin boleh juga guna untuk isi barang kalau ke pasaraya. tak payahlah guna plastik lagi terutamanya kalau ke pasaraya hari sabtu ni. kalau tak guna pun simpan saja untuk koleksi 'hasil jahitan' saya.







beg2 saya ni cuma guna kain cotton biasa saja...yang murah2 tu. nak guna kain yang tebal tu...belum pernah beli lagi. entah harganya berapa...nantilah bila saya ke bandar, nak tengok harga2 kain ni di emadira. harap2 tak mahal sangat dan mampu untuk saya beli. dalam beg pula, untuk lapisannya saya cuma guna kain lining saja. salah satu beg tu, saya guna tali beg lama yang tak digunakan lagi.



Ahad, 21 November 2010

kemeja kolar 2 keping



inilah kemeja yang saya baru jahit. rupanya tak secantik yang di butik tapi oklah asalkan boleh pakai. saya jahit berpandukan kemeja yang ada dalam FEMALE ni.


(satu2nya FEMALE yang saya ada.
nak beli lagi tapi bajet untuk majalah mahal2 macam ni selalu tak cukup! hihihi...)



inilah contoh kemeja yang
saya jahit tu


pola

ada tunjuk cara susun pola atas kain. tapi saya tak ikut cara2 ni, saya susun dan gunting ikut suka hati saya. itu sebab agaknya hasil kerja saya pun tak sebagus mana. saya ni jenis menjahit yang nak cepat siap.



sebab semua nak cepat siap, label pun saya jahit salah. patutnya jahit betul2 tengah tapi ini....hmmm?!!! nak buka balik pun malas. kolar 2 keping saya pun tak kemas, ada berkerudut banyak. mungkin sebab saya salah sterika bahagian bergam!











baju kurung



ini baju2 yang saya jahit untuk raya korban baru2 ni. ada kurung asli, pahang dan moden....tapi bukan baju saya, baju kawan2 dan sedara-mara (sorry geng, baju korang masuk blog). saya nak ambil satu2 tapi malas...ambil sekalilah semua.

kalau cerita pasal baju kurung ni, di sini ramai orang pakai baju kurung pahang raya baru2 ni. saya pun banyak jahit baju kurung ni. sukalah jahit sebab tak banyak pecahan macam kurung asli tu.




wrislet bag



hahahahha...tengok wrislet bag saya ni. buruk betul saya tengok. saya buat lepas tengok dalam blog kawan2 yang join jom jahit tu. beg2 mereka tu semua cantik2...tu yang saya cuba2 buat tu.

walaupun hasilnya memang agak jauh bezanya tapi oklah tu dari tak cuba langsung, kan. (bagi semangat untuk diri sendiri...hihihihi...). biarpun beg saya ni nampak buruk dan kusam, tapi saya tetap nak upload di sini juga.



tengok, buku bil saya dah ada dalam tu


cantuman warna yang melampau-lampau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...