Memaparkan catatan dengan label swing scallop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label swing scallop. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2013

cara menjahit langsir royal scallop

salam untuk yang terbaca entry ini. sekarang ni dah masuk 22 june...cepatnya masa berlalu. tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. bulan yang penuh keberkatan...dan bagi orang yang berniaga, bulan ni juga bulan tambah rezeki berganda2. masa ni juga ramai pengusaha biskut2 raya part time muncul...hehehe. kalau yang menjahit...inilah juga bulan kesibukan yang sampai nak tidur pun kena fikir dulu sebab bimbang tempahan tak sempat nak siapkan sebelum raya. 

oklah, sempena nak masuk ramadhan dan aidilfitri nanti...mesti ada yang fikir2 nak jahit langsir apa, kan. bagi yang banyak duit bolehlah beli je. sekarang ni pun berlambak langsir pasang siap dijualkan. tapi kalau yang berminat nak jahit sendiri, mari...saya tunjukkan cara jahit langsir royal scallop. sebelum ni saya ada buat entry tentang cara ambil bahagian2 scallop ni...klik SINI untuk tengok dulu. 

sediakan 3 bahagian ini
mula2 ambil bahagian swing sebelah kiri

berpandukan snap yang dibuat, lipat dibahagian guntingan
pertama tu ke belakang

kemudian dari tanda snap di A, lipat dan letak lipatan
tu di tanda B. sila tengok SINI ye untuk tahu jarak setiap tanda
 lipatan tu ( tepi kain yang saya gunting kecil tu)


macam inilah rupanya yang sudah siap dilipat dan dipin dengan peniti. lepas tu lipat pula swing
sebelah kanan. caranya sama saja, cuma lipatan mengadap kanan juga.

ini bahagian scallopnya, dari bahagian A-B dan C-D ada tanda2 yang saya gunting untuk lipatan. sama macam swing tadi, lipat dari satu tanda ke satu tanda. mula2 lipat bahagian A-B dulu

lipat macam ni ye

macam ni rupanya yang dah siap lipat dan pin


 kemudian lipat bahagian C-D pula. lipat je ikut tanda guntingan2 kecil tu.

dah siap, macam nilah rupanya...


jahitkan bahagian tepi tu dan buka penitinya. lepas tu bolehlah jahitkan apa2 je bawah tu, macam lace ke
rumbai2 ke...manik2 gantung ke...ikut sukalah kan, nak letak hiasan macam mana.

kemudian susun ketiga2 bahagian macam ni. letak scallop dan swing tu bergantung luas tingkap atau pintu. jahit dipertemuan swing dan scallop tu

lepas tu ukur untuk bahgian lapis pita. sambungkan.

 jahit pita

ok siap..

ini sesuai untuk pintu. kalau korang nak buat untuk tingkap berkembar atau yang panjang lebarnya, jahit je scallopnya 3,4...(agak2lah berapa). lepas tu pasang swing kiri kanan... maaflah tutorial ni agak ringkas tapi harapnya membantu bagi siapa yang cuba jahit langsir macam ni ye. kalau tak faham, tengok betul2 gambar di entry SINI terutamanya jarak tanda2  untuk lipatan tu. terima kasih....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...