Showing posts with label fabric. Show all posts
Showing posts with label fabric. Show all posts

Tuesday 17 January 2012

cheongsam



suka cheongsam tak? saya memang suka...memandangkan CNY tak lama lagi...saya pun sajalah upload gambar2 ni. saya suka dengan potongan cheongsam yang mempunyai leher tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

sedikit info tentang cheongsam ni,

Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.

Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.











Saturday 9 October 2010

rahsia corak-corak kain


 
kain yang mempunyai 2 warna (2 corak)
selalunya kain yang mempunyai 2 corak warna adalah seimbang. kain jenis ini adalah sesuai untuk membuat semua jenis baju.
 
3 corak warna
kain yang mempunyai 3 corak warna adalah sesuai untuk semua jenis pakaian. pilih kain yang warnanya adalah sepadan. pilihlah kain yang bercorak bunga kecil jika anda berbadan besar. corak yang besar pula adalah untuk yang berbadan kecil.
 
kain yang mempunyai pelbagai corak
dalam pemilihan ini anda di kehendaki supaya berhati-hati. walaupun corak ini bersesuaian dengan semua ukuran tubuh tapi satu hal yang penting ialah ianya haruslah bersesuaian dengan pattern pakaian anda. ini termasuklah coraknya yang melintang dan lain-lain.
 
kain yang berpetak-petak
kain yang mempunyai petak kecil adalah sesuai untuk anda yang bertubuh kecil. bagi yang bertubuh besar, pilihlah dari yang berwarna terang. ianya amat sesuai dibuat pakaian petang. 
 


Tuesday 5 October 2010

cotton


ini kain cotton yang sudah lama saya beli. ada yang tahun lepas punya. saya suka kumpul kain cotton ni sebab cantik dan macam-macam corak. beli sikit untuk koleksi...nanti bila-bila dapat idea nak jahit sesuatu, bolehlah guna kain-kain ni. 

sebenarnya saya banyak idea nak buat  macam-macam (hasil lawatan ke blog jahitan lain) termasuklah beg, alas meja, sarung kusyen dan macam-macam lagilah. tapi sampai sekarang pun masih tak buat satu apa pun. lepas menyiapkan tempahan raya, aktiviti menjahit saya agak slow. malah rasanya bukan slow tapi langsung tak jalan pun! apa punya tailor macam ni...adehhh macam mana nak maju...

cakap tentang cotton ni, ahad lepas saya ada juga jenguk-jenguk kedai kain. banyak cotton yang cantik-cantik. paling suka cotton thai dan jepun. selalu saya beli dalam 2 meter tiap 1 jenis kain. insyaAllah, bila semangat rajin sudah datang semula, barulah saya akan kerjakan kain-kain cotton saya ni. nak buat apa? belum tentu lagi...mula-mula mungkin nak jahit beg dulu...hmmm, ye la tu...harap bukan cakap je...






 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...