Sabtu, 11 Oktober 2014

Jubah Princess Cut


Salam petang sabtu. Ini jubah princess cut gigi buaya yang saya jahit lace di hujung lengan. Baju ni simple aje. Kalau pandai jahit baju kurung moden, memang senanglah nak buat baju macam ni. Baju macam ni lagi cepat dijahit berbanding baju kurung moden. Bagi sayalah sebab baju ni takde skirt jadi proses jahit tak lama. Masa pasang zip sajalah ambil masa lebih sikit. 

Saya guna 1 pola aje untuk belakang dan depan. Untuk ambil yang belakang kena lebihkan beberapa cm untuk basi zip. Depan cuma basi untuk jahitan je...

pola depan dan belakang

Ini cara saya ambil pola belakang. Lipat dua kain tu, temukan kedua-dua tepi. Ambil ikut ira kain (memanjang).

tanda dengan kapur dan gunting.


Ini bahagian depan. Lipat dua macam dalam gambar dan letak pola. tanda dan gunting. 

Ini bahagian depan, belakang dan lengan yang sudah siap dipotong.

 Bahagian lapik leher


Bahagian belakang yang sudah di pasang zip dan lapik leher. Sedia untuk di jahit sambung. Untuk bahagian depan caranya sama aje. Bezanya depan tak putus dan sambung terus bahagian tepi. Dah jahit depan belakang, barulah cantum bahu dan tepi. Kemudian jahit lace di hujung lengan. Lepas tu barulah pasang lengan dan badan baju. Siapkan jahitan untuk lipatan bawah baju. Saya ringkas2kan aje sebab gambar tak banyak yang saya ambil. Tapi banyak blog lain yang bagi penerangan penuh macam mana nak potong dan jahit dress yang macam ni. Ok, selamat menjahit...

23 ulasan:

  1. Salam nk tnye lapik leher tu boleh x kte xguna kertas gam, kte just buat mcm leher bj kurung tu?klo boleh kne jahit sisir jgk ke?tq sy br belajar...

    BalasPadam
  2. Haley,
    boleh aje. Ikut suka masing-masing. org dulu2 jahit baju pun tak guna kertas bergam. hasil tetap cantik.

    BalasPadam
  3. Sis, nak tanya, kenapa pola dia tu bergigi ekk?
    Sorry le, tak penah belajar buat jubah, hehehehe

    BalasPadam
  4. utk dptkan bahagian bawah tu kembang. tp klu nak buat jubah biasa tak perlu belah mcm ni pun boleh.

    BalasPadam
  5. Ima, katne nk dptkan cara ukur pola tu ye

    BalasPadam
  6. Izieradziah, insyaAllah nanti sy tunjuk cara buat pola baju macam ni.

    BalasPadam
  7. Kalau nak buat zip kat bahagian depan macam mana potongan dada dia ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belah mcm biasa dan basi jgn lupa. insyaALLAH, nanti sy buat tutorial utk jubah belah depan

      Padam
    2. Salam sis nak tnya zip blakang tu kna ada basi siap ye..or gunting trus letak zip

      Padam
  8. iMA MAcam mana nak buat dasat bergerigi tu...nak tryla tapi x reti..boleh ajar dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya buat cara buat gigi buaya tu di tutorial lain

      Padam
  9. saya baru berjinak2x menjahit baju sendiri ..tetapi setiap kali jahit bahagian lengan selalu bermasalah. Bila baju siap bhg lengan yang tak cantik tak seperti baju dibeli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada buat cara teknik jahit lengan yang kemas. cari dlm senarai tutorial

      Padam
  10. mcm mana nak ukur untuk buat lapik leher yg depan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu saya, ukuran bergantung permintaan. Nanti saya buat tutorial leher macam ni ok.

      Padam
  11. Biasa brape meter kain guna untuk dress ni?

    BalasPadam
  12. Biasa brape meter kain guna untuk dress ni?

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing. Jika ada tertarik untuk membuat baju dengan contoh pola baju wanita siap pakai, download saja polanya di Fitinline.

    BalasPadam
  14. Nak tnye...klu kain bidang 45 ,4meter ckup untuk saiz ape ye?klu saiz XL-XXL ckup x dgn ukuran dada 43"...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu utk princess cut, 4 meter utk saiz S dan M je. tu pun cukup2 dah tu kainnya.

      Padam
  15. Nak tnye...klu kain bidang 45 ,4meter ckup untuk saiz ape ye?klu saiz XL-XXL ckup x dgn ukuran dada 43"...tq

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...