Showing posts with label tutorial leher baju kurung moden. Show all posts
Showing posts with label tutorial leher baju kurung moden. Show all posts

Saturday 22 February 2020

Lapik Leher Ala Butik

Assalamualaikum, selamat pagi. Lama saya tak update blog. Saya masih menjahit lagi, cuma sedikit kurang bersemangat. Mungkin kerana bosan dengan persekitaran yang sama sejak 17 tahun lalu. Faktor umur juga menyumbang kepada keadaan mood yang agak menrundum. Ikut hati memang agak malas untuk meneruskan perjuangan dalam bidang jahit menjahit ini. Tapi apakan daya, menjahit sumber rezeki saya. Nak tak nak kena juga menjahit selagi diberi kesihatan dan keizinan dariNYA.

Kali saya share cara saya jahit lapik leher untuk baju kurung moden. Saya pernah share cara ini di entry yang lepas2. Tapi saya gabungkan sekali dengan cantum badan dan lengan. Kali ini saya khaskan untuk jahit lapik leher sahaja. Ada yang kata jahit leher macam ini ala-ala leher baju di butik. Mana letak butiknya tak tahulah. Saya pun baru tahu dan leher macam ini agak popular di kalangan geng-geng jahit dalam FB. Selama ini saya jahit macam ini tanpa tahu, teknik jahit macam ni agak mahal upahnya dibandingkan dengan leher baju yang di jahit dengan bias tape. Itu yang saya tahu hasil daripada membaca post dan komen2 dalam geng jahit di FB. 

Oklah, jom tengok cara-cara saya jahit lapik leher ala butik ini. Perhatikan gambar satu persatu ya, insyaAllah, kawan-kawan pasti faham dan dapat jahit lapik leher macam yang saya buat ini. Mula-mula, siapkan bahgian depan dan belakang baju yang sudah di jahit lapik leher masing-masing. Bahagian belakang baju, kena jahit zip sembunyi dulu ya. Lepas tu baru jahitkan lapik leher.

 Ini bahagian depan yang sudah saya jahit lapik leher

 Bahagian belakang yang sudah dijahit zip sembunyi dan lapik leher Lapik leher tu jahit di tepi zip.

 Lipat A ke B

 Lipat macam ini.

 Jahit mula dari garisan bahu

 Selepas jahit, terbalikkan dan tadaaa...jadilah macam ini. Buat cara yang sama untuk bahagia yang sebelah kiri juga.

Dua-dua bahagian sudah siap jahit. Beginilah rupanya. Pastikan hujung lipatan zip tu sama rata ya. 

 Kemudian bolehlah cantum bahu (depan dan belakang). Cara saya, lipat hujung lapik leher (depan dan belakang) dan temukan. Saya lipat untuk lebih mudah jahit bahgian bahu dan mengelak lapik daripada terjahit sama dengan bahu.

 Cantum bahu. Lebih mudahkan jahit kalau lipat hujung kedua2 lapik leher

 bahu yang sudah siap dicantum

 Kemudian barulah jahit cantum lapik depan dan belakang

Bahu dan lapik leher yang siap dicantum

 Ini leher yang sudah siap dicantum. Buang sisa kain di bahagian depan baju tu. Saya ada tanda dalam gambar tapi, gambar tak begitu jelas pulak.

 Kemudian jahit tindih. bagi kemas dan mudah dilipat

 Lepas jahit tindih, bolehlah terbalikan kedepan. Siap dan bolehlah iron bagi kemas.

Belakang baju. 

Ok, selamat mencuba. Happy sewing.

Sunday 5 October 2014

cara jahit leher kurung moden

Assalamualaikum dan salam aidiladha semua. Hehe...sempena raya haji ni, dengan murah hatinya saya buat tutorial untuk menjahit leher baju kurung moden. cara ni boleh guna jahit blouse atau apa saja baju yang lehernya putus bahagian bahu.

Tengok, orang beraya tapi saya merajinkan diri menaip entri ini. Haha...macam takde kerja lain, kan. Sementara takde buat apa, baik mengadap laptop kejap. Lagipun gambar ni dah lama saya ambil (bulan lepas). Saya pun ada pos gambar2 ini dalam group whatsapp yang saya join.

Saya malas nak buat penerangan yang lengkap. Tak berapa pandai nak terangkan sebab tu saya letak gambar banyak2, agar mudah untuk faham. Nanti bolehlah cuba membuatnya lepas ini.


 mula2 ambil kertas bergam dan lipat dua, bawah dan atas letak kertas warna. Kemudian letak pola baju dan ambil lukisan leher. gambar di atas cara ambil pola leher belakang. Lebihkan sikit untuk Zip. pola leher depan tak ada basi zip, terus letak pola di tepi saja. Jangan lupa basi leher 1cm.

gunting pola tu dan buka atas kain. Beginilah rupanya. Lepas tu sila seterika  dan gunting. Dah gunting bolehlah jahit tepi bahagian bawahnya.
 ambil leher depan dan letak di baju depan. pin dengan peniti. kemudian jahit ikut garisan yang dah di tekap tadi. Tengok gambar betul2 ye.
 untuk bahagian belakang. potong dua leher tadi dan pin di baju bahagian belakang yang sudah di jahit zip. (Ini contoh baju yang ada zip ye).

 cara jahitnya, mula2 jahit dekat tepi zip. Tengok macam dalam gambar tu

macam nilah hasil jahitan tadi.

 kemudian lipat macam ni dan pin. Jahit ikut basi tu ye.

 macam ni rupa dah jahit

 Lepas tu terbalikkan. macam nilah hasilnya...

 buang lebihan di bahagian baju depan tu

 temukan lapik bahu depan dan bahu belakang. lipat tajam pelapik tu macam ni. kedua-dua lipat lepas tu temukan macam gambar di bawah ni.

 tahan lipatan yang ditemukan tu dan mula jahit bahu dari tepi.

 kemudian buka lipatan tadi dan jahit sambung basi pelapik

pelapik yang sudah disambung

 pandangan luar

 gambar penuh lapik leher yang sudah bersambung.

 snip basi macam dalam gambar

 basi yang disnip tadi lipatkan ke lapik dan jahit dari bahagian atas

 jahit macam halus macam ni ye

 nampak jahitan tu? Jahitan tu untuk bagi lapik leher tu nampak cantik terlipat di badan baju

Lepas tu bolehlah seterika bagi kemas. Lepas tu jahit silang pangkah @ jahit sembat. 

Ok siap sudah tutorial cara jahit leher kurung moden. Harap dapat membantu kawan-kawan yang baru nak cuba jahit baju kurung moden. Terima kasih...Selamat menjahit....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...