Khamis, 19 September 2013

cara menjahit poket dalam baju melayu

salam jahit semua, kali ni saya nak kongsi cara menjahit poket dalam baju melayu. sebelum ni saya pernah pos tutorial poket dalam tapi agak ringkas dan kurang penerangannya. jadi kali ni saya buat semula bagi tunjuk gambar lebih sikit dan penerangan pun terperincilah juga. harapnya dapat membantu kawan2 yang nak jahit poket dalam untuk baju melayu yang sedang dijahit. saya tak pastilah kalau di west orang sebut poket dalam ke apa. biasa kan di west poket ni dorang sebut saku...agaknya 'saku dalam' namanya.


ok mula2 sediakan badan baju, poket, lapik atas dan lapik bawah. kalau tak ada baju bolehlah buat latihan di kain perca je. untuk poket, ukuran panjang ambil 45cm (nanti akan dilipat 2) dan lebar 18cm. lapik atas pula ukuran panjang 16cm dan lebar 18cm. lapik bawah pula panjang 6cm dan lebar 18cm juga. lapik bawah ini dilapis dengan kertas bergam. kertas bergam tu lapik fabrik (interfacing) namanya tapi kalau di tempat saya, biasa sebut kertas bergam. lapik bawah ni yang akan dilipat keluar di poket nanti sebab tu kena letak kertas bergam.


untuk mulut poket pula, setiap baju melayu ada 3 poket...2 poket bawah yang sama saiz dan 1 poket atas yang saiz agak kecil dari poket 2 poket bawah tu. ukuran yang biasa saya buat untuk poket bawah, lebarnya 14cm dan panjang 1cm. kadang saya letak 1 1/5 inci untuk panjang tapi ni bergantung pada oranglah. kadang ada yang nak besar lipatan poketnya. ok untuk poket atas, biasa saya buat ukuran lebar 11.5cm dan lebar pun 1 1/5cm. ini contoh lebar dan panjang yang biasa saya buat...bagi kawan2 yang baru belajar tak perlulah nak faham semua ukuran ni. sebagai permulaan ambik je ukuran macam gambar di atas ni. kalau dah boleh buat, nanti rujuklah ukuran2 poket yang saya bagi tadi.


 ok, lepas tanda mulut poket di atas badan baju tu...ambil poket tu dan letak dibawah badan baju. letak ngam2 di bawah mulut poket tu. letak elok2 ye

 lepas dah letak elok2 tu, penitikan dari depan macam dalam gambar ni

 kemudian jahit keliling mulut poket (jahit ni di depan baju)

 dah siap jahit, macam ni rupanya

 ambil lapik atas tu dan letak di atas separuh mulut poket tu. penitikan.

 lepas tu letak pula lapik bawah di baki mulut poket tu. macam dalam
gambar di atas ni

 kemudian terbalikan baju tu macam dalam gambar ni. jahit di atas jahitan mulut poket tu tapi
jahit cuma garisan lurus atas bawah je. tepi poket tak perlu jahit. maksudnya jahit dari A sampai B je.
untuk bawah jahit dari C sampai D je. harap2 faham ya.

 jahit macam ni

 lepas tu terbalikkan ke depan baju semula. ini contoh jahitan, pandangan dari
depan baju tu

 buka tepi mulut poket macam ni dan penitikan tepi tu

 buat tanda macam ni di mulut poket tu

 gunting ikut tanda yang dibuat tadi. hati2 ya jangan sampai tergunting sampai
luar poket pula. ikut tanda yang dibuat tu.

 mulut poket yang sudah di tebuk tadi

 masukan lapik bawah dan lapik atas tu dalam mulut poket tu

 macam ni la rupanya bila lapik atas dan lapik bawah tu dah dimasukan
dalam mulut poket tu

 terbalikkan baju dan rupanya macam ni

 turunkan lapik atas tu macam dalam gambar ni dan kemaskan bahagian atas dan tepinya.
penitikan bahagian atas dan tepinya macam dalam gambar tu

 terbalikkan semula dan jahitan bahagian atas yang saya tanda garis putus2 tu.
 ini depan baju ya

 jahit macam ni...

 rupa bahagian atas yang sudah dijahit

 dari bahagian dalam baju semula : angkat lapik atas tu dan kemaskan

penitikan

lapik bawah yang sudah dilipat dan penitikan. jahit ikut contoh
garis putus2 tu

jahit betul2 dibawah tu

lipatan lapik bawah yang sudah dijahit

depan baju : kemaskan bahagian tepi poket ni

selak dari dalam dan jahit tepinya, macam ni

kemudian jahit lapik bawah tu

buat garisan di bawah lapik atas tu

lipat 2 poket 

tandakan poket tu ikut tanda di lapik atas tadi. macam dalam gambar 
di atas ni ya

nampakkan tanda yang saya dah buat tu. kemudian temukan garisan A ke B

macam ni

lepas tu penitikan dan jahit

lapik yang sudah dijahit tadi

lipat poket macam dalam gambar

kemaskan poket dan penitikan

kemudian jahit tepi poket tu

poket yang sudah dijahit

poket yang sudah siap, atas tu badan baju dan bawah tu poket

inilah rupa poket yang sudah siap

macam mana, dapat tak? harapnya dapatlah faham segala penerangan saya tadi tu. kalau tak faham juga, minta maaf banyak2lah mungkin cara saya sampaikan tu tak betul. maklumlah saya ni bukannya cikgu atau orang yang sangat2 mahir dalam jahitan. saya cuma penjahit biasa yang masih kurang ilmu lagi. namun saya tetap juga nak kongsi pengetahuan saya yang ciput ni. moga2 dapatlah juga membantu siapa2 yang berminat sangat nak belajar jahit-menjahit ni.

mungkin juga cara saya ni agak rumit tapi kalau dah selalu buat yang susah akan jadi senang. mula2 saya dulu pun bertanggapan macam tu masa belajar buat poket dalam ni. tapi lama2 ok dan rasa senang je nak buat. ada teknik lain yang tak guna lapis2 ni. cuma guna poket yang ukurannya panjang sikit. tapi saya kurang selesa dengan cara tu. saya lagi suka teknik 3 lapis ni, walau pun nampak macam banyak kerja tapi saya lagu suka buat cara ini. lagipun ni macam nilah yang cikgu saya ajar dulu.cuma teknik2 tu ada yang saya buat sendiri.

bila kita menjahit ni, tak semua juga apa yang cikgu ajar kita akan ikut sepenuhnya. kadang2 tu cikgu mengajar ada beberapa orang...sudah pasti cara mengajar satu2 perkara tu berbeza. tak perlu nak pening2 kepala mana teknik yang tepat sekali. bagi sayalah semua yang diajar tu teknik yang tepat cuma kita kena pandai2lah pilih mana teknik yang paling kita rasa senang dan mudah nak buat. kadang2 teknik tu agak nampak rumit tapi kalau kita rasa selesa nak ikut cara tu dan hasilnya pun cantik, ikut je la teknik tu.

semakin lama kita menjahit semakin banyaklah teknik dan kemahiran yang kita dapat tanpa kita sedar dalam proses menyiapkan baju. sebab tu saya cakap setiap tukang jahit ni ada teknik masing2. mungkin cara potong dan jahit tu berbeza tapi pakaian yang dihasilkan tetap sama. pendek kata yang penting kita ikut apa yang kita rasa selesa, cepat dan mudah. 

oklah, insyaALLAH saya akan buat tutorial lain pula bila ada kesempatan. saya ni ada masalah sikit kalau snap gambar masa menjahit kadang2 lupa proses mana yang nak digambar hihihi. kadang tu nak cepat sangat siapnya sampai malaslah nak ambik gambar. ok selamat menjahit  ^__^



Isnin, 16 September 2013

mesin jahit industri~singer


16 september...sambutan untuk hari malaysia. dah 50 tahun sabah sarawak menyertai tanah semenanjung dan membentuk negara Malaysia. rasa bertuah dapat tinggal di negara yang aman damai...lebih2 lagi di sabah ni...penduduk yang berbilang suku-kaum dengan anutan agama masing2 tapi masih mampu hidup dengan harmoni. yehhh...i love sabah!!!

oklah, kembali pada topik asal...tentang jahitan. aktiviti jahitan saya selepas raya agak slow. cuma dapat siapkan 3 pasang baju setakat ini! hurmmm...mood jahitan saya agak menjunam habis. sebenarnya lepas raya tu memang bersemangat untuk menjahit sebab saya dah beli mesin industri hasil duit tempahan baju raya tu. alhamdulillah...Allah SWT murahkan rezeki saya ramadhan yang lalu. lepaslah sebiji mesin, almari untuk barang jahitan, meja jahit dan beli barang2 jahitan untuk stock. alhamdulillah...

memang saya happylah masa tu, campur2 raya dengan family yang duduk jauh. bersyukur sangat dengan kegembiraan yang DIA berikan. tapi macam biasalah disebalik kegembiraan tu pasti akan ada perkara yang tak menggembirakan. syawal ke 14 hari tu rumah saya dipecah masuk oleh pencuri. sedihnya tuhan je yang tahu...habis segala laptop, camera, hp, ipad, psb, baju2, beg, psb, tabung2...kuih raya dalam balang yang penuh pun dikebasnya. duit jahitan tepi saya pun licin dirompaknya. 

rumah jangan cakaplah, macam tongkang pecah dia kerjakan...habis cermin tingkap bahagian dapur dipecahkan. isi neraka betul orang tu. masa tu memang sedih habislah tapi redha je la dengan semua ujian ni. kena lebih tingkatkan keselamatan rumah. apa yang dia ambil tu, halalkan sebab semua perkara di dunia ni pun bukan milik kita. cuma saya terkilan sangat dengan gambar2 dlm laptop tu...semuanya simpan dari tahun 2007. sekarang semuanya tinggal kenangan...dugaan..dugaan...

apa pun hidup harus diteruskan...kerja menjahit harus diteruskan...jangan lama2 simpan kerja tu, buat cepat sampai habis~chayok2! jangan layan perasaan negatif tu..aja aja fighting!! lagipun 2013 tinggal berapa bulan lagi, banyak benda yang saya rancang masih belum diselasaikan. jadinya saya mesti bangkit dengan semangat yang berapi2 lepas ni...eh, overrr la pula. semangat yang sederhana pun oklah...janji biar berterusan bukan hangat2 tahi itik.

aku lupa nak cerita, sebelum beli mesin jahit ni aku tengok2 juga mesin di kedai baru depan leton tu (lupa nama kedai tu) jual mesin jenama brother, juki dan beberapa jenama lain yang biasa aku nampak geng jahit guna tapi yang duduk di west. tapi harganya agak mahal...mungkin sebab dia campur harga kos angkat barang tu dr west, tu yang mahal. sudahnya saya masuk kedai singer juga. lagipun sudah biasa beli barang di situ. saya lagi selesa beli barang singer biarpun harga agak mahal. oklah sebab kualiti bagus dan kalau rosak senang sikit nak cari bengkel singer. 


Ahad, 8 September 2013

sebelum aidilfitri 2013

salam untuk yang membaca entry ini. wow! lamanya saya tak update blog ini. memang dekat2 bulan ramadhan hari tu, saya agak sibuk menyiapkan tempahan raya. alhamdulillah, syukur pada illahi sebab memurahkan rezeki saya...sampai banyak tempahan yang saya tolak. bukan tolak rezeki tapi masa tak cukup untuk saya siapkan semua tempahan. lagi pun saya tak ada pembantu...kerja semua buat sendiri. sebelah pagi pula kena jaga budak. memang masa sangat2lah terhad...

saya pun nak minta maaf sebab tak dapat nak buat entry yang lengkap untuk jahit scallop tu. sedangkan saya kata nak buat sebelum raya tapi tak ada kesempatan. insyaAllah, kalau ada kelapangan...nanti saya akan buat juga. cuma bila tu tak tahu lagi. masa sibuk2 menjahit hari tu, banyak jugalah dugaan yang saya hadapi berkaitan dengan mesin, kain, customer dan kesihatan.

mula2 siapkan tempahan memang semangat habis...dapat siapkan 5 pasang dalam sehari. tapi makin lama semangat tu mula pudar. mungkin sebab terlalu penat...otak pun agak serabut. nak siapkan sepasang baju pun bergelut dengan tenaga yang dah hampir2 O. pula tu, ada beberapa customer yang agak buat hal sampai saya rasa down masa tu. dalam sibuk2 tu juga saya jatuh sakit...2 hari jahitan tak bergerak. bila saya dah ok, saya pun pulun jahit banyak2 (cover masa 2 hari tu) sampaikan motor mesin saya terbakar! 

dahsyat betul saya menjahit, kan? then terpaksalah saya beli yang baru... kerja saya agak slow lepas tu sebab kurang biasa nak guna motor mesin baru tu. macam baru nak belajar menjahit je masa tu. betul2 tekanan saya masa tu. apa pun, syukur pada illahi sebab menguatkan semangat saya untuk siapkan juga semua tempahan2 raya tu...alhamdulillah. ini sebahgian gambar2 yang sempat saya ambil masa sibuk2 dengan tempahan hari tu.














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...