Jumaat, 7 Ogos 2015

Cara mudah potong baju melayu teluk belanga

 Salam syawal yang ke 22. Macam mana plan hari ni? Korang nak jahit apa? Ada yang nak jahit baju melayu tak? Atau yang nak belajar cara potong baju melayu? Kali ni saya akan tunjuk cara potong baju melayu ikut contoh baju teluk belanga. Ini cara paling mudah dan ringkas sesuai untuk kawan2 yang baru belajar menjahit. Tak ada kira itu ini, semua main tekap aje. 

Mula2 sediakan sepasang baju melayu teluk belanga dewasa dan kain 4 meter.

 Lipat kain macam dalam gambar

 Lipat lagi sekali

 Letak contoh baju yang sudah dilipat dua di atas kain tadi. Lukis ikut tepi baju. Lepas tu buat basi di keliling garisan tadi. Untuk basi atas 1 1/2cm dan bawah baju 3cm. Basi tepi baju 1 1/2cm. Tapi basi ni bergantung pada koranglah nak lebih atau kurang...suka hati korang. Cuma basi yang agak besar, kadang-kadang baju tak nampak kemas. Sebab tu baju yang dijahit dikilang basinya kecil setengah cm aje. Tu pun cukup2 utk dijahit tepi. Tapi bila diterbalikkan, ianya nampak kemas.

 Dah siap lukis pola tu, bolehlah gunting


 Ini baki kain tadi, yang sebelahnya untuk badan baju tadi. Jangan usik lipatan besar tu

 Korang terus saja lipat macam dalam gambar tu

 Kemudian letak tangan baju contoh tu atas kain. Lukislah ikut bentuk tangan tadi.

 Inilah rupa pola tangan tadi. Bolehlah gunting ikut tepi basi tu. Basi lipatan tangan 3cm, sama dengan lipatan badan baju juga.

 Bahagian tangan. Ok siap baju dan tangan. Baki kain dibahagian baju tadi korang boleh gunting untuk ambil bahagian poket, lapik zip, lapik leher dan poket sisi seluar

 Sekarang ambil bahagian seluar pula. Kain dilipat dua. Panjang ikut panjang seluar contoh

Seluar contoh- kaki kanan dan kiri

 Ambil bahagian kaki kanan dan masukkan dalam kaki kiri tu

 Nampak tak? Lepas tu kemaskan. 

 Letak atas kain dan lakar ikut bentuk seluar tu. Ini bahagian depan seluar.

 Pola seluar bahagian depan. Lipatan kaki 3cm dan basi tepi seluar 1 1/2cm. Lepas tu gunting.

 Ini sebelah kain yang bahgian sebelah tadi sudah digunting untuk bahagian depan seluar. Jangan usik lipatan tu. Terus saja letak bahagian depan seluar tadi di atas kain untuk ambil bahagian belakang seluar

Lakar ikut tepi bahagian depan seluar tu. Cuma naikkan beberapa cm untuk bahagian atas pinggang dan lebihankan di bahagian punggung. Bahagian cawat pun lebihkan dengan cara mengukur cawat seluar contoh.  Jangan lupa basi tepinya. Gunting ikut garisan basi.
 
Ini bahagia2 yang diambil tadi. Badan baju, tangan, seluar bahagian depan dan seluar bahagian belakang. Dari tutorial ni juga, kawan2 dapat tips macam mana ambil bahagian baju melayu di atas kain 4 meter tu. Tengok gambar dan baca penerangan saya tu, insyaAllah korang akan faham dan dah tahu macam mana nak potong baju melayu dan susun atur pola2 tu, agar kain tu cukup. 

Ok selamat mencuba... Happy sewing...

7 ulasan:

  1. nice sharing.tenkiu tau.. nanti nak buat, kena rujuk balik page ni..

    BalasPadam
  2. Mmg kalo wat seluar ni..pola depan n belakang xsama ek?

    BalasPadam
  3. Mmg kalo wat seluar ni..pola depan n belakang xsama ek?

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah... jumpa blog yg sgt2 berguna. Sy mencari bj melayu utk ank di asrama. Puas mencari di kedai2 sedia ada.. tp xde warna yg dikehendaki asrama sek. Bj nk pki cpt. Nk upah org pn semua dh ttp order sb lg 3bln nk raya. Nk taknak sy kena jahit n bljr sendiri. Hrp2 sy berjaya lah...hiii. Terima kasih ye sis atas ilmunya... Hanya Allah dpt membalasnya..

    BalasPadam
  5. mohon share ye.....hope jadi la baju anak raya ni.1st time nk try ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...