Memaparkan catatan dengan label blouse. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blouse. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2011

blouse



saya sebenarnya dah lama nak jahit baju blouse macam kat atas tu. tapi saya tak punya kain jenis getah macam tu. saya tak tahulah sama ada kedai kain di sini, ada jual ke tak. sudahnya saya pakai kain biasa je. kain saya guna ni jenis licin...

walaupun rupa blouse langsung tak sama, tak kira2nya adalah juga ciri2nya yang sama dengan baju kat atas tu. leher baju ni saya ubah macam leher baju kurung sebab malas nak buat bentuk U tu. blouse saya juga pendek sikit dan guna satu kain je.

memang tak cantik hasil yang saya buat ni tapi saya puas hatilah juga sebab dapat siapkannya. selalu kalau jahit baju sendiri asyik tangguh2 je. lepas ni nak buat projek lain pula. harap2 mood menjahit sentiasa berkobar2...(^_^)


siap jahit label lagi...hehehe



pinggang bergetah

belakang




Selasa, 12 Oktober 2010

blaus kolar mandarin

ini kali pertama saya buat blouse kolar mandarin. lama juga proses menyiapankan blouse ni. saya kalau buat baju kasual macam ni memang lambat siap. susah rasanya nak buat baju-baju lain selain baju kurung. tu pun baju kurung asli saja ye...kalau kurung moden dalam tahap SUSAH juga.



idea buat blouse ni muncul lepas saya belek-belek FEMALE yang saya beli dari zila kasim. dah lama beli tapi baru hari ni saya buat projek pertama! apa punya malas saya ni?!!! kepada penjahit-jahit diluar sana, di larang keras ikut perangai malas saya ni ye... hihihih.



ini majalah yang saya maksudkan tu dan satu-satunya majalah FEMELE yang saya ada. mula-mula saya nak buat baju macam ni. tapi bahagian leher nampak macam susah nak buat, bahagian depan baju pun guna butang bungkus dan tali. saya langsung tak tahu buat semua ni. jadi saya ubah kedua-dua bahagian tu.



cuma tangan yang saya ikut macam dalam gambar. susah juga sebab kena jahit kaf berpanel pula. saya kalau bab rumit-rumit ni memanglah siput! berjam-jam membuatnya barulah jadi macam dalam gambar tu.



leher pula saya ikut macam ni, lebih kurang macam kolar mandarin. macam kolar atas cekak musang cuma yang ini pakai butang jahit.




inilah hasinya, walaupun tak cantik dan kemas tapi puas hatilah juga sebab dapat siapkan. kena banyak menjahit lagilah lepas ni, barulah dapat hasil yang baik. bagi semangat untuk diri sendiri hihihi...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...