Memaparkan catatan dengan label skirt lidsh buaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skirt lidsh buaya. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Mei 2017

Skirt Untuk Baju Kurung Peeplum

Assalamualaikum. Ada yang nak buat skirt kembang untuk raya nanti? Kali ini saya kongsi pola skirt untuk baju kurung peeplum. Skirt ini juga sesuai untuk baju kurung moden yang lain. Skirt kembang ini guna teknik gigi buaya.

Gambar di atas tu pola skirt yang saya dah lukis. Labuh 94cm, punggung 26cm (ukuran punggung bahagia 4 ya), dari pinggang ke punggung 20cm, pinggang ke lutut 41cm.

bahagian yang nak dikembangkan, 9cm. Kalau nak tambah lagi, boleh. Terpulang pada kehendak korang.

Lepas tu mulalah buat zig zag. Tak perlulah guna pembaris. Saya saja yang mengada nak buat garisan tu guna pembaris.

Zig Zag dah siap...macam? Sebijik gigi buaya tak?

Gambar penuh

Gunting dan ceraikan macam ini

letak pola atas kain yang dah dilipat dua. Bahagian ini ambil dua keping. Satu depan, satu lagi untuk bahagian belakang.

Inilah gunanya gigi buaya tu,

bahagian ini ambil 4 keping.

Siap dah. Selamat  menjahit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...