Selasa, 11 Ogos 2015

Cara pasang zip seluar baju melayu

Salam syawal yang ke 26. Tinggal 4 hari kita di bulan syawal. Hari2 terakhir syawal ni saya nak kongsi cara jahit zip untuk seluar baju melayu. Sebelum ni saya memang ada buat tutorial macam ni (entry tahun2 lepas) tapi penerangannya macam kurang sikitlah. Jadi saya buat semula, bagi terang sikit.

Zip dan lapik zip (fly). Zip ikut warna kain tapi masa ni saya dah kehabisan zip merah. Jadi saya belasah guna zip coklat!
 
Mula2 ukur panjang Zip di atas seluar tu. Tanda dulu.

Jahit dari tempat yg saya tunjuk dalam gambar tu. Jangan jahit dari hujung dulu ya sebab bahagian bawah tu nak sambung dengan bahagian seluar belakang dulu. Jahit sampai tanda yang saya tunjuk tu.

Dah jahit, letak pula pelapik yang berkertas gam itu atas bahagian yang baru dijahit tadi ( sebelah kiri ya). Terus saja jahit macam dalam gambar tu.

Kemudian jahit tindih atas lapik tu

Pandangan dari depan seluar, korang ambil lapik yang satu lagi dan pasang zip macam dalam gambar ni. Letak peniti dulu agar mudah sikit nak menjahitnya nanti. Ini bahagian kanan ya.

Sekarang balik ke bahagian pelapik sebelah kiri tadi, sebelah zip tu letak atas pelapik ni dan jahit. Tengok betul2 gambar tu ya. 

Ok, zip dah berpasang pun

Ini rupa macam ni ya. Boleh iron kalau nak bagi kemas lagi.

Pandang dari depan, korang jahit bahaian ni dari luar ya. Hati2 jangan sampai terjahit pelapik kat dalam tu. Korang boleh lipatkan lapik tu dulu agar lapik tu tak terjahit sama. Jahit lurus dan lengkungkan sikit bila sampai bawah zip tu.

Jahit macam ni ya

Nampak tak jahitan tu? Sorry ya kurang jelas sikit. Tujuan jahitan ni untuk jahit lapik kat dalam itu (bahagian lapik kiri)

Siap sudah. Senang saja, kan? Harap korang faham ya. Selamat menjahit...

6 ulasan:

  1. saya raya benda ni paling payah masa jahit seluar..
    pernah baiki zip rosak.
    tukar zip baru pun sampai satu hari..heheha

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik hani, tukar zip memang susah nak kena tetas lagi.
      sy bab tu pun memang malas.

      Padam
  2. Bestnye jumpe blog ni..t.ksh ats perkongsian...sya sedang mencari tutorial menjahit poket baju kurung yg mudah,kalau ada sudi lah kongsi...��

    BalasPadam
  3. Bestnye jumpe blog ni..t.ksh ats perkongsian...sya sedang mencari tutorial menjahit poket baju kurung yg mudah,kalau ada sudi lah kongsi...��

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan. Terima kasih puan atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga untuk asmar

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...