Memaparkan catatan dengan label kemeja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemeja. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2011

baju batik

lama juga tak upate sebab musim cuti sekolah tu busy dengan tempahan baju saudara-mara yang nak menghadiri majlis perkahwinan. cousin saya pun dua orang yang naik pelamin masa cuti hari tu.



entry kali ni tiada yang menarik pun cuma nak upload gambar baju batik my dad. ini first time saya jahit baju guna kain corak2 macam ni. warna merah + coklat tu ala2 kemeja juga tapi leher beza sikit, buat macam leher cekak musang.



biru tu pula memang kemeja lah. cuba tengok label tu...hihihi..asal aku pasang label mesti tak ngam...tak betul2 di tengah! lepas ni nak garis betul2 di tengah baru jahit label...biar nampak kemas macam di butik tu.


Ahad, 21 November 2010

kemeja kolar 2 keping



inilah kemeja yang saya baru jahit. rupanya tak secantik yang di butik tapi oklah asalkan boleh pakai. saya jahit berpandukan kemeja yang ada dalam FEMALE ni.


(satu2nya FEMALE yang saya ada.
nak beli lagi tapi bajet untuk majalah mahal2 macam ni selalu tak cukup! hihihi...)



inilah contoh kemeja yang
saya jahit tu


pola

ada tunjuk cara susun pola atas kain. tapi saya tak ikut cara2 ni, saya susun dan gunting ikut suka hati saya. itu sebab agaknya hasil kerja saya pun tak sebagus mana. saya ni jenis menjahit yang nak cepat siap.



sebab semua nak cepat siap, label pun saya jahit salah. patutnya jahit betul2 tengah tapi ini....hmmm?!!! nak buka balik pun malas. kolar 2 keping saya pun tak kemas, ada berkerudut banyak. mungkin sebab saya salah sterika bahagian bergam!











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...