Rabu, 5 Ogos 2015

cara sambung getah pinggang

Salam syawal ke 20. Lagi sepuluh hari kita dalam bulan syawal... Kuih raya korang masih ada lagi tak? Hehe...makin nak habis, makin sedap pula rasa kuih tu, kan. Ok hari ni saya kongsi cara menyambung getah pinggang. Semalam saya tunjuk jahit seluar kanak2 yang guna getahkan. Mula2 korang ambil getah tu, potong ikut ukuran yang korang nak. Potong riben kain panjang lebih kurang 3 inci macam tu.

Temukan kedua hujung getah dan letak di atas riben tu.

Lipat macam ni

jahit beberapa kali atas riben tu

Ok getah pinggang dah cantum. Sedia untuk dijahit di atas pinggang. Cara ni getah lagi kemas cantumannya. Mula2 dulu saya jahit getah bagi kedua2 hujung tu bertindih. Rasa sangat keras bahagian bertindih tu. Lepas tu saya cantum dan jahit zigzag aje tapi masih tak kemas. Dah saya buat cara ni baru rasa puas hati. Sambungan pun kuat. Ok moga perkongsian ini berguna untuk kawan2 yang baru berjinak2 dalam jahitan. Happy sewing..

2 ulasan:

  1. nice sharing. sebelum ni saya tindih dua dan cantum. haah memang betul getah jadi tebal, keras dan tak selesa nak pakai.

    BalasPadam
  2. hehe...skrg dptlah cara jahit yg betul

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...