Sunday 30 September 2018

Cara Menjahit Blouse lengan kembang


Cara Menjahit Blouse lengan kembang

Assalamualaikum. Selamat petang ahad. Ke mana korang petang2 ini? Kalau tak ke mana2 jom belajar jahit blouse lengan kembang. Ada juga yang kata ini lengan loceng. Ini tutorial simple je. Ukuran baju ini saiz M. Saya ikut contoh baju yang customer nak.

Macam biasa ye, ambil bahagian badan depan belakang. Terus lipat empat kain tu, senang. Lepas siap tanda basi dan lipatan kat bawah baju, bolehlah gunting kain tu. Lubang leher tak perlu risau sebab ukuran dan bentuk akan di buat di atas lapik leher. Senang, letak je lapik leher tu atas badan dan jahit je lepas tu baru gunting. Boleh rujuk entry cara jahit lubang leher yang sebelum2 ini.

Lepas potong bahagian badan, potong pula bahagian tangan. Untuk bahagian bawah lengan tu, boleh je tambah ukurannya ikut keselesaan korang nak kembang sangat atau tak kembang sangat. Cara menjahitnya, jahit dulu lapik leher depan dan belakang kemudian cantumkan. Lepas tu cantumkan bahu dan tepi baju. Dah seiap tu, baru cantum lengan pula. Lepas tu jahit halus kat bawah baju dan lengan. Jahit perlahan-lahan bagi kemas. Saya jahit lipatan kecil tu tak guna tapak. Jadi perlu extra sabar untuk nak jahitan tu kemas dan cantik. Ok siap. Selamat mencuba dan happy sewing.

Cara Menjahit Blouse lengan kembang

Thursday 6 September 2018

Tutorial Jahit Poket Baju Melayu

 Assalamualaikum. Pagi ini saya share tutorial jahit poket baju melayu. Sediakan potongan kain yang sudah diukur untuk poket. Bentukkan kain tadi ikut acuan poket. Lepas tu gosok bagi kemas. Lepas tu letak atas baju dan jahit. Cara jahit lihat dalam gambar.



 Tutorial Jahit Poket Baju Melayu






Tutorial Jahit Poket Baju Melayu

Ok siap. Moga tutorial ini dapat membantu kawan2 yang baru nak cuba2 menjahit baju melayu. Kalau nak share tutorial ini, silakan.
~Happy Sewing~

Wednesday 5 September 2018

Tutorial menjahit skirt lipat depan

Assalamualaikum, Pagi ini saya nak kongsi pula tutorial cara menjahit skirt lipat depan untuk baju kebaya yang tutorialnya saya publish semalam. Skirt belah depan ini, nama lainnya skirt lipat batik. Kalau di sini, ada juga yang panggil dengan nama skirt belah bohong

Ini bahagian depan. Ukuran punggung setelah dibahagi 4. Kemudian campur dengan 25cm. Cara ambil bahagian depan ini, kain hendaklah di lipat 2.

Ambil bahagian belakang dulu. Lepas itu, tekap saja bahagian belakang ini di atas kain yang sudah dilipat 2, untuk ambil bahagian depan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan
Mula2 jahit cantum bahagian depan dan belakang skirt. Tinggalkan ruang untuk jahit zip. Selepas jahit zip, bolehlah jahit bawah kain.

jahit kaki kain

Lipat bahagian hadapan kain. Lipat macam kain batik. Kemudian gosok bagi kemas dan untuk memudahkan menjahit bahagian lipatannya.

Lipatan yang sudah digosok

Terbalikkan skirt tadi seperti dalam gambar

Jahit garisan lipatan tadi

Nampak tak jahitan lurus itu. Panjang jahitan lebih kurang 35-40 cm.

Kemudian terbalikkan semula kain tadi

Inilah hasil jahitan tadi. Lipat depan dah siap.

Jahit lapik pinggang atau nama lainnya ban pinggang atau rumah pinggang. Perhatikan gambar di atas tu.

Lapik pinggang yang sudah di sambung dengan skirt. Sediakan getah dan jahit hujung getah dengan sedikit pengeras. Lepas tu bolehlah jahit terus di skirt tadi.

Hujung bahagian depan. Lipat macam ni kemudian jahit


Hujung pinggang bahagaian hadapan

Hujung pinggang bahagian belakang. Hujung ini yang sambung sedikit pengeras

Kemudian jahit rumah pinggang. Pastikan tak terjahit getah kat bahagian dalam tu.

Tarik ke belakang bahagian yang sudah dijahit. Nampak tak dalam gambar tu, lapik pinggang yang berlopor2 kat hujung tu? Dah tarik, sambung jahit lagi hinggalah selesai.

Pinggang yang dah siap jahit. Lepas tu bolehlah jahit pencangkuk

Ok siap sudah skirt. Selamat mencuba. Kalau nak share tutorial ini, silakan.

Tutorial menjahit skirt lipat depan

~Happy Sewing~
.

Tuesday 4 September 2018

Tutorial Menjahit Baju Kebaya Moden

Assalamualaikum. Pagi ini saya sharekan tutorial menjahit baju kebaya moden. Ini part 1 untuk jahit baju sahaja. Untuk skirtnya saya akan buat entry lain (part 2). Di bawah ini bahagian2 baju kebaya moden yang saya sudah potong dan jahit tepi.


Lapik leher (alas leher), saya lekatkan dengan kertas bergam.

 Pertama, letak lapik leher di bahagian hadapan (pasang peniti ya). Sebelum tu kena selitkan lapik untuk butang di depan baju bahagian kiri.
 
Lepas tu, letakkan pula lapik leher di bahagian belakang baju

Jahit pelan-pelan ikut garisan kapur yang kita dah tanda. Untuk lubang leher tu, ikut suka korang nak bentuk macam mana.

Dah siap jahit

Lapik leher dah siap jahit

Tutorial Menjahit Baju Kebaya Moden
lipat hujung lapik leher tadi



Perhatikan gambar betul2 kalau tak faham. Dah lipat kedua2 hujung lapik itu, temukan dan jahit bahagian bahu.



Bahu dah jahit



Kemudian, temukan kedua hujung lapik yang dilipat tadi. Jahit.


Hujung lapik dah jahit

Macam nilah rupanya

Buang lebihan leher ni.Gunting kemas2.

Macam inilah rupa leher dan bahagian depan baju kebaya

Gunting kecil2 macam ni. Biar kemas masa nak jahit tindih.

Jahit tindih untuk mudah lipat dan bagi nampak kemas

Dah siap jahit tindih. Bolehlah gosok bagi kemas.

Depan baju

Terbalikan dan bolehlah jahit silang pangkah di lapik tadi. Lepas tu jahit bahagian tepi untuk cantum bahagian depan dan belakang.

Dah siap cantum, bolehlah cantum tangan pula

lubang lengan memang kena lebihkan sikit dari luas ketiak. Kalau sama besar, takut tak muat masa jahit. Kalau muat pun, dia akan nampak berkedut. Jadi memang kena lebihkan ya.


Dah jahit lengan tu, terbalikan ke hadapan.

Masukkan di lubang ketiak. Macam dalam gambar ni ya.

Jahit pelan-pelan bagi dia nampak kemas. Bahagian lengan tu kat bawah dan bahagian lubang ketiak tu kat atas. Sebab tu lubang lengan tu kena besar sikit.

Ini tangan yang dah cantum tadi. Ok siap dah baju kebaya moden. Oh ya, baju ni tak ada dat sebab customer memang nak kebaya dia longgar. Kalau letak dat, dia kata nanti dia nampak kurus sangat. Customer saya ni orangnya tinggi lampai dengan badan ala2 Scha Alyahya. Kalau nak share tutorial ini, silakan.

Selamat mencuba...happy sewing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...