Memaparkan catatan dengan label cara sambung getah pinggang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara sambung getah pinggang. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mei 2017

Cara Sambung Getah Pinggang

Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah share cara sambung getah pinggang untuk seluar atau skirt budak2. Kali ini saya share sekali lagi tapi menggunakan perca kain. Sebelum guna rebenkan.

Kalau tak ada reben putih, guna saja perca kain untuk gantikan reben. Potong perca kain macam ini.

temukan kedua-dua hujung getah pinggang tadi. Letak perca kain di bawahnya

Lipat

Lipat kemas2 macam ini

Jahit ulang-ulang


Dah siap jahit


Nampak tak hasilnya? Sekarang bolehlah jahit kat pinggan seluar atau skrit. Tak adalah kembung atau tebal lagi. Selalunya orang buat hujung getah itu bertindih, jadilah tebal dan susah nak jahit. silap2 jarum boleh patah. Lepas ini bolehlah guna kaedah ini ya. Ok, selamat menjahit...

Rabu, 5 Ogos 2015

cara sambung getah pinggang

Salam syawal ke 20. Lagi sepuluh hari kita dalam bulan syawal... Kuih raya korang masih ada lagi tak? Hehe...makin nak habis, makin sedap pula rasa kuih tu, kan. Ok hari ni saya kongsi cara menyambung getah pinggang. Semalam saya tunjuk jahit seluar kanak2 yang guna getahkan. Mula2 korang ambil getah tu, potong ikut ukuran yang korang nak. Potong riben kain panjang lebih kurang 3 inci macam tu.

Temukan kedua hujung getah dan letak di atas riben tu.

Lipat macam ni

jahit beberapa kali atas riben tu

Ok getah pinggang dah cantum. Sedia untuk dijahit di atas pinggang. Cara ni getah lagi kemas cantumannya. Mula2 dulu saya jahit getah bagi kedua2 hujung tu bertindih. Rasa sangat keras bahagian bertindih tu. Lepas tu saya cantum dan jahit zigzag aje tapi masih tak kemas. Dah saya buat cara ni baru rasa puas hati. Sambungan pun kuat. Ok moga perkongsian ini berguna untuk kawan2 yang baru berjinak2 dalam jahitan. Happy sewing..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...